Gerakkan tetikus ke atas untuk mengezum dekat

Kit Permulaan BodyKey

BodyKey by NUTRILITE adalah program pengurusan berat badan yang memenuhi keperluan nutrisi tubuh anda. Ia memfokus pada diet seimbang, suplementasi dan senaman. Ikuti perjalanan pengurusan berat badan untuk menyerlahkan diri anda yang baru yang lebih cergas, lebih baik dan mencapai hasil pengurusan berat badan jangka panjang.

Harga runcit
RM 2,850.00
 

Item #: 283411

Program Pengurusan Berat Badan BodyKey oleh NUTRILITE adalah penyelesaian pengurusan berat badan yang diperibadikan dan komprehensif. Ia adalah kolaborasi elemen utama - alat penilaian, produk yang dirumus secara saintifik dan perkhidmatan komprehensif semuanya dicipta supaya bekerja bersama-sama untuk membantu anda mencapai matlamat pengurusan berat peribadi anda. Ia diperibadikan dan mudah.

Program Pengurusan Berat Badan BodyKey adalah program holistik yang membantu memudahkan usaha menguruskan berat badan.

  • Penilaian Peribadi BodyKey menyediakan kompas untuk perjalanan kesejahteraan anda. Ia membantu anda melihat di mana anda hari ini, menunjukkan jalan ke arah laluan terbaik anda di hadapan, menjadikan penurunan berat badan dalam cara yang lebih efisien dan berkesan. Ia juga membolehkan anda menentukur semakin anda mencapai kesihatan optimum.

  • Berasaskan hasil penilaian, BodyKey memberikan saranan yang diperibadikan mengenai diet dan pelan aktiviti fizikal anda melalui BodyKey App 2.0. Ia adalah berdasarkan sains dan disesuaikan untuk menjadikan perjalanan penurunan berat badan anda lebih mudah untuk hasil jangka panjang.

  • Untuk membimbing dan mengekalkan motivasi anda sepanjang perjalanan penurunan berat badan anda, BodyKey App adalah seperti jurulatih anda, membimbing anda mengenai sajian dan pelan senaman. Ia akan melaporkan kemajuan anda pada bila-bila yang anda inginkan. BodyKey juga telah bekerjasama dengan InBodyWATCH untuk menyediakan penjejakan komposisi tubuh dan aktiviti fizikal anda bagi memberikan anda pengalaman yang lancar sepanjang perjalanan penurunan berat badan ini.

Anda boleh tentukan matlamat penurunan berat badan anda. Untuk penurunan berat yang sihat, kami galakkan purata 0.5kg – 1kg seminggu. Selepas selesai Penilaian Peribadi, setiap individu akan diberi pelan diet dan senaman yang berbeza yang dicipta untuk memaksimumkan kejayaan mereka.

Jika anda bukan Pemilik Perniagaan AMWAY (ABO), anda boleh hubungi mana-mana ABO untuk membeli Kit Permulaan BodyKey dan memulakan perjalanan penurunan berat badan 60 hari anda. Sebagai alternatif, anda juga boleh mengunjungi laman web kami www.amway.my untuk mendaftar butiran anda dengan kami.

Ini adalah program 60 hari untuk membolehkan anda mengamalkan tabiat yang sihat dan rutin kesihatan. Tambahan lagi, selepas 60 hari, BodyKey dan produk AMWAY yang lain boleh membantu anda mengekalkan kesihatan anda dalam cara yang sihat untuk jangka masa panjang.

Program ini dicipta untuk individu 18 tahun ke atas.

BodyKey adalah program pengurusan berat badan berjenama global pertama yang ditawarkan oleh AMWAY. Ia adalah penyelesaian pengurusan berar badan yang diperibadikan dan komprehensif berasaskan sains yang disokong secara klinikal. Untuk maklumat lanjut mengenai sains di sebalik Program Pengurusan Berat Badan, lihat “Apakah sains di sebalik BodyKey?”

Program Pengurusan Berat Badan BodyKey ditawarkan oleh NUTRILITE. Ia berkembang dari prinsip teras dan penyelidikan industri yang berdekad lamanya yang membolehkan NUTRILITE menjadi jenama vitamin dan suplemen dietari #1 dari segi jualan di dunia* dan telah menerajui industri pemakanan dan kesejahteraan lebih 80 tahun.

