Serum Pemejal Anti Kedutan ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE | Amway Malaysia

Semua produk penjagaan kulit intensif adalah rawatan di rumah yang bertujuan untuk memberi manfaat yang boleh diamati sama dengan apa yang dicapai di pusat dermatologi. Rangkaian ini mensasarkan golongan wanita yang ingin memperbaiki tanda-tanda penuaan dengan cepat tanpa perlu mengunjungi pakar dermatologi untuk rawatan intensif atau prosedur. Produk awal yang dilancarkan untuk kategori baru ini adalah pengelupas muka yang meneutralkan sendiri di rumah: Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY.

Serum Pemejal Antikedutan Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY mengandungi bahan antipenuaan yang berkuasa, Retinol tulen (Vitamin A). Buat kali pertama, teknologi berpaten ayng ceemrlang, ditemui oleh penyelidik di sebuah universiti terkemuka Amerika Syarikat, menggabungkan Retinol dengan ekstrak menenangkan lagi lembut untuk memberikan manfaat yang menguatkan, memejalkan yang ketara di samping mengurangkan kerengsaan yang mungkin berrlaku. Kulit kelihatan lebih muda, lebih tegang dan segar serta terasa lebih licin. Pengguna akan mula melihat hasilnya dalam masa dua minggu dan hasil yang dramatik dengan penggunaan yang berterusan.

Penggunaan Serum Pemejal Antikedutan Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY yang disyorkan ialah pada malam berselang dalam dua minggu pertama. Ia kemudiannya boleh digunakan sebagai produk penjagaan kulit setiap hari. Ia adalah untuk digunakan pada waktu malam selepas membersihkan muka dengan pembersih ringan dan penggunaan penyegar secara opsyen. Sepanjang tempoh penggunaan produk ini, pastikan pengguna perlu pastikan anda menggunakan perlindungan UVA/UVB setiap hari kerana kulit boleh menjadi lebih sensitif kepada cahaya matahari.

Serum Pemejal Antikedutan Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY perlu disimpan di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari cahaya matahari secars langsung. Pastikan tiub ditutup dengan ketat. Produk ini tidak perlu disejukkan.

Serum Pemejal Antikedutan Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRYf telah diuji dengan teliti ke atas beberapa kumpulan individu yang mewakili semua jenis kulit. Tidak ada bukti tindak balas alahan atau kerengsaan kulit yang melampau. Walau bagaimanapun, kami mengakui bahawa tiada program ujian boleh memberi jaminan bahawa tiada siapa yang akan mendapat tindak balas kecil. Oleh kerana tiada kerengsaan klinikal yang serius diperhatikan dalam program ujian kami yang meluas, kami akan menjangkakan tindak balas adalah terhad kepada rasa berdenyut-denyut atau pedih sedikit atau kemerahan selama beberapa minit. Ketahanan setiap orang terhadap tindak balas ini adalah berbeza.

Serum Pemejal Antikedutan Penjagaan Kulit Intensif mengandungi jumlah retinol tulen yang berkesan. Ia adalah kali pertama dalam jenama ARTISTRY bahawa satu formula menggabungkan tiga bahan penggalak kolagen yang paling mijarab: Retinol, vitamin C, peptida. Malah, formula ARTISTRY yang mempunyai teknologi yang pertama dan satu-satunya yang dipanggil Kompleks Sasaran yang menghantar retinol ke tapak penerima kulit yang tertentu di mana ia boleh merangsang kolagen dengan paling berkesan.

Memang tujuan rangkaian Penjagaan Kulit Intensif untuk menyediakan banyak produk rawatan intensif yang akan memberikan manfaat yang sama dengan apa yang terdapat di pusat dermatologi.

Serum Pemejal Antikedutan Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY telah selesai ujian kestabilan dalaman dari segi bungkusan dan jika belum dibuka, iIa mempunyai jangka hayat tiga tahun. Apabila sudah dibuka dan digunakan, ia mempunyai jangka hayat tiga tahun. Jika terdedah kepada haba yang melampau,warna produk ini boleh menjadi lebih gelap dan mungkin kehilangan sedikit keberkesanannya bergantung kepada tempoh masa ia terdedah kepada haba.

