Program Set Semula 14 Malam ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE | Amway Malaysia

Sistem mempermudakan kulit yang berkuasa ini merupakan rawatan kuasa kami yang terpantas dan paling komprehensif, membangkitkan transformasi luar biasa hanya dalam 14 malam. Ia membantu membaiki tanda-tanda penuaan yang jelas malah mempercepatkan keupayaan semula jadi kulit untuk membaiki sendiri agar anda kelihatan secara dramatik lebih muda, dengan pantas.

14 Night Reset Program diinspirasikan oleh hasil komprehensif yang dicapai melalui rawatan laser estetik. Sungguhpun ia bertindak dengan cara yang berbeza, ia mencapai banyak manfaat yang hampir sama* - kulit yang lebih cerah, lebih licin, tampak lebih muda. Anda boleh menggunakannya di rumah anda sendiri tanpa gangguan, sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan dengan prosedur di klinik.
*Hasil tidak sama dengan prosedur pembedahan/kosmetik.

Pantas. Kulit terasa terhidrat dan lebih licin dengan sert-merta. Dan hasilnya berterusan bertambah baik apabila anda menggunakan program ini, dengan penambahbaikan maksimum yang jelas hanya dalam dua minggu.

14 Night Reset Program memberikan hasil jenama ARTISTRY&trade, yang terpantas, paling komprehensif, paling dramatik &ndash, paling intensif. Ia membantu membaiki tanda-tanda penuaan yang ketara, mempercepatkan keupayaan semula jadi kulit untuk membaiki sendiri dan membantu mempertahankan daripada tanda-tandapada penuaan masa hadapan &ndash, pengeset semula kulit yang lengkap untuk transformasi kulit yang menyeluruh.

Ia direka untuk penggunaan intensif bagi membantu membaiki kerosakan kulit yang jelas hanya dalam dua minggu. Ia mengandungi Teknologi Deep Night Action Ultra dan bahan-bahan lain yang tidak ditemui dalam produk penjagaan kulit antipenuaan ARTISTRY&trade, yang lain.

14 Night Reset Program telah dicipta dan dimajukan untuk menjadi rawatan kuasa terpantas dan paling komprehensif serta transformatif. Ia dimaksudkan sebagai formula semua dalam satu, universal yang sekaligus menangani pelbagai masalah kulit:

&bull, Penghidratan
&bull, Kerengsaan/Kemerahan
&bull, Garis-garis/Kedutan
&bull, Tekstur Kulit
&bull, Perlindungan daripada Serangan Persekitaran
&bull, Kejernihan
&bull, Kecerahan
&bull, Tona Kulit Tidak Sekata
&bull, Kehilangan Kepejalan
&bull, Tampak Lebih Muda, Lebih Sihat

Elemen-elemen eksklusif 14 Night Reset Program termasuk:

&bull, Teknologi Deep Night Action Ultra
&bull, Liposom Pengaktif
&bull, Minyak Biji Chia yang disumberkan oleh Nutrilite&trade,

Kompleks generasi akan datang ini menggabungkan keberkesanan Ultrasomes® dan Merospheres™ yang terbukti, dengan teknologi Liposom Pengaktif BARU termasuk Minyak Biji Chia yang disumberkan oleh Nutrilite™. Termasuk juga Sebatian Phyto-3 Cica, Ekstrak Daun Alpinia, Bahan Terbitan Vitamin C dan Ekstrak Akar Likuoris. Bahan-bahan ini membantu membaiki dan memulihkan kulit daripada tanda-tanda penuaan pramatang.

UV-Endonuklease ialah enzim yang berasal daripada organisme yang terdapat di lautan iaitu salah satu daripada enzim yang paling tahan UV yang diketahui oleh sains. UV-Endonuklease mempercepatkan proses pemulihan semula jadi akibat kerosakan matahari. Ia terkapsul dalam Ultrasomes® untuk mempertingkatkan penembusan.

Reka bentuk bebuli “pam mini” kedap udara yang inovatif ini memastikan infusi serum mengekalkan kesegaran dan kemujarabannya sehingga saat anda menyapunya pada kulit anda. Setiap bebuli mengandungi jumah produk yang tepat yang ditetapkan untuk memberikan hasil yang menakjubkan. Selain itu, ia adalah peringatan yang jelas untuk meneruskan program tersebut selama 14 malam berturut-turut, memastikan transformasi kulit yang menyeluruh.

