Oren - Kristal Minuman PhytoPOWDER (Kanister) | Amway Malaysia

Nutrilite PhytoPOWDER adalah campuran minuman serbuk dengan tambahan vitamin dan botani yang dicipta untuk dicampurkan dalam air bagi menyediakan minuman yang enak dan segar.

Seisi keluarga boleh mendapat manfaat daripada pengambilan produk ini.Terutamanya mereka yang faham pentingnya minum lebih banyak air dan mahukan perisa yang hebat di samping memberi elektrolit penting, vitamin C, serat dan vitamin-vitamin B.

Produk ini mengandungi bahan Red Orange Complex yang mengandungi adunan khusus fitonutrien yang kaya antioksidan. Produk ini juga mengandungi kalium dan natrium, elektrolit penting yang memudahkan penyerapan cecair dan menyumbang kepada penghidratan yang lebih lengkap. Tambahan lagi, satu hidangan memberikan adunan seimbang vitamin B yang perlu untuk pembentukan tenaga dalam tubuh dan juga Vitamin C yang membantu mengekalkan tisu tubuh.

Nutrilite PhytoPOWDER adalah produk baru yang dicipta untuk individu yang ingin kekal terhidrat. Produk ini merupakan produk ACTIVE 8 yang dirumus semula. Ketika mencipta formula ini, saintis kami mencipta minuman serbuk yang menampilkan perisa semula jadi yang sungguh lazat di samping mengurangkan keseluruhan paras gula. Selain itu, kami telah menambah serat untuk meningkatkan pengambilan serat harian.

Bahan berasaskan tumbuhan yang utama dalam Nutrilite PhytoPOWDER Electrolyte Orange ialah Red Orange Complex (ROC). ROC memberikan antioksidan yang menyokong pertahanan semula jadi tubuh terhadap tekanan oksidatif. Dalam satu kajian klinikal, didapati bahan-bahan ROC mampu menentang kerosakan radikal bebas yang meningkat akibat aktiviti fizikal. Dos yang diuji secara klinikal bersamaan dengan jumlah yang dibekalkan oleh 2 pek batang.

Nutrilite PhytoPOWDER boleh diambil bila-bila masa anda perlu untuk menyokong pengambilan nutrien dan paras elektrolit anda menerusi pengalaman minuman yang ringkas dan menyeronokkan. Ia boleh diambil dengan makanan ataupun ketika perut kosong. Produk ini tidak dijangka akan menyebabkan sebarang rasa tidak selesa apabila diambil dengan perut kosong. Jika perut sakit, kami syorkan ia diambil dengan makanan. Had hidangan yang disyorkan ialah 1-3 hidangan sehari.

Arahan penggunaan adalah seperti di bawah:
1. Sentiasa gunakan peralatan yang kering.
2. Campur dengan air dan tambah ais jika suka.
3. Serat dalam produk boleh membeku jika air terlalu sejuk, menyebabkan masa campuran yang lebih lama.

Wanita hamil dan yang menyusukan bayi dinasihatkan supaya meminta nasihat doktor sebelum mengambil produk ini.

Kanak-kanak 1-12 tahun boleh mengambil satu hidangan produk ini sehari.

Tiada bukti sebarang kontraindikasi dengan penggunaan produk ini. Walau bagaimanapun, seperti mana-mana produk suplemen dietari, mereka sedang dalam rawatan perubatan yang diselia haruslah sentiasa meminta nasihat penyedia penjagaan kesihatan mereka sebelum menggunakannya.

Produk ini dijangka tidak berinteraksi dengan ubat-ubatan. Namun, sesiapa yang menggunakan ubat preskripsi atau ubat-ubatan di kaunter haruslah sentiasa meminta nasihat penyedia penjagaan kesihatan mereka sebelum mengambil sebarang suplemen dietari baru.

Respons Individu terhadap suplementasi adalah berbeza-beza. Jika anda mengalami tindak balas yang teruk, hentikan penggunaan produk dan hubungi penyedia penjagaan kesihatan anda untuk nasihat lanjut.

Bila diambil sehingga 1-3 hidangan sehari (had hidangan yang disyorkan), Nutrilite PhytoPOWDER boleh diambil dengan suplemen dietari lain mengikut penggunaan yang disyorkan.

Tiada makanan atau sebatian yang diketahui boleh merencat atau menghalang penyerapan atau penggunaan produk ini.

Tidak disarankan mengambil produk ini selepas tarikh luput yang tertera pada bungkusan. Paras nutrien tidak dijamin selepas tarikh luput yang tertera pada label produk. Terutama bagi makanan dan minuman, ciri-ciri deria seperti perisa, bau, dan tekstur tidak dijamin selepas tarikh luput.

Pendedahan kepada suhu melebihi 30°C boleh menjejaskan kualiti produk dan integriti bungkusannya. Untuk menjamin kualiti terbaik, produk harus disimpan di tempat sejuk, di bawah 25°C. Tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk walaupun ia disyorkan jika boleh supaya perisa buah-buahan tidak terjejas /berubah yang sering berlaku pada makanan atau minuman yang telah lama.

PERHATIAN: Adalah penting pengguna dididik secara proaktif mengenai variasi semula jadi dari satu lot ke lot yang lain yang tidak mempunyai kesan ke atas kualiti, keselamatan mahupun kemujaraban produk.

