Pelindung UV ARTISTRY IDEAL RADIANCE | Amway Malaysia

Koleksi ARTISTRY IDEAL RADIANCE dengan Pencerahan 3D direka bentuk untuk membantu Mencegah, Merawat dan Melindungi kulit daripada perubahan warna agar dapat mengembalikan keserian, kejernihan dan tona yang sekata.

Jangka hayat produk belum dibuka ialah tiga tahun. Apabila produk dibuka, ia boleh tahan selama 12 bulan.

Ya, terdapat 6 paten dan 1 paten masih menunggu.

Ujian klinikal pihak ketiga telah dijalankan untuk menyokong kesemua tuntutan keselamatan dan kebanyakan tuntutan keberkesanan. Sesetengah tuntutan keberkesanan disokong dengan menggunakan ujian makmal disahkan yang dijalankan di makmal-makmal ARTISTRY. Ia adalah benar bagi semua produk ARTISTRY.

Wanita yang ingin mempertingkatkan keseluruhan tona kulit atau mengurangkan penampilan tompok gelap dan perubahan warna. Produk ARTISTRY IDEAL RADIANCE disasarkan untuk wanita berumur antara 25 dan 40 tahun.

Produk ARTISTRY IDEAL RADIANCE mengandungi bahan berasaskan semula jadi, antaranya mungkin mempunyai kecenderungan untuk menjadi gelap sedikit lama-kelamaan. Cth: Krim putih cerah boleh beralih ke warna putih pudar lembut. Tanpa mengira perubahan warna, keberkesanannya kekal sama.

Kadar jangkaan penggunaan bagi produk ARTISTRY IDEAL RADIANCE ialah lebih kurang 6 - 8 minggu.

Produk ARTISTRY IDEAL RADIANCE tidak boleh digunakan pada kelopak mata dan kawasan mata.

  • Membersih (Pembersih Penyeri)
  • Menyegar (Losyen Lembapan Penyeri)
  • Rawat (Esen Penyeri, Pembetul Tompokan)
  • Melembap (Pelembap Menyeri, Krim Lembapan Penyeri)
  • Melindungi (Pelindung UV SPF50+ PA++++ ARTISTRY)

Koleksi ARTISTRY IDEAL RADIANCE adalah serasi dari segi estetik dengan semua produk penjagaan kulit ARTISTRY lain.

Produk ARTISTRY IDEAL RADIANCE menampilkan bunga-bungaan dipilih khas daripada Campuran Multiflora, Protein Mutiara dan sistem penghantaran liposom eksklusif.

Sistem penghantaran liposom membawa bahan menghidrat, mencerah dan melegakan jauh ke dalam permukaan kulit untuk hasil yang pantas dan tidak pernah berlaku dahulu. Tiga bahan dalam liposom ialah: Likuoris - untuk melegakan dan membantu mencegah kerengsaan, Tapai Ceri Aserola Dipatenkan - bahan mencerahkan kulit yang merawat kulit, dan Seramida 3 - bahan melembap yang membantu melindungi kulit.

Campuran MultiFlora ialah gabungan bunga menyempurnakan kulit yang terpilih bagi faedah mencerah, melega dan melindung: English Daisies, Geranium Jerman, Bunga Melur, Teh Putih, Evening Primrose dan Sophora Japonica. Setiap rumusan mempunyai kandungan bunga-bungaan dipilih khas bagi memberikan hasil yang terbaik mungkin.

Protein Mutiara ialah bentuk protein mutiara yang sangat pekat dan mewah yang membantu mengurangkan kerengsaan yang boleh menyebabkan tompok-tompok gelap dan perubahan warna.

Ditanam dan dipetik di ladang AMWAY, Biji Chia dan Delima adalah dua bahan botani eksklusif AMWAY, ditanam secara organik yang ditemui dan dibangunkan oleh saintis AMWAY. Gabungan unik ini memiliki kuasa pencerahan kulit yang menakjubkan. Biji Chia diproses dengan teliti menggunakan teknik pengisaran kriogenik termaju. Ini membantu mengekalkan kualiti dan integriti ekstrak chia bagi memberi kuasa pencerahan yang paling berkesan. Delima ialah "buah hebat" dengan faedah antioksidan dan pencerahan kulit. Ekstrak eksklusif ini diambil daripada keseluruhan buah yang memastikan kita memperoleh aktiviti maksimumnya.

Askorbil Glukosid, juga dikenali sebagai AA2G adalah bentuk vitamin C yang distabilkan digabungkan dengan glukos yang bertindak untuk menghalang sintesis melanin. Ia merupakan bahan yang ditemui dalam Losyen Lembapan Penyeri, Esen Penyeri, Pembetul Tompokan, Pelembap Menyeri dan Krim Lembapan Penyeri. Bahan-bahan ini memenuhi kehendak klasifikasi peraturan berikut: Kuasi-dadah aktif di Jepun, Kosmetik Kefungsian di Korea dan Kosmetik Kegunaan Khas di China.

Alami Losyen Lembapan Penyeri berwarna biru yang melegakan dan nikmati pengalaman sensori. Warna biru telah dipilih secara khusus untuk menenangkan deria dan menawarkan saat-saat ketenangan di sebalik hari yang sibuk. Warna itu juga menunjukkan kedinginan menyegarkan losyen itu sendiri apabila ia menghidrat dan menyegarkan kulit anda.

Ada. Pelindung UV SPF 50+ PA++++ ARTISTRY IDEAL RADIANCE dan Krim CC Keserian Sempurna 50 PA+++ ARTISTRY IDEAL RADIANCE mengandungi bahan pelindung UVB/UVA berspektrum luas.

