Suplemen - Coenzyme Q10 Plus - Nutrilite | Amway Malaysia

CoQ10 dinamakan ubiquinone kerana ia didapati dalam semua sel. Secata teknikal, CoQ10 dirujuk sebagai “bahan seperti vitamin” atau “faktor bersama” kerana ia dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh. Ia nutrien penting yang diperlukan oleh semua sel untuk menghasilkan tenaga.

CoQ10 adalah enzim penting yang menghasilkan 95% tenaga sel yang digunakan oleh tubuh. Organ-organ, terutamanya jantung, menggunakan banyak CoQ10 untuk melancarkan kekuatan mengepam, meningkatkan jumlah darah yang mengalir menerusinya dengan setiap degupan. Ia juga antioksidan yang boleh meneutralkan radikal bebas dan menggalakkan membran sel yang sihat.

Paras CoQ10 berkurangan seiring dengan usia. Tabiat makan dan pilihan gaya hidup kita boleh mengakibatkan kekurangan nutrisi. Faktor lain seperti senaman yang berat atau pengambilan ubat tertentu boleh juga mengurangkan paras CoQ10 dalam tubuh.

Mitokondria adalah struktur penghasil tenaga di dalam sel yang membolehkannya berfungsi, membaiki dan menyenggara dengan sendiri. Dalam banyak cara, mitokondria umpama enjin kereta. Sel tidak boleh berfungsi tanpa mitokondria dan kereta tidak boleh berfungsi tanpa enjin. Selagi sel hidup, ia memerlukan cara untuk menghasilkan tenaga. Tenaga ini datangnya dalam bentuk adenosina trifosfat (ATP). CoQ10 ialah pemangkin dalam penghasilan ATP. Oleh itu, mitokondria memerlukan paras CoQ10 yang mencukupi untuk memastikan penghasilan tenaga yang optimum.

Ya, CoQ10 sebahagian besarnya terdapat dalam daging lembu dan ikan yang berhijrah seperti sardin dan tenggiri serta sedikit dalam brokoli serta kacang. Kita perlukan kira-kira 30mg sehari, yang bererti bahawa kita perlu makan sejumlah besar makanan itu untuk mendapatkan persamaan 30mg CoQ10. Oleh yang demikian, untuk mendapatkan jumlah yang mencukupi untuk tubuh, bolehlah dipertimbangkan supaya ditambah dengan CoQ10.

CoQ10 secara umumnya tidak mengganggu kebanyakan jenis ubat dan bertoleransi dengan baik. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan agar tidak mengambilnya ketika sedang menjalani terapi Warfarin tanpa nasihat perubatan. Sebagai peraturan umum, kami sentiasa menasihati mereka yang baru kali pertama mengambilnya supaya bermula dengan dos yang rendah untuk memeriksa potensi tindak balas alahan, walaupun ia mungkin tidak berlaku dengan CoQ10. Wanita hamil hendaklah meminta nasihat doktor sebelum mengambil sebarang produk suplemen herba.

Pengambilan CoQ10 yang kerap boleh menambahbaikkan kesihatan keseluruhan. Ia juga dikenali kerana ciri-ciri antioksidannya.

Nutrilite CoQ10 adalah satu-satunya formulasi yang terdapat di pasaran yang menggabungkan CoQ10, L-Karnitina Fumarat, Taurina dan Pekatan Bioflavonoid Nutrilite dalam satu kapsul. Setiap kapsul memberikan 30mg CoQ10 di mana tiga kapsul ini dalam sehari akan memberikan tubuh 90mg CoQ10. Pekatan Bioflavonoid memberikan manfaat tambahan fitonutrien, membantu anda ke arah kesihatan optimum. Formulasi Nutrilite CoQ10 kami bebas daripada perisa tiruan, pewarna atau bahan pengawet, oleh itu mengurangkan kejadian tindak balas alahan.

Ya, anda boleh mengambil CoQ10 dengan produk Nutrilite yang lain seperti Natural B-Complex, Lecithin-E, Salmon Omega Complex, dan Protein Powder. Kerana CoQ10 larut lemak, ia paling baik diambil bersama-sama dengan Salmon Omega Complex dan/atau Lecithin-E, dengan sajian.