Perubahan Warna, Perisa dan Tekstur

  • Jenama Nutrilite menggunakan botani dan juga pewarna dan perisa semula jadi dalam formulasi kami. Disebabkan perubahan daripada satu tanaman ke tanaman yang lain dan dari musim ke musim, bahan tumbuhan ini dijangka mempunyai variasi yang berlaku secara semula jadi.
  • Tidak ada pewarna tiruan yang ditambah kepada produk Nutrilite PhytoPOWDER.
  • Produk Nutrilite PhytoPOWDER dicipta supaya larut ke dalam air, oleh itu bahan-bahan yang dimasukkan ke dalam formula adalah larut air. Lama-kelamaan, bahan larut air ini mungkin bertindakbalas dengan air dalam udara dan mula berketul-ketul. Ini boleh dikurangkan dengan menutup produk dengan betul selepas digunakan dan sentiasa mengguna peralatan yang kering ketika mengeluarkan produk dari bungkusan.
  • Warna yang sedikit pudar dan intensiti perisa yang semakin berkurangan dari masa ke masa memang dijangka. Walaupun Nutrilite PhytoPOWDER boleh disimpan pada suhu bilik, menyimpandi dalam peti sejuk akan menggalakkan pengekalan warna dan perisa yang optimum.
  • Kualiti air boleh juga memberi kesan ke atas perisa Nutrilite PhytoPOWDER. Untuk hasil terbaik, campurkan dengan air berkualiti tinggi seperti Sistem Rawatan Air eSpring.

Mencampurkan Nutrilite PhytoPOWDER dengan air yang melebihi 250 ml tidak akan menjejaskan jumlah kalori dan nutrien yang diambil. Walau bagaimanapun, mencampurkannya dengan jumlah air yang banyak akan melarutkan perisa dan kemanisan minuman itu.

Ya. Kemujaraban nutrien yang diperoleh dari Nutrilite PhytoPOWDER adalah sama dengan suplemen atau kapsul dietari.

Kami tidak mengesyorkan Nutrilite PhytoPOWDER dicampur dengan air panas kerana ia menyebabkan vitamin C semula jadi yang ada dalam formula merosot.

Ya. Walau bagaimanapun, apabila mencampurkannya dengan air sejuk, ia mungkin memakan sedikit masa untuk serat itu larut, oleh itu anda akan melihat sedikit ketulan.

Ya, produk ini boleh disimpan di dalam peti sejuk. Sebaik sahaja bercampur dengan air, minum dalam tempoh 24 jam untuk rasa dan hasil yang terbaik.

Produk ini paling baik diguna dalam tempoh 3 bulan selepas dibuka.

Semua produk Nutrilite, yang dikelaskan sebagai makanan kesihatan dan dijual di Malaysia, adalah didaftar dengan Jabatan Kawalan Dadah dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan membawa nombor kelulusan KKM pada labelnya (contoh, MAL12345678).

Yakinlah bahawa AMWAY komited dalam mematuhi keperluan yang ditetapkan dan menghormati isu-isu keagamaan semua negara di mana kami memasarkan produk, terutamanya keperluan unik komuniti Muslim.

Kami memberi anda jaminan kami bahawa produk yang pada masa ini didapati melalui AMWAY (Malaysia) Sdn Bhd tidak mengandungi bahan-bahan yang berasal daripada sumber yang tidak Halal atau terbitannya.

Kami berbesar hati menyatakan bahawa produk-produk dengan nama jenama Nutrilite dalam rangkaian Pemakanan & Kesejahteraan yang dijual oleh AMWAY (Malaysia) Sdn Bhd adalah disahkan Halal oleh Majlis Makanan dan Pemakanan Islam Amerika (IFANCA). Pengilang kontrak AMWAY untuk produk-produk gel lembut Nutrilite, RP Scherer, juga mempunyai sijil Halal dari IFANCA.

Tambahan lagi, gelatin lembu yang diguna dalam produk gel lembut kami juga adalah disahkan Halal.

Ya, boleh.

Produk Nutrilite adalah satu-satunya jenama vitamin dan mineral global yang menanam, memetik dan memproses tumbuhan di ladang mereka sendiri yang disahkan organik. Dakwaan ini disahkan berdasarkan kajiselidik oleh Euromonitor International. Teknik perladangan organik adalah disahkan oleh badan-badan bebas seperti yang ditunjukkan di bawah:

Ladang Brazil
Pensijilan oleh IBD (Instituto Biodinamico), Brazil
Disahkan organik dan mematuhi standard IBD yang bersamaan dengan standard ECC2092/91 dan IFOAM .

Ladang El-Petacal, Mexico
Pensijilan oleh Oregon Tilth Certified Organic (OTCO), Kelas O (Ditanam Secara Organik).

Trout Lake, Missouri
Pensijilan oleh Jabatan Pertanian Washington - menurut Program Organik Nasional Tajuk 7CFR Bahagian 205.

Sembelit boleh berlaku disebabkan kurang serat atau kekurangan pengambilan air. Adalah penting untuk makan sekurang-kurang empat hingga lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap harian untuk memastikan pengambilan serat yang mencukupi. Anda boleh ambil Nutrilite Concentrated Fruits and Vegetables atau Nutri Fibre Blend, yang mengandungi kedua-dua serat larut dan tidak larut untuk menambah diet anda.


added to your ditto
1 item added to 3 DITTO lists
Create a new ditto schedule
Ditto name
order recipient
Search Contacts | (0)Total
Create a new ditto schedule
Go Back to Previous Screen
QUICKFIND:
NAME
TYPE
ID NUMBER
Andrew Allen
IBO
123124124124
Andrew Hackman
IBO
123124124124
Andrew Frisch
IBO
123124124124
SELECT CUSTOMERS/IBO:
NAME
TYPE
ID NUMBER
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
RECIPIENT LIST: (5)Total
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Status Inventori
Status inventori mungkin berubah pada masa pembayaran disebabkan turun naik waktu nyata.