Infusi Penggalak ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE | Amway Malaysia

Walaupun Infusi Penggalak tidak bertindak benar-benar sama seperti Rawatan Muka Pengoksigenan, ia mempunyai banyak manfaat yang serupa. Selain itu, ia merangsang keupayaan kulit untuk mengekalkan dan menggunakan oksigen dengan berkesan, menggalakkan penghantaran* dan keberkesanan pekatan** harian Artistr y anda dengan ketara serta menjadikan kulit anda lebih segar, lebih sihat dan tampak kembali muda.***
*Ujian in-vitro
**Berdasarkan pelembapan
***Hasil tidak setara dengan prosedur pembedahan/kosmetik

Penyegar dan losyen pelembut ARTISTRY direka untuk melengkapkan proses pembersihan dan memberikan lembapan pertama ke kulit. Losyen pelembut biasanya mempunyai tekstur yang sangat ringan, cair.

Infusi Penggalak adalah sebahagian daripada langkah Infusi dengan manfaat penjagaan kulit yang ketara selain kuasa rangsangannya. Seperti prapekatan lain (kadangkala dipanggil &ldquo,rawatan losyen&rdquo,), tekstur cecairnya rasa cair namun melindungi.

Ada. Kami menggunakan dua bahan eksklusif dalam Infusi Penggalak:

Tapai Ceri Aserola yang diluluskan NUTRILITE.
Ceri Aserola ditanam di ladang kami sendiri yang disahkan organik kemudian ia ditapai khusus untuk menghasilkan keaktifannya. Ia meningkatkan kitaran pembaharuan semula jadi kulit agar sel kulit yang segar, sihat dibawa ke permukaan dengan lebih cepat dan boleh menerima rawatan penjagaan kulit yang berikutnya dengan mudah.

Aura Perlindungan Eksklusif ARTISTRY.
Membantu memberikan perlindungan antioksidan dan antipencemaran di atas permukaan kulit dengan membantu menghalang radikal bebas daripada sampai ke kulit.

Ujian klinikal, pengguna dan in-vitro telah dilaksanakan untuk menyokong dakwaan keselamatan dan keberkesanan untuk Infusi Penggalak. Kajian telah dilaksanakan untuk memastikan rumusan ini diterima dengan baik, berkesan dan memenuhi jangkaan pengguna.

Rumusan ini mengandungi peratusan kecil asetil glukosamina yang diperoleh daripada cengkerang krustasia. Ia tidak mengandungi bahan lain yang diperoleh daripada haiwan.

Tidak, Infusi Penggalak tidak diuji pada haiwan.

Tiada bahan daripada gandum atau barli dimasukkan dalam Infusi Penggalak, namun ia mengandungi bahan terbitan oat, oleh itu kami tidak mengelaskan produk ini sebagai bebas gluten.  

Jangka hayat produk yang belum dibuka ialah 3 tahun. Sebaik sahaja produk dibuka, jangka hayatnya ialah 12 bulan.

Infusi Penggalak hendaklah disimpan di tempat dingin, kering dan jauh daripada cahaya matahari terus.

Infusi Penggalak telah diuji agar serasi dan berkesan dengan pekatan harian daripada koleksi ini:

  • ARTISTRY HYDRA-V
  • ARTISTRY IDEAL RADIANCE
  • ARTISTRY YOUTH XTEND
  • ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA
Untuk maklumat tentang menggunakan Infusi Penggalak dengan rumusan PENJAGAAN KULIT INTENSIF yang lain, lihat dua soalan berikutnya.

Penggunaan Infusi Penggalak dengan produk Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY yang lain belum dinilai secara klinikal. Anda disarankan agar menyesuaikan rutin penjagaan kulit lengkap anda berdasarkan kepekaan kulit yang anda sendiri rasai. Sentiasa menjadi satu amalan yang baik untuk memperkenalkan satu produk baru dalam satu-satu masa dan menunggu sekurang-kurangnya seminggu sebelum memperkenalkan produk tambahan baru.

Jika anda atau pelanggan anda sudah menggunakan Pengelupas Memperbaharui, anda boleh mengesyorkan untuk menambah Infusi Penggalak seperti berikut:

  • Pertama, bersihkan muka anda dengan pembersih ARTISTRY. Lap kering.
  • Diikuti dengan Pengelupas Memperbaharui. Pastikan anda bilas kulit bersih-bersih setelah rawatan kemudian lap kering dan susuli dengan penyegar/losyen pelembut ARTISTRY.
  • Sapu Infusi Penggalak
Jika muncul kemerah-merahan atau sebarang sensasi yang menjadi semakin teruk, berhenti menggunakan gabungan kedua-dua produk ini. Kami tidak mengesyorkan penggunaan Infusi Penggalak sebelum Pengelupas Memperbaharui.

Teknologi Kristal Cecair yang digunakan dalam Infusi Penggalak membantu membentuk &ldquo,jaringan&rdquo, berterusan untuk membantu bahan-bahan bermanfaat daripada pekatan harian berikutnya meresap jauh lebih dalam ke permukaan kulit dengan lebih berkesan. Menyapu penyegar/losyen pelembut selepas Infusi Penggalak boleh mengganggu kesinambungan &ldquo,kulit kedua&rdquo, seterusnya mengurangkan kesan rangsangan dan penembusan.

