ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE Pengelupas Memperbaharui | Amway Malaysia

Semua produk penjagaan kulit intensif adalah rawatan di rumah yang bertujuan untuk memberi manfaat yang boleh diamati sama dengan apa yang dicapai di pusat dermatologi. Rangkaian ini mensasarkan golongan wanita yang ingin memperbaiki tanda-tanda penuaan dengan cepat tanpa perlu mengunjungi pakar dermatologi untuk rawatan intensif atau prosedur. Produk awal yang dilancarkan untuk kategori baru ini adalah pengelupas muka yang meneutralkan sendiri di rumah: Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY.

Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY merupakan pengelupas yang meneutralkan sendiri di rumah yang mengandungi bahan enzim yang diperoleh daripada sumber semula jadi: ekstrak Mucor Miehei. Kelebihan bahan ini adalah tidak seperti teknik pengelupas dermatologi yang agresif seperti pengelupas Asid Glikolik, pengguna akan mencapai manfaat prestasi setanding dengan apa yang diperoleh di pusat dermatologi tanpa kerengsaan, kemerahan, pengelupasan yang ketara mahupun ketidakselesaan. Manfaat awal utamanya ialah: meningkatkan kelicinan, mengurangkan kekeringan dan memperhalus tekstur. Selepas menggunakan dua kali seminggu selama enam minggu, produk ini memberikan manfaat tambahan yang berikut ke atas kulit yang menaua:
1) Kepejalan dipertingkatkan
2) Kejernihan dipertingkatkan
3) Pengurangan kemunculan garis-garis halus
4) Keseragaman tekstur dipertingkatkan
5) Tona kulit lebih sekata
6) Kulit dilembapkan
7) Pengurangan kemunculan tompok-tompok penuaan

Tempoh rawatan untuk pengelupas memperbaharui penjagaan kulit intensif adalah enam minggu. Ia hendaklah digunakan tidak lebih daripada dua kali seminggu, sama ada pada waktu pagi atau pada waktu malam(bukan kedua-duanya) selepas membersihkan muka dengan pembersih muka ARTISTRY. Selepas digunakan pada waktu pagi, pastikan anda susuli dengan pelindung matahari berspektrum lebar dengan UVB/UVA.

Ya. Penggunaan produk intensif yang menyerlahkan lapisan kulit baru biasanya akan menjadikan kulit lebih sensitif kepada cahaya matahari. Oleh kerana itu, adalah disyorkan agar pengguna menggunakan produk pelindung matahari berspektrum lebar untuk melindungi kulit daripada kerosakan oleh sinar UV yang merosak. Tidak semestinya menggunakan pelindung matahari selepas menggunanya pada waktu malam. Walau bagaimanapun, ramai akan berasa lebih selesa dengan penggunakan krim atau losyen malam atau krim penyaman kulit selepas menggunakan pengelupas.

Empat kali setahun (sukuan) adalah disyorkan untuk mengekalkan kulit dalam keadaan optimum. Gunakan pengelupas selama enam minggu, kemudian tunggu enam minggu lagi untuk memulakan program pengelupasan sekali lagi.

Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif perlu disimpan di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari cahaya matahari. Produk ini tidak perlu disejukkan.

Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif telah diuji dengan teliti ke atas beberapa kumpulan individu yang mewakili semua jenis kulit. Tidak ada bukti tindak balas alahan atau kerengsaan kulit yang melampau. Walau bagaimanapun, kami mengakui bahawa tiada program ujian boleh memberi jaminan bahawa tiada siapa yang akan mendapat tindak balas kecil. Oleh kerana tiada kerengsaan klinikal yang serius diperhatikan dalam program ujian kami yang meluas, kami akan menjangkakan tindak balas adalah terhad kepada rasa berdenyut-denyut atau pedih sedikit atau kemerahan selama beberapa minit. Ketahanan setiap orang terhadap tindak balas ini adalah berbeza.

Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif adalah sama dengan produk lain dalam rangkaian ARTISTRY yang menggunakan pengelupas kimia dan bukannya fizikal. Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif merupakan produk intensif menyediakan pengelupasan enzimatik. Oleh itu kami tidak mengesyorkan ia digunakan lebih daripada dua kali seminggu selama enam minggu. Ia bukan kegunaan setiap hari. Ia juga merupakan produk yang perlu dibilas dan bukan untuk dibiarkan pada muka selepas selesai rawatan.