Retinol terutamanya merupakan bahan rawatan intensif dengan sejarah kegunaannya yang panjang dalam produk antipenuaan. Bagi kebanyakan pengguna, adalah perlu untuk membina toleransi terhadap penggunaan bahan ini. Oleh itu, adalah disyorkan agar ia digunakan selang satu malam pada mulanya untuk dua minggu pertama. Selepas tempoh penggunaan awal, produk ini boleh digunakan setiap hari, pada waktu malam, mengikut arahan penggunaan.

Penggunaan produk Retinol intensif yang akan membentuk semula kulit. Ini seringkali menjadikan kulit lebih sensitif kepada cahaya matahari. Oleh itu, ia adalah disyorkan bahawa pengguna menggunakan produk pelindung matahari berspektrum lebar untuk melindungi kulit daripada kerosakan oleh sinaran UV yang merosak selepas menggunakannya.

Ia tidak seharusnya digunakan secara langsung ke kawasan mata atau kelopak mata. Jika produk terkena mata, ia perlu dicuci dengan segera.

Produk ini boleh digunakan pada waktu malam, selepas membersihkan dan menyegarkan (pilihan). Turutan penggunaan yang disyorkan adalah:
Apabila digunakan pada waktu malam:
Langkah 1 - Pembersih ARTISTRY,
Langkah 2 - Penyegar ARTISTRY (pilihan),
Langkah 3 - Serum Pemejal Antikedutan Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY,
Langkah 4 - Pelembap ARTISTRY
Kami mengesyorkan bahawa anda menyesuaikan regimen penjagaan kulit anda untuk memenuhi keperluan individu kulit anda.

Sukarelawan dengan semua jenis kulit diuji dalam ujian klinikal keselamatan dan keberkesanan tanpa mengalami kerengsaan yang dikaitkan dengan pengelupasan profesional. Tetapi kulit setiap orang adalah berbeza, mungkin sesetengah individu akan mengalami sedikit kemerahan dan/atau rasa pedih. Jika kemerahan berterusan, anda disyorkan bahawa anda menunggu beberapa hari lagi di antara rawatan. Hentikan penggunaan jika kemerahan, rasa perit atau pedih berterusan.

Penggunaan terbaik Serum Pemejal Antikedutan Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY adalah selepas penggunaan pembersih ARTISTRY ringan dan penyegar (pilihan). Ia perlu diikuti dengan pelembap waktu malam.

Serum Pemejal Antikedutan Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY telah diuji secara klinikal dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Serum Pemejal Antikedutan Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY telah dibangunkan untuk individu 30 tahun dan lebih tua, yang pada masa ini adalah pengguna regimen penjagaan kulit dan yang inginkan bantuan dalam mencegah dan membaiki tanda-tanda penuaan. Mereka yang mempunyai garis-garis, kedutan dan hilang keanjalan akan menerima manfaat yang terbesar.

Usia bukan faktor penentu untuk menggunakan produk ini. Pengguna muda berumur 25 tahun dan lebih tua dengan tanda-tanda awal penuaan juga boleh mendapat manfaat daripada penggunaan produk ini.

Serum Pemejal Antikedutan Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY mengandungi Retinol tulen (Vitamin A) pada tahap yang berkesan untuk membentuk semula rupa kulit dengan memberikan kedua-dua manfaat pemejalan dan antikedutan yang boleh dilihat. Selain Retinol, salah satu daripada bahan-bahan antipenuaan yang paling disyorkan, kami telah mencampurkan Vitamin C dan Peptida ke dalam formula yang amat pekat dan mujarab ini untuk kuasa penggalak kolagen tambahan.

Ia juga mengandungi bahan-bahan yang dipanggil perencat EGFR (Penerima Faktor Pertumbuhan Epidermis) yang digunakan untuk membantu mengurangkan kesan-kesan negatif rawatan retinoid. Selain itu, ia juga mengandungi ekstrak semula jadi untuk membantu melegakan kulit selepas produk disapu.

