Pek Isian Semula Nutrilite DOUBLE X Multivitamin | Amway Malaysia

Nama asalnya ialah Nutrilite XX. Angka Roman XX dipilih kerana ia berharga $20. Kemudian ia dinamakan semula sebagai DOUBLE X.

DOUBLE X adalah suplemen multivitamin, multimineral dan fitonutrien yang memberikan cara ayng mudah dan boleh diharapkan untuk membantu anda mendapatkan nutrien dan fitonutrien penting yang mungkin tiada di dalam diet anda. Ia juga mengandungi vitamin-vitamin B penjana ATP dan pekatan daripada epal, alfalfa dan ceri aserola untuk membuka simpanan tenaga sel anda. Berkenaan pengambilan produk seperti suplemen, tindak balas seseorang mungkin berbeza daripada yang lain. Ia tidak mengandungi kafeina, jadi anda tidak akan mengalami "kejutan" kafeina yang kual dalam sistem anda tetapi ia membebaskan tenaga dalaman supaya sel-sel dalam tubuh anda boleh menjalankan fungsi-fungsinya dengan lebih efisien. Vitamin-vitamin B dalam produk ini mengubah karbohidrat menjadi tenaga dalam sel-sel. Ini kemudiannya, mentenagakan anda. Walau bagaimanapun, manfaatnya boleh dialami beransur-ansur dalam tempoh yang berbeza oleh individu yang berbeza. Beri tubuh anda masa untuk menyelaras, teruskan mengambil produk ini dan pastikan anda minum banyak air.

DOUBLE X membekalkan 12 vitamin penting dan 9 mineral penting yang menyokong kesihatan optimum. Adalah sukar untuk mendapatkan nutrien-nutrien penting ini dalam jumlah yang mencukupi hanya daripada diet semata-mata, oleh itu suplementasi membantu melindungi daripada kekurangan nutrien ini. Selain itu, DOUBLE X mengandungi 17 pekatan tumbuhan dan fitonutrien khusus yang memberi perlindungan antioksidan daripada kejadian oksidatif yang berpotensi berbahaya di dalam tubuh. Oleh itu, suplemen ini menawarkan profil nutrien unik yang meningkatkan pengambilan nutrien yang diperoleh daripada diet yang seimbang lagi sihat untuk menggalakkan kesihatan optimum.

DOUBLE X adalah bahagian penting pemakanan yang baik tetapi masih juga penting untuk mengamalkan diet yang sihat lagi seimbang untuk memberikan tubuh anda kesemua nutrien yang anda perlukan untuk berfungsi pada kemuncaknya. Sememangnya penting untuk mengambil lemak dalam jumlah yang sederhana, makan pelbagai makanan termasuk sumber yang kaya asid lemak omega-3 (ikan) dan serat (bijirin penuh) dalam diet anda, dan makan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran. Saranan Persatuan Pemakanan Malaysia ialah mengambil sekurang-kurangnya tiga hingga lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Cuba fikirkan sebiji oren sebagai contoh. Oren bukan sekadar memberi vitamin C dan serat tetapi juga sebatian tumbuhan tambahan yang penting bagi kesihatan keseluruhan kita, contohnya bioflavonoid, iaitu urat-urat seperti serat putih yang terdapat di bawah kulit bila anda mengupas atau memotong oren. Bioflavonoid meningkatkan penyerapan vitamin C. Oleh itu bioflavonoid adalah contoh fitonutrien. Tumbuhan dan buah-buahan mengandungi banyak jenis fitonutrien. Fitonutrien adalah sebatian yang terkumpul di dalam kulit kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan dengan warna, rona, bau dan perisa yang tidak terkira banyaknya. Ia adalah sebahagian daripada sistem imun tumbuhan yang juga melindunginya daripada kerosakan radikal. Radikal bebas datang dari persekitaran yang boleh merosakkan jika tidak dikawal dari semasa ke semasa. Fungsi fitonutrien adalah sebagai antioksidan untuk meneutralkan kesan kerosakan radikal bebas. Fitonutrien seperti karotenoid dan flavonoid bertindak sebagai perisai pelindung untuk menjauhkan bahan cemar dan kuman penyerang daripada memasuki sel-sel.