Program Pengurusan Berat Badan BodyKey mudah diikuti dan memudahkan pengiraan penurunan berat badan. Ia disokong oleh Institut Kesihatan NUTRILITE – dari pelan pemakanan hingga ke produk pengurusan berat badan termaju dari segi saintifik dan menetapkan matlamat yang realistik untuk membantu anda menurunkan berat badan secara berkesan dan mengekalkannya. BodyKey by NUTRILITE Meal Replacement Shake juga merupakan minuman kocak pengganti sajian #1 di peringkat global yang tidak mengandungi perisa, pewarna, pemanis mahupun bahan pengawet*. Ia dibangunkan berdasarkan teknologi pemetaan rasa BodyKey. Ia adalah sajian seimbang yang dirumus secara saintifik mengandungi 25 vitamin dan mineral yang membekalkan anda sekurang-kurangnya sepertiga keperluan pemakanan harian anda di samping mengawal pengambilan kalori anda.

*Methodology Explanation: Source - Euromonitor International Limited; Vitamins and Dietary Supplements, World, GBN, Retail Value RSP, % breakdown, 2014.

Tahniah! Anda digalakkan supaya meneruskan gaya hidup yang sihat. Program Pengurusan Berat Badan BodyKey dan produk-produk BodyKey/NUTRILITE boleh membantu anda untuk terus mengamalkan pemakanan yang betul, mengisi jurang nutrisi anda dengan suplemen yang betul dan mendorong senaman yang kerap untuk mencapai kesejahteraan jangka panjang.

Semua produk NUTRILITE, yang dikelaskan sebagai makanan kesihatan dan dijual di Malaysia, adalah didaftar dengan Jabatan Kawalan Dadah dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan membawa nombor kelulusan KKM pada labelnya (contoh, MAL12345678).

Yakinlah bahawa AMWAY komited dalam memenuhi keperluan peraturan dan menghormati isu-isu keagamaan semua negara di mana kami memasarkan produk, terutamanya keperluan unik komuniti Muslim.

Kami memberi anda jaminan kami bahawa produk yang pada masa ini didapati melalui AMWAY (Malaysia) Sdn Bhd tidak mengandungi bahan-bahan yang berasal daripada sumber yang tidak Halal atau terbitannya.

Kami dengan berbesar hati menyatakan bahawa produk dengan nama jenama NUTRILITE dalam rangkaian Pemakanan & Kesejahteraan yang dijual oleh AMWAY (Malaysia) Sdn Bhd disahkan Majlis Makanan dan Pemakanan Islam Amerika (IFANCA). Pengilang kontrak AMWAY untuk produk gel lembut NUTRILITE, RP Scherer, juga mempunyai sijil Halal dari IFANCA.

Tambahan lagi, gelatin lembu yang digunakan dalam produk gel lembut kami adalah disahkan Halal.

Ya, boleh.

Produk NUTRILITE adalah satu-satunya jenama nama vitamin dan mineral yang menanam, memetik dan memproses tumbuhan di ladang-ladangnya yang disahkan organik. Dakwaan ini disahkan berdasarkan kaji selidik oleh Euromonitor International. Teknik perladangan organik disahkan oleh badan-badan bebas seperti yang ditunjukkan di bawah:

Ladang Brazil
Pensijilan oleh IBD (Instituto Biodinamico), Brazil
Disahkan organik dan mematuhi standard IBD yang bersamaan dengan standard ECC2092/91 dan IFOAM.

Ladang El-Petacal, Mexico
Pensijilan oleh Oregon Tilth Certified Organic (OTCO), Kelas O (Ditanam Secara Organik).

Trout Lake, Missouri
Pensijilan oleh Jabatan Pertanian Washington - menurut Program Organik Nasional dengan Tajuk 7CFR Bahagian 205.

Sembelit boleh berlaku disebabkan kurang serat atau kurang pengambilan air. Adalah penting untuk makan sekurang-kurangnya empat hingga lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari untuk memastikan pengambilan serat yang mencukupi. Anda boleh juga mengambil NUTRILITE Concentrated Fruits and Vegetables atau Nutri Fibre Blend, yang mengandungi kedua-dua serat larut dan tidak larut untuk menambah diet anda.

Produk-produk Lain