Gerakkan tetikus ke atas untuk mengezum dekat

ARTISTRY Flora Chic

Pesona dan gembirakan dunia di sekeliling anda dengan ARTISTRY Flora Chic, haruman prestij pertama daripada ARTISTRY. Eau de Parfum tahan lama, diilhamkan oleh keanggunan dan elegan.

Harga runcit
RM 344.90
 

Item #: 119630

Paling laris

Haruman prestij pertama kami menawarkan peluang untuk terus membangunkan ekuiti jenama ARTISTRY. Telahpun bertapak sebagai kuasa global dalam penjagaan kulit dan kategori mekap, arena haruman baru ini membenarkan kami untuk melahirkan bahagian yang lebih muda dan penuh semangat dan mewujudkan pertalian emosi yang lebih mendalam dengan penguna-penguna kami.

Nota gabungan eksklusif yang menggubah nama ARTISTRY Flora Chic telah diilhamkan oleh lagenda Les Jardins de Bagatelle di Paris. Di sini, dalam ribuan bunga-bunga ros yang mengharumi udara, imaginasi pembuat minyak wangi kami tercetus untuk mencipta mélange moden bunga-bungaan terkenal dengan nota sitrus yang menawan.

Menggunakan bahan mentah berkualiti tinggi, setiap nada diimbangi dengan cermat sehingga kesempurnaan akhirnya tercapai. Jenama ARTISTRY Flora Chic dinilai lebih daripada 100 haruman dan kemudiannya diperhalusi melalui beberapa variasi untuk mencari aroma yang paling tersendiri dan feminin.

Nama jenama ARTISTRY Flora Chic telah dibangunkan secara eksklusif untuk jenama ARTISTRY oleh Fine Fragrance of Givaudan yang berprestij terletak di Paris, Perancis dan New York City. Peneraju global dalam ciptaan haruman, pembuat minyak wanginya telah mencipta wangian yang paling dicari-cari di dunia selama lebih 250 tahun.

Gabungan nada eksklusif yang menggubah nama ARTISTRY Flora Chic termasuk French Clementine, Bulgarian Rose dan Ylang Ylang from Madagascar. Haruman ARTISTRY Flora Chic dikelaskan sebagai Eau de Parfum - lebih pekat daripada Eau de Toilette - dan direka sebagai pemangkin untuk mewujudkan detik-detik yang tidak boleh dilupakan.

Sumber ilham kami untuk nama ARTISTRY Flora Chic ini datangnya dari wanita yang merupakan intipati keanggunan, sangat menarik dan mempunyai penuh rasa joie de vivre. Dipenuhi dengan keyakinan, tidak pernah berpura-pura, dia mempesonakan dunia dengan keunikannya tersendiri apabila dia menggembirakan dirinya.

Setiap titis berharga haruman ARTISTRY Flora Chic terapung di dalam satu potongan kristal objet d'art. Penutupnya sendiri digubah daripada 20 komponen individu dan dihasilkan dengan sentuhan peribadi 28 artisan. Warna botol dan penutupnya dipilih untuk mewakili bersilangan keabadian kewanitaan dan kemewahan - menggunakan emas dan merah jambu lembut.

Diimbangi dengan kecanggihan dan kelembutan, bahagian atas penutup berbentuk bantal adalah mahkota pada tempat duduk berumbai di meja solek untuk wanita melengkapkan ritual kecantikannya sebelum menghadapi dunia. Untuk menyerlahkan lagi penutupnya, reben sutera mentah merujuk kepada tali kasut balet, simbol keanggunan, menawan dan kekuatan.

Produk-produk Lain