Gerakkan tetikus ke atas untuk mengezum dekat

GLISTER Ubat Gigi Berfluorida Multitindakan (200g)

Ubat Gigi Berflourida Multitindakan GLISTER memberikan senyuman yang lebih ceria, lebih sihat. Ubat gigi mengandungi bahan aktif yang terbukti secara saintifik untuk melawan plak dan kerosakan awal gigi.

Harga runcit
RM 28.60
 

Item #: 683300

Paling laris

Plak ialah lapisan makanan dan bakteria melekit yang membentuk pada gigi dan mengeluarkan asid yang merosakkan enamel gigi. Memberus dengan ubat gigi berflourida dapat membantu menanggalkan plak sebelum ia sempat mengeras dan menjadi tartar. Pembentukan tartar akan menyebabkan masalah kesihatan gigi serius yang akhirnya mungkin mengakibatkan kehilangan gigi. Apabila tartar terbentuk, hanya lawatan ke doktor gigi sahaja dapat menanggalkannya.

Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan ubat gigi berflourida bagi membantu menanggalkan makanan dan plak. Penjagaan pencegahan dapat membantu mengelakkan masalah minor daripada menjadi major.

Gingivitis, keradangan gusi yang tidak serius ialah peringkat paling awal penyakit gusi. Plak dan tartar terbentuk pada garis gusi menyebabkan gusi anda merah dan bengkak. Anda akan melihat sedikit pendarahan ketika memberus gigi dan menggunakan flos.

Penyakit periodontal juga dipanggil sebagai penyakit gusi ialah keradangan dan jangkitan gusi serta tulang yang mengelilingi dan menyokong gigi anda. Ia disebabkan oleh bakteria di dalam plak, filem melekit tanpa warna yang selalu terbentuk pada gigi anda. Penyakit gusi adalah sebab utama kehilangan gigi dikalangan orang dewasa.

Penjagaan kebersihan mulut yang baik adalah penting bagi mengurangkan nafas berbau. Berus gigi dengan teliti dua kali sehari dengan Ubat Gigi Berflourida Multitindakan GLISTER dan Berus Gigi GLISTER yang membantu menanggalkan plak dan zarah makanan. Gunakan Semburan Penyegar Pudina GLISTER untuk menyegarkan nafas anda dan mencegah nafas berbau.

Produk-produk Lain