Selain itu, fitonutrien melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan sel. Ia juga membantu sel-sel memulih dengan sendiri dengan merangsang pembebasan enzim pelindung atau enzim-enzim yang membina sel-sel rosak.

Simpan tablet yang tidak diguna di dalam pek kerajang di petak-petak bekas DOUBLE X selepas mengeluarkan bilangan tablet yang dikehendaki untuk pengambilan harian anda. Simpan bekas di tempat sejuk dan kering di bawah 25°C kerana pekatan tumbuhan semula jadi di dalam tablet akan menjadi gelap jika terdedah kepada kelembapan tinggi. Ini, walau bagaimanapun, tidak menjejaskan perisa atau kemujarabannya.

Daily adalah suplemen multivitamin dan multimineral yang ringkas dan asas. Ia adalah satu langkahpertama yang hebat untuk memulakan program suplemen pelanggan baru. DOUBLE X pula adalah suplemen multivitamin dan multimineral eksklusif yang memberikan lebih pekatan tumbuhan dengan ketara.

Untuk Pemilik Perniagaan AMWAY, DOUBLE X ialah satu langkah ke hadapan untuk anda membina perniagaan selepas Daily. Diambil sekali sehari, Daily memberikan vitamin dan mineral asas manakala DOUBLE X memberikan vitamin, mineral dan fitonutrien dengan spektrum yang lebih luas pada tahap yang konsisten.

DOUBLE X adalah multivitamin dan multimineral yang hebat. Ia cara yang mudah dan boleh diharapkan untuk membantu anda mendapatkan nutrien penting yang mungkin tiada dalam diet anda.

Keperluan suplemen anda bergantung kepada gaya hidup anda, sejarah keluarga, diet, keperluan yang disasarkan dan faktor persekitaran serta lain-lain lagi. Untuk mendapatkan kesihatan optimum jangka panjang, anda mungkin mahu mengambil suplemen tambahan mengikut keperluan peribadi anda.

Sebagai contoh, vitamin C telah diketahui dapat meningkatkan sistem imun, oleh itu bila berpergian atau bila tubuh berada di bawah tekanan, vitamin tambahan seperti B dan C adalah penting.

Vitamin B diketahui dapat mengubah karbohidrat menjadi tenaga. Juga, asid folik yang terdapat dalam vitamin-vitamin B boleh menurunkan paras homosistin dalam darah. Paras homosistin yang tinggi dikaitkan dengan penyakit jantung. Asid folik ini juga diketahui dapat membantu mengurangkan berlakunya kecacatan kelahiran tertentu. Oleh itu, sekali lagi, bergantung kepada gaya hidup anda, sejarah keluarga, diet dan sebagainya, anda mungkin perlu mengambil suplemen lain bersama-sama dengan DOUBLE X.

Jika diambil mengikut arahan penggunaan yang kami syorkan, DOUBLE X memberikan kira-kira 290mg kalsium sehari. Wanita memerlukan sehingga 1,200mg kalsium sehari, manakala mereka yang mempunyai sejarah osteoporosis dalam keluarga memerlukan lebih kalsium untuk mengisi jurang pemakanan itu. Oleh yang demikian, suplemen kalsium tambahan mungkin diperlukan walaupun anda mengambil DOUBLE X.

Semua produk Nutrilite, yang dikelaskan sebagai makanan kesihatan dan dijual di Malaysia, adalah didaftar dengan Jabatan Kawalan Dadah dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan membawa nombor kelulusan KKM pada labelnya (contoh, MAL12345678).

Yakinlah bahawa AMWAY komited dalam mematuhi keperluan yang ditetapkan dan menghormati isu-isu keagamaan semua negara di mana kami memasarkan produk, terutamanya keperluan unik komuniti Muslim.

