Masker Menegang ARTISTRY SIGNATURE SELECT | Amway Malaysia

Setiap masker menangani masalah kulit tertentu. Oleh itu, anda boleh menyasarkan pelbagai masalah kulit. Setiap masker juga mengandungi bahan yang bersumber daripada Nutrilite yang eksklusif seperti Ekstrak Delima, Black Currant, Sitrus, Biji Chia Putih atau Teh Hijau.

Ya! Masker-masker ini direka untuk digunakan serentak. Jadi, anda boleh menggunakan berbilang masker pada waktu yang sama di kawasan yang berbeza pada wajah anda atau pada hari yang berbeza.

Ya, masker kami adalah produk bilasan. Tidak seperti masker kepingan yang melitupi seluruh muka atau hanya boleh digunakan di satu kawasan, masker-masker kami begitu serba boleh untuk digunakan secara serentak.

Manfaat lain ialah penjagaan tambahan yang diberikan sewaktu anda mengurut ketika anda menyapu atau mencuci masker kami. Tindakan fizikal ini boleh memberi manfaat kepada kulit anda (cth. dengan meningkatkan pengelupasan atau peredaran) tetapi ini tidak didapati dengan kebanyakan masker kepingan.

Ujian klinikal, pengguna dan makmal telah dijalankan untuk menyokong dakwaan keselamatan dan keberkesanan. Kajian telah dilakukan untuk memastikan formulanya begitu serasi, berkesan dan memenuhi jangkaan pengguna.

Setiap masker sesuai untuk semua jenis kulit tetapi Purifying Mask dicipta khusus untuk menyingkirkan minyak yang berlebihan dan mengurangkan kilatan.

Setiap masker sesuai untuk semua jenis kulit tetapi Hydrating Mask dicipta khusus untuk menghidratkan semula kulit kering.

Walaupun tiada masker yang menyasarkan jerawat, Purifying Mask menyingkirkan minyak yang berlebihan dan membersihkan kotoran di dalam liang-liang roma. Minyak yang berlebihan boleh merangsang bakteria, yang menyebabkan liang-liang roma tersumbat/terbuka dan luka jerawat.

Tidak. Masker kami memasukkan alternatif kepada memanik mikro yang sensitif terhadap alam sekitar. Polishing Mask mengelupaskan kulit anda dengan Gula Tebu Semula Jadi. Brightening Mask dan Purifying Mask mengandungi Memanik Jojoba, yang diperbuat daripada lilin semula jadi yang terbiodegradasikan—bukan plastik.

Kami mahu memikat deria dengan setiap masker dan mencipta pengalaman yang unik dengan sapuan berbilang masker. Oleh itu, haruman untuk setiap masker diinspirasikan oleh bahan yang bersumber daripada Nutrilite di dalam masker itu.

Tidak. Masker-masker ini tidak mengandungi bahan-bahan yang diperoleh daripada haiwan.

Tidak. Artistry menentang ujian ke atas haiwan.

Tiada bahan yang diperoleh daripada gandum atau barli dimasukkan ke dalam masker kami. Walau bagaimanapun, kami tidak menjamin bahawa bahan-bahan mentah di dalam produk kecantikan dan dandanan diri kami telah disimpan atau diproses tanpa risiko pencemaran silang gluten.

Simpan masker anda di tempat yang sejuk dan kering, jauh dari cahaya matahari langsung. Tidak perlu disejukkan. Kami tidak mengesyorkan ia disimpan di bilik mandi.

Ya. Paraben digunakan untuk mengekalkan formula masker secara berkesan. Paraben digunakan secara meluas untuk mengekalkan produk penjagaan kosmetik dan dandanan diri dengan mencegah pencemaran mikrob.

Ia seperti melakukan beberapa perkara serentak pada satu-satu masa—tetapi dengan masker! Gunakan masker yang berbeza pada masa yang sama di kawasan yang berbeza pada wajah anda. Setiap zon muka mempunyai masalah khusus. Jadi, sapuan berbilang masker membolehkan anda menangani pelbagai keperluan penjagaan kulit sekaligus. Ingat: jangan campurkan masker sebelum menyapunya dan jangan menyapu lebih daripada satu masker di satu kawasan muka anda.

Hydrating Mask dan Firming Mask dicipta untuk digunakan sekali sehari. Brightening Mask dan Purifying Mask boleh digunakan 3-4 kali seminggu, langkau sehari antara penggunaan. Polishing Mask boleh digunakan 2-3 kali seminggu, langkau sehari antara penggunaan. Semua masker boleh digunakan pada waktu pagi atau malam.

Ya. Guna pembersih harian dan/atau penanggal mekap anda sebelum menggunakan masker.

Hydrating, Brightening dan Firming Mask boleh digunakan pada leher dan muka. Purifying dan Polishing Mask dicipta untuk digunakan pada kulit muka.

Brightening Mask mengandungi Bijian Petola Semula Jadi dan Memanik Jojoba untuk memelihara kulit yang kusam dengan lembut. Selepas masker dibiarkan selama 7 minit, langkah menanggalkankannya membantu produk itu memberikan penampilan yang cerah. Cara terbaik untuk menanggalkannya adalah dengan mengurutnya dengan lembut sewaktu membilas produk itu dengan air suam.