Pelan bagi pelaksanaan rangkaian Penjagaan Kulit Intensif ialah ia akan mengandungi banyak produk rawatan intensif yang menawarkan manfaat yang serupa dengan prosedur yang dilakukan di pusat dermatologi, menangani tanda-tanda penuaan yang ketara.

Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif telah diuji dari segi pembungkusannya untuk kestabilan, jika belum dibuka ia mempunyai jangka hayat tiga tahun. Setelah dibuka, penggunaannya perlu disudahkan dalam tempoh rawatan selama enam minggu. Ia perlu disimpan di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari cahaya matahari secara langsung. Walaupun produk tidak perlu disejukkan, jika terdedah kepada haba, warna produk ini boleh menjadi lebih gelap dan mungkin kehilangan sedikit keberkesanannya bergantung kepada tempoh masa ia terdedah kepada haba.

Produk Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif direka untuk menyerlahkan lapisan permukaan kulit yang baru, menjadikannya ia lebih licin dan lebih segar. Ia merupakan produk intensif yang cepat bertindak. Ia tidak direka untuk dibiarkan di muka tetapi perlu dibilas. Hasil terbaik dapat dilihat dengan penggunaan dua kali seminggu dan bukan pada hari berturut-turut.

Penggunaan produk pengelupasan intensif yang menyerlahkan lapisan permukaan kulit yang baru sering menjadikan kulit lebih sensitif kepada cahaya matahari. Oleh itu, adalah disyorkan bahawa pengguna menggunakan produk pelindung matahari berspektrum lebar selepas setiap rawatan untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang merosak. Tidak perlu menggunakan pelindung matahari selepas digunakan pada waktu malam. Namun, ramai pengguna akan berasa lebih selesa dengan penggunaan krim atau losyen malam selepas menggunakan pengelupas.

Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif tidak boleh digunakan di kawasan mata.

Adalah disyorkan bahawa produk digunakan sama ada siang atau malam selepas pembersihan, penggunaan losyen kulit atau penyegar bukan satu kemestian. Turutan penggunaan yang disyorkan adalah:
Jika digunakan pada waktu pagi

  • Pembersih ARTISTRY
  • Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif
  • Penyegar ARTISTRY
  • Produk Rawatan ARTISTRY (tidak termasuk Skrub Pelicin)
  • Krim atau Losyen Malam ARTISTRY ATAU Lapisan SPF lain (iaitu bedak asas)
    ATAU
    Jika digunakan pada waktu malam
  • Pembersih ARTISTRY
  • Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif
  • Penyegar ARTISTRY
  • Produk Rawatan ARTISTRY (tidak termasuk penggunaan Skrub Pelicin atau Serum Pembaikan Intensif)
  • Krim atau Losyen Malam ARTISTRY
    Kami mengesyorkan bahawa anda menyesuaikan regimen penjagaan kulit anda untuk memenuhi keperluan individu kulit anda.

Sukarelawan dengan semua jenis kulit diuji dalam ujian klinikal keselamatan dan keberkesanan tanpa mengalami kerengsaan yang dikaitkan dengan pengelupasan profesional. Tetapi kulit setiap orang adalah berbeza, mungkin sesetengah individu akan mengalami sedikit kemerahan dan/atau rasa pedih. Jika kemerahan berterusan, anda disyorkan bahawa anda menunggu beberapa hari lagi di antara rawatan. Hentikan penggunaan jika kemerahan, rasa perit atau pedih berterusan.

Sebaik-baiknya Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif digunakan selepas penggunaan pembersih ARTISTRY yang lembut. Jangan gunakan sabun sebelum menggunakan pengelupas.

Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif adalah paling baik digunakan selepas penggunaan pembersih ARTISTRY yang lembut dengan pH yang rendah. Sabun biasanya mempunyai pH yang lebih tinggi, yang boleh mengehadkan keberkesanan pengelupas.

Tidak perlu menggunakan produk pengelupasan yang lain semasa tempoh rawatan Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif. Penggunaan produk-produk ini boleh meningkatkan potensi kerengsaan. Penggunaan semula produk-produk ini adalah disyorkan antara dua hingga empat minggu selepas selesai rawatan pengelupasan itu. Tidak perlu menggunakan produk pengelupasan yang lain semasa tempoh rawatan Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif. Penggunaan produk-produk ini boleh meningkatkan potensi kerengsaan. Penggunaan semula produk-produk ini adalah disyorkan antara dua hingga empat minggu selepas selesai rawatan pengelupasan itu.

Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY telah diuji secara klinikal dan sesuai untuk semua jenis kulit. Sukarelawan dengan semua jenis kulit diuji dalam ujian klinikal keselamatan dan keberkesanan tanpa mengalami kerengsaan yang dikaitkan dengan pengelupas profesional.

Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY telah dibangunkan untuk individu yang berumur 30 tahun dan ke atas, yang pada masa ini adalah pengguna regimen penjagaan kulit dan yang ingin mencegah dan membaiki tanda-tanda penuaan yang disasarkan.

Usia bukan faktor penentu untuk menggunakan produk ini. Pengguna muda berumur 18 tahun dan ke atas dengan kekasaran kulit yang melampau juga boleh mendapat manfaat daripada penggunaan produk ini.

Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY mengandungi ekstrak Mucor Miehei, enzim proteolitik. Kulit menghasilkan pelbagai enzim proteolitik untuk menggalakkan proses pendeskuaman yang biasa. Estrak Mucor Miehei mempunyai pergantungan pH yang kuat dan hanya bertindak pada tahap pH yang lebih rendah daripada paras pH kulit. Apabila ditampan dengan betul ke paras pH yang kurang daripada 5, enzim menjadi berkesan dan pengelupasan kulit dimulakan. Dalam tempoh yang singkat, pH semula jadi kulit meningkat melebihi paras pH enzim, menyebabkan pengelupasan untuk terhenti. Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif mengandungi liposom yang membantu membaiki perintang lembapan selepas rawatan pengelupasan. Walaupun Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif adalah amat ringan pada kulit, sesetengah pengguna mungkin mengalami kekeringan selepas rawatan pengelupasan. Penggunaan liposom ini membantu mengurangkan kekeringan dan mengekalkan kulit yang lembap selepas rawatan. Karagenan, diekstrak daripada rumpai laut merah, memberikan kelembutan dan membantu mengekalkan lembapan. Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif juga mengandungi Minyak Biji Chia NUTRILITE dan Tokoferil Asetat untuk membantu menyamankan kulit selepas rawatan pengelupasan.

Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY mengandungi enzim proteolitik yang terutamanya berfungsi untuk melarutkan ikatan protein di antara sel-sel kulit mati pada permukaan atas kulit kita. Ia juga membantu meningkatkan pusing ganti sel. Asid Alfa Hidroksi terutamanya bertindak dengan meningkatkan pusing ganti sel tetapi mekanisme tindakan yang sebenar kurang difahami dengan baik. Produk bukan asid seperti Losyen Pelicin Kulit mengandungi Ekstrak Oat untuk meningkatkan pusing ganti sel kulit, sama seperti AHA. Skrub bertindak menerusi pengelupasan fizikal, iaitu menyingkirkan secara langsung sel-sel kulit mati oleh partikel fizikal. Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY adalah rawatan penjagaan kulit intensif bertujuan untuk penggunaan dua kali seminggu untuk tempoh enam minggu. Ia juga merupakan produk yang perlu dibilas. Produk-produk seperti AHS Plus dan Losyen Pelicin Kulit bukanlah rawatan yang mendalam untuk kulit dan adalah produk yang boleh dibiarkan pada muka dan boleh digunakan setiap hari.

Harumannya digambarkan sebagai Flora Sitrus Herba. Haruman atas yang utama adalah bauan sitrus dan herba segar diadun dengan cassis ranum, haruman tengah adalah 'white floral heart of rose', melur dan 'lily of the valley', haruman bawah adalah kayuan berkrim lagi eksotik diadun dengan ambar dan pic lembut.

Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY mengandungi hanya satu bahan terbitan haiwan: Asetil Glukosamina. Bahan ini adalah agen perapi yang menyumbang kepada pelembapan kulit.

Formula Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif ini tidak mengandungi sebarang bahan gandum. Tetapi ia mengandungi terbitan oat, jadi kami tidak akan melabelkan produk ini sebagai bebas gluten.

Hanya selepas satu penggunaan, ujian klinikal dan pengguna yang dijalankan ke atas Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY menunjukkan peningkatanketara untuk yang berikut:

  • Penggredan klinikal menunjukkan peningkatan dalam kelicinan dan tekstur kulit dan amat lembap.
  • Pengguna mendapati kulit mereka lebih cerah dan sihat, peningkatan dalam penampilan keseluruhan dan mempunyai tona kulit yang lebih sekata.