Kajian menunjukkan taurina membantu mengekalkan integriti sel dengan mengawal jumlah intrasel dan keseimbangan kalsium.

L-Karnitina terlibat dalam metabolisme karbohidrat dan protein, serta dalam penghantaran lemak ke dalam mitokondria. L-Karnitina juga memberikan banyak manfaat lain kepada banyak sistem tubuh. Ia juga menghadkan kerosakan yang disebabkan oleh kekurangan oksigen, meningkatkan sistem imun, melindungi darpadai tekanan oksidatif, merangsang aktiviti antioksidan enzim tertentu dan melindungi membran.

Semua produk Nutrilite, yang dikelaskan sebagai makanan kesihatan dan dijual di Malaysia, adalah didaftar dengan Jabatan Kawalan Dadah dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan membawa nombor kelulusan KKM pada labelnya (contoh, MAL12345678).

Yakinlah bahawa AMWAY komited dalam mematuhi keperluan yang ditetapkan dan menghormati isu-isu keagamaan semua negara di mana kami memasarkan produk, terutamanya keperluan unik komuniti Muslim.

Kami memberi anda jaminan kami bahawa produk yang pada masa ini didapati melalui AMWAY (Malaysia) Sdn Bhd tidak mengandungi bahan-bahan yang berasal daripada sumber yang tidak Halal atau terbitannya.

Kami berbesar hati menyatakan bahawa produk-produk dengan nama jenama Nutrilite dalam rangkaian Pemakanan & Kesejahteraan yang dijual oleh AMWAY (Malaysia) Sdn Bhd adalah disahkan Halal oleh Majlis Makanan dan Pemakanan Islam Amerika (IFANCA). Pengilang kontrak AMWAY untuk produk-produk gel lembut Nutrilite, RP Scherer, juga mempunyai sijil Halal dari IFANCA.

Tambahan lagi, gelatin lembu yang diguna dalam produk gel lembut kami juga adalah disahkan Halal.

Ya, boleh.

Produk Nutrilite adalah satu-satunya jenama vitamin dan mineral global yang menanam, memetik dan memproses tumbuhan di ladang mereka sendiri yang disahkan organik. Dakwaan ini disahkan berdasarkan kajiselidik oleh Euromonitor International. Teknik perladangan organik adalah disahkan oleh badan-badan bebas seperti yang ditunjukkan di bawah:

Ladang Brazil
Pensijilan oleh IBD (Instituto Biodinamico), Brazil
Disahkan organik dan mematuhi standard IBD yang bersamaan dengan standard ECC2092/91 dan IFOAM .

Ladang El-Petacal, Mexico
Pensijilan oleh Oregon Tilth Certified Organic (OTCO), Kelas O (Ditanam Secara Organik).

Trout Lake, Missouri
Pensijilan oleh Jabatan Pertanian Washington - menurut Program Organik Nasional Tajuk 7CFR Bahagian 205.

Sembelit boleh berlaku disebabkan kurang serat atau kekurangan pengambilan air. Adalah penting untuk makan sekurang-kurang empat hingga lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap harian untuk memastikan pengambilan serat yang mencukupi. Anda boleh ambil Nutrilite Concentrated Fruits and Vegetables atau Nutri Fibre Blend, yang mengandungi kedua-dua serat larut dan tidak larut untuk menambah diet anda.


added to your ditto
1 item added to 3 DITTO lists
Create a new ditto schedule
Ditto name
order recipient
Search Contacts | (0)Total
Create a new ditto schedule
Go Back to Previous Screen
QUICKFIND:
NAME
TYPE
ID NUMBER
Andrew Allen
IBO
123124124124
Andrew Hackman
IBO
123124124124
Andrew Frisch
IBO
123124124124
SELECT CUSTOMERS/IBO:
NAME
TYPE
ID NUMBER
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
RECIPIENT LIST: (5)Total
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Status Inventori
Status inventori mungkin berubah pada masa pembayaran disebabkan turun naik waktu nyata.