Harumannya digambarkan sebagai Herba Sitrus bungaan. Haruman atas merupakan herba ialah Selasih dan Sej Clary, dengan not buah-buahan seperti Mandarin, Oren dan Limau Gedang, haruman tengah termasuk Bunga Oren, Rose dan Melur, haruman bawah ialah Kesturi Berkayu.

Serum Pemejal Antikedutan Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY mengandungi squalane semula jadi, yang berasal dari minyak hati ikan yu.

Serum Pemejal Antikedutan Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY tidak mengandungi sebarang bahan gandum. Tetapi ia mengandungi terbitan oat, jadi kami tidak akan melabelkan produk ini sebagai bebas gluten.

Ujian klinikal dan pengguna yang dijalankan ke atas Serum Pemejal Antikedutan Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY menunjukkan peningkatan yang ketara selepas hanya dua minggu.

Manfaat Serum Pemejal Antikedutan Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY akan bertahan dengan penggunaan produk dan penggunaan regimen penjagaan kulit biasa yang berterusan untuk membantu mengekalkan hasilnya. Sudah tentu, keputusan bergantung kepada pendedahan kepada matahari, radikal bebas dan penyerang persekitaran yang merosakkan.

Selepas penggunaan selama lapan minggu, produk memberikan manfaat tambahan berikut kepada kulit yang menua: penambahbaikan yang ketara dalam garis-garis halus, keanjalan, kekenduran dan juga kedutan yang dalam.

Serum Pemejal Antikedutan Penjagaan Kulit Intensif boleh dengan mudah diintegrasikan ke dalam regimen penjagaan kulit ARTISTRY anda yang sedia ada. Digunakan pada waktu malam, ia memenuhi Langkah 3 Rawatan. Sapu selepas membersihkan dan menyegarkan dan sebelum pelembap waktu malam anda.

Secara umumnya, kami tidak mengesyorkan sebarang produk kosmetik digunakan selepas selaran matahari yang "teruk" atau sebarang rawatan yang menyebabkan keradangan melampau. Produk ini hanya boleh digunakan selepas keradangan telah reda. Untuk digunakan selepas pengelupasan kimia atau rawatan laser, seseorang itu perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan beliau.

Kajian keselamatan kosmetik tidak dijalankan ke atas wanita hamil. Sama ada mahu menggunakan produk ini atau tidak, atau produk pengguna yang lain seperti kopi, aspirin dan lain-lain, perlu dibincangkan oleh pesakit dan doktor.

Serum Pemejal Antikedutan Penjagaan Kulit Intensif tidak digalakkan untuk digunakan secara langsung di bahagian mata atau kelopak mata. Jika produk terkena mata, ia perlu dicuci dengan segera.

Program Pemulihan 14 Malam Penjagaan Kulit Intensif, Pelicin Kulit Termaju Penjagaan Kulit Intensif, Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif dan Pengelupas Pelicin ARTISTRY.

Penggunaan produk-produk ini dengan kombinasi Serum Pemejal Antikedutan Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY belum lagi diuji secara klinikal dan kulit setiap orang adalah berbeza. Sesuaikan regimen penjagaan kulit anda untuk memenuhi keperluan individu kulit anda.


added to your ditto
1 item added to 3 DITTO lists
Create a new ditto schedule
Ditto name
order recipient
Search Contacts | (0)Total
Create a new ditto schedule
Go Back to Previous Screen
QUICKFIND:
NAME
TYPE
ID NUMBER
Andrew Allen
IBO
123124124124
Andrew Hackman
IBO
123124124124
Andrew Frisch
IBO
123124124124
SELECT CUSTOMERS/IBO:
NAME
TYPE
ID NUMBER
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
RECIPIENT LIST: (5)Total
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Status Inventori
Status inventori mungkin berubah pada masa pembayaran disebabkan turun naik waktu nyata.