Ya, Infusi Penggalak direka untuk ditambah kepada regimen ARTISTRY sedia ada anda. Gunakannya sebelum pekatan harian anda daripada koleksi ini:

  • ARTISTRY HYDRA-V
  • ARTISTRY IDEAL RADIANCE
  • ARTISTRY YOUTH XTEND
  • ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA

Infusi Penggalak telah diuji dengan teliti ke atas kumpulan individu yang mempunyai kulit sensitif. Dalam ujian ini, tiada bukti tindak balas alahan atau kerengsaan yang melampau. Walau bagaimanapun, kami sedar bahawa tiada program ujian yang boleh menjamin semua individu yang ingin menggunakan produk ini tidak akan mengalami tindak balas.

Sensasi berdenyut-denyut, pedih atau kemerahan tidak dilaporkan semasa kajian keselamatan kami. Jika anda mengalami sebarang sensasi yang kurang menyenangkan, kami sarankan anda berhenti menggunakannya.

Secara amnya, kami tidak mengesyorkan penggunaan sebarang produk kosmetik selepas selaran matahari atau rawatan kosmetik yang menyebabkan keradangan melampau. Infusi Penggalak dan mana-mana produk lain hendaklah digunakan hanya setelah keradangan reda. Untuk penggunaan selepas pengelupasan kosmetik atau rawatan laser, pelanggan hendaklah mendapatkan nasihat doktor.

Bahan dalam Infusi Penggalak ditunjukkan selamat digunakan oleh semua wanita. Kajian keselamatan kosmetik tidak dilakukan pada wanita hamil. Keputusan sama ada hendak menggunakan atau tidak produk ini perlu dibincangkan oleh wanita tersebut dengan doktornya.

Mekanisme pembaikan semula jadi ialah proses kulit membaiki dirinya selepas kecederaan, kerosakan kimia atau persekitaran atau jangkitan bakteria. Apabila kita semakin tua, mekanisme pembaikan semula jadi ini menjadi perlahan dan biasanya tidak mampu mengembalikan semula kulit kepada keadaan asalnya. Mekanisme pembaikan semula jadi kulit yang ditambah baik oleh Infusi Penggalak termasuk pembaikan perintang dan pusing ganti sel kulit.

Pencemaran udara boleh membahayakan kulit dengan mengurangkan paras oksigennya. Oksidan radikal bebas boleh jadi jenis pencemaran yang khusus, manakala radikal bebas berbahaya yang lain terikat dengan zarah bahan cemar seperti PM2.5. Radikal bebas ini boleh membinasakan lipid dan protein kulit, mengurangkan keupayaan sel kulit untuk berfungsi dengan baik, malah mengehadkan keberkesanan produk penjagaan kulit termaju. Apabila kita semakin tua, kerosakan ini menjadi lebih ketara kerana kulit menjadi semakin nipis dan kurang anjal serta perubahan warna, kekenduran, garis halus dan kedutan yang dalam mula muncul.

Teknologi Kristal Cecair ialah jaringan kristal cecair pelbagai lamela unik yang berfungsi seperti &ldquo,jaringan khusus&rdquo, yang membantu bahan rawatan meresap jauh ke dalam lapisan permukaan kulit. Oleh itu, ia bertindak seperti sistem penghantaran yang dipertingkatkan.

Kompeks Nyahtoksin Pengoksigenan Pintar ialah campuran bahan-bahan termasuk Tapai Ceri Aserola yang diluluskan NUTRILITE, Tapai Yis, Tapai Bifida dan &ldquo,Aura Perlindungan&rdquo, kami yang eksklusif untuk membantu menyingkirkan kotoran, meneutralkan bahan cemar termasuk PM2.5 dan membawa sel kulit yang sihat dan segar lebih cepat ke permukaan.

Sel kulit menggunakan oksigen untuk membantu menggalakkan mekanisme pembaikan semula jadi yang sempurna. Tapai Yis membantu meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekal dan menggunakan oksigen dengan berkesan, membolehkan kulit bernafas.

Tapai Bifida membantu meningkatkan perlindungan di dalam permukaan kulit daripada kerosakan persekitaran manakala &ldquo,Aura Perlindungan&rdquo, eksklusif membantu melindungi kulit daripada bahan cemar luaran di atas permukaan kulit, menghalang bahan cemar daripada sampai ke kulit.

Anda akan perhatikan bahawa tiga bahan utama dalam Infusi Penggalak ialah &ldquo,tapai&rdquo,. Ini bermaksud masing-masing telah melalui proses penapaian yang dikawal teliti yang boleh menumpukan dan meningkatkan kesannya. Selain itu, tapai biasanya biotersedia iaitu ia lebih bersedia untuk diserap ke dalam kulit untuk menyampaikan manfaat yang dipertingkatkan.

Ekzos daripada bahan api pepejal yang digunakan untuk memasak atau pemanasan, pengudaraan yang kurang baik, sistem penyaman/penapis udara dan asap rokok pasif, semuanya menyumbang kepada peningkatan tahap pencemaran udara di dalam rumah. Infusi Penggalak mengandungi teknologi utama yang membantu menghalang jirim zarah yang dijana oleh pencemaran udara di dalam rumah daripada menembusi kulit dan merosakkannya. Oleh itu, ia memberikan penampilan yang lebih segar, lebih sihat dan kembali muda.


added to your ditto
1 item added to 3 DITTO lists
Create a new ditto schedule
Ditto name
order recipient
Search Contacts | (0)Total
Create a new ditto schedule
Go Back to Previous Screen
QUICKFIND:
NAME
TYPE
ID NUMBER
Andrew Allen
IBO
123124124124
Andrew Hackman
IBO
123124124124
Andrew Frisch
IBO
123124124124
SELECT CUSTOMERS/IBO:
NAME
TYPE
ID NUMBER
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
RECIPIENT LIST: (5)Total
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Status Inventori
Status inventori mungkin berubah pada masa pembayaran disebabkan turun naik waktu nyata.