Harumannya ialah flora sitrus. Sitrus, Mandarin dan nota dedaun hijau bergabung dalam pancaran cahaya. Kemudian Bunga Mawar dan Bunga Melur bersatu dengan nota Raspberi dan Marin untuk sentuhan lembut. Akhirnya, Pic lembut, Kesturi, Kayuan dan Vanila membentuk hasil yang menarik.

Koleksi ARTISTRY IDEAL RADIANCE mengandungi bahan yang diperolehi daripada soya pada tahap yang rendah dalam kesemua produknya. Kesemua bahan telah melalui penilaian keselamatan yang teliti.

Produk ARTISTRY IDEAL RADIANCE tidak mengandungi sebarang bahan gandum. Tetapi ia mengandungi bahan terbitan Oat dipatenkan, maka kami tidak menyifatkan produk ini sebagai tanpa gluten.

Kedua-dua Pelembap Menyeri dan Krim Penyeri ARTISTRY IDEAL RADIANCE mengandungi Squalane, lipid yang diperolehi daripada minyak hati ikan yu. Bahan ini juga digunakan dalam produk ARTISTRY lain.

Ada. Bahan-bahan yang mendapat kelulusan NUTRILITE ini terdapat dalam formula ARTISTRY IDEAL RADIANCE: Biji Chia Putih dan Ekstrak Delima

Semua produk ARTISTRY IDEAL RADIANCE telah diuji dengan teliti ke atas kumpulan individu yang mewakili semua jenis kulit. Tiada sebarang bukti gerak balas alahan atau kerengsaan kulit yang ekstrem. Walau bagaimanapun, kami mengiktiraf bahawa tiada program ujian yang dapat memastikan yang tiada sesiapa pun akan mengalami tindak balas minor. Tiada produk penjagaan kulit yang dijamin 100% tidak merengsakan bagi semua orang.

Pada umumnya, kami tidak mengesyorkan penggunaan sebarang produk kosmetik selepas selaran matahari yang "teruk" atau sebarang rawatan yang menyebabkan keradangan ekstrem. Produk ini hanya boleh digunakan selepas keradangan reda. Untuk penggunaan selepas rawatan pengupasan kimia atau laser, seseorang itu perlu mendapatkan nasihat doktor.

Tiada produk ARTISTRY lain yang perlu dielakkan semasa menggunakan koleksi ARTISTRY IDEAL RADIANCE. Produk ARTISTRY IDEAL RADIANCE dirumuskan agar serasi dengan produk penjagaan kulit ARTISTRY lain.

Tiada produk penjagaan kulit yang dijamin 100% tanpa kerengsaan untuk semua orang. Semua produk ARTISTRY IDEAL RADIANCE diuji dengan teliti untuk keserasian dan keselamatan kulit, tetapi akan terdapat segelintir orang yang sensitif kepada bahan tertentu. Jika tidak, produk ini dianggap selamat. Sama seperti sesetengah orang yang alah kepada haiwan peliharaan atau debu manakala orang lain yang alah kepada bahan kosmetik biasa. Sudah tentu, kita berhati-hati untuk tidak menggunakan sebarang bahan yang diketahui boleh menyebabkan tindak balas alahan. Mesti sentiasa beringat bahawa produk ARTISTRY IDEAL RADIANCE mengandungi banyak bahan yang berkuasa dan berkesan agar dapat memberikan faedah pencerahan kulit tahap tinggi. Pengguna hendaklah menghentikan penggunaan jika berlaku kemerahan atau sensasi menjadi semakin teruk.

Produk ARTISTRY IDEAL RADIANCE tidak diuji ke atas haiwan. Kami menjalankan ujian klinikal dan pengguna dengan sukarelawan manusia.

Selepas hanya sekali penggunaan sistem ARTISTRY IDEAL RADIANCE, kulit kelihatan lebih berseri. Dalam masa 2 jam, lapisan permukaan paling dalam disasarkan. Dalam masa 24 jam, tahap melanin dikurangkan dengan ketara. Dalam masa 7 hari, kulit kelihatan lebih sempurna dan tona sekata. Tompok-tompok gelap dan pengubahan warna berkurangan. Kulit terasa terhidrat dan keserian segar terserlah.

Faedah produk ARTISTRY IDEAL RADIANCE termasuk kulit lebih cerah, lebih jernih dan tona kulit sekata dengan penampilan tompok gelap dan pengubahan warna berkurangan. Kulit menjadi lega dan terhidrat sehingga 8 jam.

Ya, ujian klinikal menunjukkan bahawa peningkatan ketara dalam faedah kulit apabila menggunakan kesemua produk dalam sistem ARTISTRY IDEAL RADIANCE.

Untuk kestabilan maksimum, produk perlu disimpan pada suhu bilik (bawah 30°C, 86°F) dan jauh daripada cahaya matahari secara langsung.


added to your ditto
1 item added to 3 DITTO lists
Create a new ditto schedule
Ditto name
order recipient
Search Contacts | (0)Total
Create a new ditto schedule
Go Back to Previous Screen
QUICKFIND:
NAME
TYPE
ID NUMBER
Andrew Allen
IBO
123124124124
Andrew Hackman
IBO
123124124124
Andrew Frisch
IBO
123124124124
SELECT CUSTOMERS/IBO:
NAME
TYPE
ID NUMBER
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
RECIPIENT LIST: (5)Total
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Status Inventori
Status inventori mungkin berubah pada masa pembayaran disebabkan turun naik waktu nyata.