Banyak teknologi unik dan berkesan dimasukkan ke dalam produk ini dan ia direka untuk menjadikannya rawatan yang sangat berfungsi, tertumpu, memberikan hasil yang luar biasa hanya dalam 14 malam. Ia benar-benar yang terbaik dari yang terbaik. Harganya mencerminkan bahan dan kepakaran yang diperlukan untuk menciptanya.

14 Night Reset Program telah diuji secara klinikal dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Ujian klinikal, pengguna, keselamatan dan in-vitro telah dijalankan untuk menyokong dakwaan keselamatan dan keberkesanan 14 Night Reset Program. Kajian dijalankan untuk memastikan formula diterima dengan baik, mujarab dan memuaskan kehendak pengguna.

Tidak. 14 Night Reset Program tidak diuji ke atas haiwan. Jenama ARTISTRY™ menentang ujian ke atas haiwan dan produk kami tidak diuji ke atas haiwan melainkan dikehendaki oleh peraturan kerajaan. Kami secara aktif menyokong inisiatif untuk mewujudkan alternatif kepada ujian ke atas haiwan yang ditetapkan.

Ya, paraben digunakan untuk memelihara 14 Night Reset Program dengan berkesan. Paraben ialah bahan yang digunakan secara meluas dan diiktiraf sebagai berharga untuk memelihara produk kosmetik dan penjagaan diri. Ia melindungi produk daripada pencemaran mikrob. Semua paraben yang digunakan secara komersial dihasilkan secara sintetik, walaupun sesetengah paraben juga berlaku secara semula jadi dalam buah-buahan tertentu (sebagai contoh, beri biru dan lobak merah). Paraben yang kini digunakan dalam produk ARTISTRY™ adalah dibenarkan dan diluluskan untuk digunakan sebagai pengawet oleh pihak berkuasa undang-undang. Amway secara aktif memantau pandangan saintifik terhadap paraben oleh pelbagai pihak berkuasa pengawalan di seluruh dunia agar kami memenuhi garis panduan tersebut. Kami hanya menggunakan paraben yang dibenarkan dalam produk kami.

Formula ini tidak mengandungi sebarang bahan gandum. Tetapi ia mengandungi bahan terbitan oat. Oleh itu, kami tidak mencirikan produk ini sebagai bebas gluten. Selain itu, kami tidak dapat menjamin bahawa bahan mentah dandanan diri dan kecantikan kami telah disimpan atau diproses tanpa risiko pencemaran silang gluten.

14 malam. Setiap bebuli pam mini mengandungi infusi serum untuk penggunaan satu malam.

Hayat simpan produk yang belum dibuka ialah tiga tahun. Sebaik sahaja dibuka, setiap bebuli pam mini hendaklah digunakan pada hari yang sama.

Produk yang belum dibuka hendaklah disimpan di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari cahaya matahari. Produk boleh bertukar warna menjadi lebih gelap jika terdedah kepada haba yang melampau dan boleh kehilangan sesetengah keberkesanannya bergantung kepada tempoh masa pendedahan kepada haba.

Secara keseluruhannya, 14 Night Reset Program ini menggunakan 62% kurang plastik berbanding produk sebelumnya. Walau bagaimanapun, pembungkusannya tidak boleh dikitar semula di kebanyakan bahagian.

Ya, melainkan produk yang dinyatakan di bawah. 14 Night Reset Program dari segi estetik adalah setanding dan pelanggan digalakkan untuk menggunakannya sebagai sebahagian daripada regimen penjagaan kulit ARTISTRY&trade, yang lengkap. Walau bagaimanapun, anda hendaklah menghentikan penggunaan produk-produk berikut, pagi dan malam semasa anda menggunakan 14 Night Reset Program untuk mengelakkan daripada terlebih merawat kulit anda:

&bull, INTENSIVE SKINCARE Anti-Wrinkle Firming Serum
&bull, INTENSIVE SKINCARE Renewing Peel
&bull, Signature Select Polishing Mask
&bull, INTENSIVE SKINCARE Vitamin C + HA Treatment

Menggunakan produk-produk yang dinyatakan bersama 14 Night Reset Program boleh meningkatkan potensi kerengsaan, terutamanya bersama produk pengelupasan. Sebaik sahaja 14 Night Reset Program selesai, anda digalakkan untuk menyambung penggunaan produk-produk ini.