Keputusannya bergantung kepada cara setiap orang menjaga kulitnya. Jika regimen yang baik diikuti, bersama-sama dengan pengelupasan berterusan, hasil kulit yang sihat lagi berseri boleh bertahan lama selama beberapa minggu. Kami mengesyorkan penggunaan Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif empat kali setahun untuk manfaat mempermudakan kulit yang optimum.

Manfaat awal yang utama adalah peningkatan kelicinan, kekeringan berkurangan dan tekstur yang halus. Selepas penggunaan dua kali seminggu dalam enam minggu, produk memberikan manfaat tambahan kepada kulit yang menua:
1) Kepejalan dipertingkatkan
2) Kejernihan dipertingkatkan
3) Pengurangan kemunculan garis-garis halus
4) Keseragaman tekstur dipertingkatkan
5) Tona kulit lebih sekata
6) Kulit dilembapkan
7) Pengurangan kemunculan tompok-tompok penuaan

Secara umumnya, kami tidak mengesyorkan sebarang produk kosmetik digunakan selepas selaran matahari yang "teruk" atau sebarang rawatan yang menyebabkan keradangan melampau. Produk ini hanya boleh digunakan selepas keradangan telah reda. Untuk digunakan selepas pengelupasan kimia atau rawatan laser, seseorang itu perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan beliau.

Bahan-bahan dalam Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif telah terbukti selamat untuk digunakan oleh semua wanita. Kajian keselamatan kosmetik tidak dijalankan ke atas wanita hamil. Pesakit dan doktor perlu berbincang sama ada hendak menggunakan produk ini atau tidak.

Keberkesanan Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif untuk digunakan pada kelopak mata tidak dikaji. Jangan sapu produk berhampiran dengan garis bulu mata. Jika atas apa-apa sebab produk terkenamata, ia perlu dicuci dengan segera.

Kami tidak mengesyorkan penggunaan produk rawatan yang mendalam seperti Serum Pembaikan Intensif atau produk pengelupasan seperti Losyen Pelicin Kulit TIME DEFIANCE atau ARTISTRY Advanced Self-Acting sepanjang tempoh rawatan kulit.

Penggunaan produk seperti Serum Penegang Kulit 3D TIME DEFIANCE atau Vitamin C + Keladi TIME DEFIANCE dengan menggabungkan Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif belum lagi diuji secara klinikal dan kulit setiap orang adalah berbeza. Sesuaikan regimen penjagaan kulit anda dengan produk-produk ini untuk memenuhi keperluan individu kulit anda.

5 bintang
0
4 bintang
0
3 bintang
0
2 bintang
0
1 bintang
0
    {{ review.headline }}

    oleh {{ review.alias }} pada
    oleh Tanpa Nama pada
     {{ review.date | formatDate('MM/DD/YYYY') }}

    {{ review.comment }}

    Tulis Ulasan

    Ulasan Anda

    {{product.name}}

    Penarafan Keseluruhan
    {{ review.message.rating.message }}
    Ulas Tajuk Utama
    {{ review.message.headline.message }}
    Komen
    {{ review.message.comment.message }}
    Terima kasih!

    Terima kasih atas Ulasan anda.

    added to your ditto
    1 item added to 3 DITTO lists
    Create a new ditto schedule
    Ditto name
    order recipient
    Search Contacts | (0)Total
    Create a new ditto schedule
    Go Back to Previous Screen
    QUICKFIND:
    NAME
    TYPE
    ID NUMBER
    Andrew Allen
    IBO
    123124124124
    Andrew Hackman
    IBO
    123124124124
    Andrew Frisch
    IBO
    123124124124
    SELECT CUSTOMERS/IBO:
    NAME
    TYPE
    ID NUMBER
    IBO
    1231241241
    IBO
    1231241241
    IBO
    1231241241
    IBO
    1231241241
    IBO
    1231241241
    IBO
    1231241241
    IBO
    1231241241
    RECIPIENT LIST: (5)Total
    Aaron Ackerman
    Aaron Ackerman
    Aaron Ackerman
    Aaron Ackerman
    Aaron Ackerman
    Aaron Ackerman
    Status Inventori
    Status inventori mungkin berubah pada masa pembayaran disebabkan turun naik waktu nyata.