Ya. Masker-masker ini secara estetiknya serasi dan dicipta untuk ditambah kepada rejimen Artistry yang sedia ada. Gunakannya selepas pembersih harian anda. Walau bagaimanapun, apabila menambahkannya kepada rutin penjagaan kulit anda, sentiasa amalkan dengan hanya memperkenalkan satu produk baru pada satu-satu masa dan menunggu sekurang-kurangnya seminggu sebelum memperkenalkan produk-produk baru yang lain. Pelanggan harus memperibadikan rutin penjagaan kulit atau mana-mana resipi sapuan berbilang masker, berdasarkan anggapan kesensitifan kulit mereka.

Ya. Masker sememangnya sesuai untuk lelaki dan wanita.

Ya. Masker telah diuji oleh pakar dermatologi dan selamat digunakan apabila mengikut arahan.

Hydrating, Firming dan Polishing Mask telah diuji secara menyeluruh ke atas subjek dengan kulit sensitif. Ujian menunjukkan tiada bukti tindak balas alahan atau kerengsaan yang melampau. Walau bagaimanapun, tiada program ujian boleh menjamin bahawa semua pengguna yang sensitif tidak mempunyai tindak balas.

Rasa berdenyut-denyut dan tegang sememangnya dijangka dan dianggap normal bagi sesetengah pengguna, biasanya mereka yang mempunyai kulit yang lebih sensitif. Sensasi ini tidak akan berpanjangan dan kemungkinan akan hilang dengan penggunaan yang berterusan.

Jika anda mengalami sensasi yang teramat sangat/tidak menyenangkan seperti rasa menyengat, terbakar atau terengsa, cuci produk itu. Kami menggalakkan anda untuk mencuba lagi tetapi:

  • Kurangkan produk yang digunakan apabila anda menyapunya.
  • Biarkan lebih banyak masa berlalu antara penggunaan. Sebagai contoh, gunakan hanya sekali atau dua kali seminggu pada mulanya.

Apabila kulit anda semakin toleran dan sensasi yang teramat sangat/tidak menyenangkan itu berkurang, secara beransur-ansur tingkatkan jumlah produk untuk disapu dan kekerapan penggunaannya mengikut saranan yang standard. Anda masih boleh rasa berdenyut-denyut atau tegang yang dianggap normal tetapi ia tidak sepatutnya memberikan rasa tidak menyenangkan.

Jika anda terus mengalami sensasi yang teramat sangat/ tidak menyenangkan yang diikuti dengan kemerahan dan kulit mengelupas, hentikan penggunaan produk itu.

Purifying Mask mengandungi Tanah Liat Perancis untuk membantu menyingkirkan minyak dari permukaan kulit. Setelah masker kering, rasa tegang, berdenyut-denyut atau sedikit menyengat boleh terjadi, yang dianggap normal dan menunjukkan produk itu bertindak.

Berhati-hati apabila menyapu di sekitar mata kerana kulit di kawasan ini sangat halus dan sensitif. Khususnya, jangan sapu mana-mana masker pada kelopak mata, dan pastikan ia disapu sekurang-kurangnya 2.5cm (1 inci) jauh dari mata anda.

Tidak. Masker tidak boleh digunakan terus pada bibir.

Tidak. Walaupun masker-masker kami dicipta untuk disapu secara serentak, hanya satu formula masker yang harus digunakan dalam setiap zon. Jangan campurkan masker-masker itu bersama sebelum menyapu dan jangan sapukan berbilang masker secara berlapis-lapis pada muka anda.

Umumnya, kami tidak mengesyorkan sebarang produk kosmetik digunakan selepas selaran matahari atau selepas sebarang rawatan kosmetik yang menyebabkan keradangan melampau. Produk Artistry hanya boleh digunakan selepas keradangan telah reda. Untuk digunakan selepas rawatan kimia atau laser, pelanggan harus mendapatkan nasihat doktor mereka.

Bahan-bahan masker kami didapati selamat untuk digunakan. Kajian keselamatan kosmetik tidak dilakukan ke atas wanita mengandung. Memandangkan keadaan kulit berubah semasa mengandung, bincangkan regimen anda dengan doktor anda.

Kami tidak mengesyorkan penggunaan mana-mana produk pengelupasan yang lain apabila menggunakan Polishing Mask kerana ia boleh mengakibatkan pengelupasan kulit melampau yang menjadikannya lebih sensitif.

Apabila mencampurkan produk lain dengan masker anda, kami mengesyorkan agar anda memperibadikan rutin penjagaan kulit anda berdasarkan anggapan kesensitifan kulit anda sendiri. Sentiasa amalkan dengan hanya memperkenalkan satu produk baru pada satu-satu masa dan menunggu sekurang-kurangnya seminggu sebelum memperkenalkan produk baru tambahan.

Jika masker dibiarkan pada kulit lebih lama daripada 7 minit yang disyorkan, formulanya boleh mengeringkan kulit dan menyebabkan rasa kering, tegang atau gatal-gatal. Kami mengesyorkan agar menetapkan pemasa atau perhatikan masa yang anda gunakan supaya anda membilas mana-mana Artistry Signature Select Masks selepas 7 minit.


added to your ditto
1 item added to 3 DITTO lists
Create a new ditto schedule
Ditto name
order recipient
Search Contacts | (0)Total
Create a new ditto schedule
Go Back to Previous Screen
QUICKFIND:
NAME
TYPE
ID NUMBER
Andrew Allen
IBO
123124124124
Andrew Hackman
IBO
123124124124
Andrew Frisch
IBO
123124124124
SELECT CUSTOMERS/IBO:
NAME
TYPE
ID NUMBER
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
RECIPIENT LIST: (5)Total
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Status Inventori
Status inventori mungkin berubah pada masa pembayaran disebabkan turun naik waktu nyata.