Akhir sekali, ingatlah bahawa apabila menambah produk ke rutin penjagaan kulit anda, adalah satu amalan baik untuk hanya memperkenalkan satu produk baru pada satu masa, dan menunggu sekurang-kurangnya satu minggu sebelum memperkenalkan sebarang produk baru yang lain. Pelanggan sepatutnya memperibadikan rutin penjagaan kulit mereka berdasarkan sensitiviti kulit yang mereka rasai.

Produk ini perlu digunakan pada waktu malam selepas membersihkan serta menyegarkan dan sebelum menggunakan pelembap waktu malam (jika dikehendaki). Urutan penggunaan yang betul ialah:

Langkah 1 Membersihkan: Pembersih ARTISTRY&trade,
Langkah 2 Menyegarkan: Penyegar/Losyen Kulit ARTISTRY&trade,
Langkah 3 Merawat: ARTISTRY&trade, INTENSIVE SKINCARE 14 Night Reset Program pada waktu malam, dan serum biasa anda pada waktu pagi.*
Langkah 4 Melembapkan: Pelembap Muka dan Mata ARTISTRY&trade,

*Kecuali INTENSIVE SKINCARE Anti-Wrinkle Firming Serum and Vitamin C + HA Treatment. Jika ia merupakan serum biasal anda, langkau langkah Rawatan pada waktu pagi semasa menggunakan 14 Night Reset Program.

Pada waktu malam keseluruhan badan anda termasuk sel-sel di dalam kulit anda berada dalam mod membaiki, berfungsi untuk membaiki sebarang kerosakan yang berlaku semasa di siang hari. Anda akan membantu keupayaan semula jadi kulit anda membaiki dengan sendiri.

Setiap bebuli 14 Night Reset Program mengandungi produk yang secukupnya untuk memenuhi seluruh bahagian muka dan leher. Ia seolah-olah terasa banyak berbanding produk biasa tetapi kami mengesyorkan agar menggunakan bebuli sepenuhnya untuk hasil yang terbaik. Jangan gunakan pelembap waktu malam jika anda rasakannya masih terlalu banyak selepas memberikan sedikit masa untuk penyerapan.

Secara purata, ia akan mengambil lebih kurang tujuh pam untuk menyediakan bebuli pam mini sebelum infusi serum mula didispens.

Bebuli 14 Night Reset Program direka bentuk untuk mendispens kesemua jumlah produk dengan mudah. Bebuli ini akan berhenti mengeluarkan produk secara automatik apabila ia telah mengeluarkan jumlah yang betul. Sebarang titisan kecil yang tinggal di dalam bebuli adalah lebihan dan boleh dibuang.

Ya. Pelanggan pasti suka menggunakan 14 Night Reset Program untuk kelihatan menawan apabila pergi ke majlis istimewa seperti perkahwinan, pertemuan semula, pembentangan kerja atau percutian. Walau bagaimanapun, untuk meminimumkan kesan penuaan pada permukaan kulit, kami mengesyorkan agar produk ini digunakan setiap 3 bulan.

Ia tidak perlu kerana manfaat sepenuhnya akan kelihatan dalam 14 malam. Walau bagaimanapun, secara teknikal ia selamat digunakan untuk tempoh yang lebih lama.

Kedua-dua produk ini sama sekali berbeza. Renewing Peel bertindak pada permukaan kulit. Ia sangat berkesan untuk memperlihatkan kulit yang lembut dan kelihatan lebih licin dengan menanggalkan lapisan atas sel-sel kulit yang mati. Ia hendaklah digunakan dua kali seminggu bagi membantu kulit menambah baik kadar pusing ganti sel kulit semula jadi.

14 Night Reset Program memasuki lebih jauh ke dalam epidermis, dengan hasil yang lebih komprehensif. Teknologinya yang maju membantu membaiki tanda-tanda penuaan yang jelas, mempercepatkan keupayaan semula jadi kulit untuk membaiki dengan sendiri dan membantu mempertahankan daripada tanda-tanda penuaan pada masa hadapan &ndash, mengeset semula kulit dengan meluas untuk transformasi kulit yang menyeluruh. Ia hendaklah digunakan setiap 3 bulan.