Kami memberi anda jaminan kami bahawa produk yang pada masa ini didapati melalui AMWAY (Malaysia) Sdn Bhd tidak mengandungi bahan-bahan yang berasal daripada sumber yang tidak Halal atau terbitannya.

Kami berbesar hati menyatakan bahawa produk-produk dengan nama jenama Nutrilite dalam rangkaian Pemakanan & Kesejahteraan yang dijual oleh AMWAY (Malaysia) Sdn Bhd adalah disahkan Halal oleh Majlis Makanan dan Pemakanan Islam Amerika (IFANCA). Pengilang kontrak AMWAY untuk produk-produk gel lembut Nutrilite, RP Scherer, juga mempunyai sijil Halal dari IFANCA.

Tambahan lagi, gelatin lembu yang diguna dalam produk gel lembut kami juga adalah disahkan Halal.

Ya, boleh.

Produk Nutrilite adalah satu-satunya jenama vitamin dan mineral global yang menanam, memetik dan memproses tumbuhan di ladang mereka sendiri yang disahkan organik. Dakwaan ini disahkan berdasarkan kajiselidik oleh Euromonitor International. Teknik perladangan organik adalah disahkan oleh badan-badan bebas seperti yang ditunjukkan di bawah:

Ladang Brazil
Pensijilan oleh IBD (Instituto Biodinamico), Brazil
Disahkan organik dan mematuhi standard IBD yang bersamaan dengan standard ECC2092/91 dan IFOAM .

Ladang El-Petacal, Mexico
Pensijilan oleh Oregon Tilth Certified Organic (OTCO), Kelas O (Ditanam Secara Organik).

Trout Lake, Missouri
Pensijilan oleh Jabatan Pertanian Washington - menurut Program Organik Nasional Tajuk 7CFR Bahagian 205.

Sembelit boleh berlaku disebabkan kurang serat atau kekurangan pengambilan air. Adalah penting untuk makan sekurang-kurang empat hingga lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap harian untuk memastikan pengambilan serat yang mencukupi. Anda boleh ambil Nutrilite Concentrated Fruits and Vegetables atau Nutri Fibre Blend, yang mengandungi kedua-dua serat larut dan tidak larut untuk menambah diet anda.

5 bintang
0
4 bintang
0
3 bintang
0
2 bintang
0
1 bintang
0
    {{ review.headline }}

    oleh {{ review.alias }} pada
    oleh Tanpa Nama pada
     {{ review.date | formatDate('MM/DD/YYYY') }}

    {{ review.comment }}

    Tulis Ulasan

    Ulasan Anda

    {{product.name}}

    Penarafan Keseluruhan
    {{ review.message.rating.message }}
    Ulas Tajuk Utama
    {{ review.message.headline.message }}
    Komen
    {{ review.message.comment.message }}
    Terima kasih!

    Terima kasih atas Ulasan anda.

    WE ALSO SUGGEST

    added to your ditto
    1 item added to 3 DITTO lists
    Create a new ditto schedule
    Ditto name
    order recipient
    Search Contacts | (0)Total
    Create a new ditto schedule
    Go Back to Previous Screen
    QUICKFIND:
    NAME
    TYPE
    ID NUMBER
    Andrew Allen
    IBO
    123124124124
    Andrew Hackman
    IBO
    123124124124
    Andrew Frisch
    IBO
    123124124124
    SELECT CUSTOMERS/IBO:
    NAME
    TYPE
    ID NUMBER
    IBO
    1231241241
    IBO
    1231241241
    IBO
    1231241241
    IBO
    1231241241
    IBO
    1231241241
    IBO
    1231241241
    IBO
    1231241241
    RECIPIENT LIST: (5)Total
    Aaron Ackerman
    Aaron Ackerman
    Aaron Ackerman
    Aaron Ackerman
    Aaron Ackerman
    Aaron Ackerman
    Status Inventori
    Status inventori mungkin berubah pada masa pembayaran disebabkan turun naik waktu nyata.