Jika anda ingin menggunakan kedua-dua produk, memang bagus! Gunakan Renewing Peel dua kali seminggu pada hari yang tidak berturut-turut selama 6 minggu. Kemudian mulakan dengan 14 Night Reset Program. Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh menggunakan kedua-dua produk pada masa yang sama.

Ya, jika mahu. 14 Night Reset Program direka untuk digunakan sebagai sebahagian daripada regimen penjagaan kulit biasa anda termasuk pelembap malam anda. Serum ini begitu menghidratkan dan menyuburkan walaupun sesetengah pelanggan lebih suka membiarkannya menyerap dan tidak diikuti dengan pelembap. Terpulang kepada setiap pelanggan.

Kami mengesyorkan penggunaan kesemua bebuli setiap hari untuk hasil yang terbaik. Sapukan infusi serum pada seluruh muka serta leher dan nikmati penyerapannya.

Ya, ia telah diuji oleh ahli dermatologi dan didapati selamat apabila digunakan seperti yang diarahkan.

14 Night Reset Program telah diuji dengan teliti ke atas kumpulan-kumpulan individu yang mewakili semua jenis kulit. Tiada bukti tindak balas alahan atau kerengsaan kulit yang melampau. Walau bagaimanapun, kami menyedari bahawa tiada program ujian boleh memberi jaminan bahawa tidak ada sesiapa yang akan mendapat tindak balas kecil. Oleh kerana tiada kerengsaan klinikal besar yang diperhatikan dalam program ujian kami yang meluas ini, kami menjangkakan tindak balas terhad kepada sensasi kesemutan kecil, menyengat sedikit atau kemerahan yang berlangsung selama beberapa minit. Toleransi setiap orang terhadap sensasi ini adalah berbeza.

Produk 14 Night Reset Program telah diuji dan didapati selamat di bahagian kerutan di sudut mata dan di bawah mata. Ia tidak boleh digunakan pada kelopak mata atau terus di bahagian mata. Bilas betul-betul dengan serta-merta jika produk terkena mata anda.

Formula 14 Night Reset Program telah diuji selamat sepenuhnya. Memandangkan tiada kerengsaan klinikal yang besar diperhatikan dalam program ujian kami yang meluas, kami menjangkakan tindak balas hanya terhad kepada rasa sedikit berdenyut-denyut, sedikit menyengat atau kemerahan selama beberapa minit. Toleransi setiap orang terhadap sensasi ini adalah berbeza. Jika seseorang pelanggan mengalami kerengsaan kulit yang lebih ketara, beliau perlu membasuh produk itu dan menghentikan penggunaannya.

Secara amnya, kami tidak mengesyorkan sebarang produk kosmetik digunakan selepas selaran matahari atau selepas sebarang rawatan kosmetik yang menyebabkan keradangan yang melampau. 14 Night Reset Program dan sebarang produk lain harus digunakan hanya selepas keradangan telah reda. Pelanggan perlu berunding dengan doktor untuk penggunaan selepas pengelupasan kimia atau rawatan laser.

Walaupun bahan-bahan di dalam 14 Night Reset Program menunjukkannya selamat digunakan, kajian keselamatan kosmetik tidak dijalankan ke atas wanita hamil. Memandangkan keadaan kulit berubah ketika hamil, perkara ini perlu dibincangkan oleh wanita berkenaan dengan doktor sama ada boleh menggunakan atau tidak.


added to your ditto
1 item added to 3 DITTO lists
Create a new ditto schedule
Ditto name
order recipient
Search Contacts | (0)Total
Create a new ditto schedule
Go Back to Previous Screen
QUICKFIND:
NAME
TYPE
ID NUMBER
Andrew Allen
IBO
123124124124
Andrew Hackman
IBO
123124124124
Andrew Frisch
IBO
123124124124
SELECT CUSTOMERS/IBO:
NAME
TYPE
ID NUMBER
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
RECIPIENT LIST: (5)Total
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Status Inventori
Status inventori mungkin berubah pada masa pembayaran disebabkan turun naik waktu nyata.