Gerakkan tetikus ke atas untuk mengezum dekat

ARTISTRY HYDRA-V Pembersih Berbusa Segar (125ml)

Pembersih Berbusa Segar ARTISTRY HYDRA-V adalah gel berbusa lembut yang berkesan menyingkirkan minyak berlebiha , solekan dan sisa alam sekitar. Ia membersih, melegakan dan menyegarkan semula kulit, menjadikan kulit anda kelihatan sihat.

Harga runcit
RM 106.30
 

Item #: 117642

Paling laris

Koleksi penjagaan kulit ARTISTRY HYDRA-V menawarkan pendekatan yang mkomprehensif terhadap penghidratan yang sesuai untuk semua jenis kulit.

Koleksi ARTISTRY HYDRA-V telah dibangunkan agar sesuai untuk semua jenis kulit: kering, kombinasi dan berminyak.

Kulit berminyak: kulit berminyak boleh menyebabkan liang roma terbuka, wajah yang kelihatan kusam atau berkilat, kelihatan tebal, bintik hitam, jerawat atau jenis cela yang lain. Kulit berminyak boleh berubah bergantung kepada musim atau cuaca. Kulit berminyak boleh disebabkan atau diburukkan lagi oleh ketidakseimbangan hormon, tekanan, pendedahan kepada haba atau terlalu banyak kelembapan.

Kulit kombinasi: Kulit Jenis kombinasi boleh menjadi kering atau normal di sesetengah kawasan dan berminyak di kawasan lain seperti zon T (hidung, dahi dan dagu). Kulit kombinasi boleh menyebabkan liang terlalu kembang, bintik-bintik hitam dan kulit berkilat di kawasan yang lebih berminyak; Walau bagaimanapun, ia selalunya tidak mempunyai kesensitifan yang teruk, liang-liang hampir tidak kelihatan di kawasan yang lebih kering dan kulit wajah berseri secara keseluruhan.

Kulit kering: Liang-liang hampir tidak kelihatan, kulit wajah kusam, kasar, tompok-tompok merah, kurang keanjalan, garis-garis lebih jelas kelihatan. Apabila terdedah kepada faktor-faktor pengeringan, kulit boleh merekah, mengelupas atau gatal, terengsa atau radang. Jika kulit anda sangat kering, ia boleh menjadi kasar dan bersisik.

Sistem Kuasa ialah tiga produk ARTISTRY HYDRA-V yang paling berkuasa: Pekatan Serum Kulit Vital, Krim Gel Menyubur dan Krim Gel Mata Menyegar. Ketiga-tiga produk ini bertindak bersama-sama untuk memberikan kulit anda apa yang benar-benar diperlukannya untuk menghidratkan kulit anda dengan serta-merta dan dari masa ke masa agar kulit sentiasa kelihatan muda.

Untuk kestabilan maksimum, produk harus disimpan pada suhu bilik (bawah 30°C, 86°F) dan jauh dari cahaya matahari langsung.

Jangka hayat produk adalah tiga tahun jika belum dibuka. Setelah dibuka, ia mempunyai tempoh masa selama 12 bulan.

Ya. Jumlah paten yang telah diperoleh dan masih menunggu kelulusan untuk koleksi ARTISTRY HYDRA-V, termasuk bahan-bahan dan reka bentuk bungkusan ialah 16.

Ujian klinikal telah dilakukan untuk menyokong semua dakwaan keselamatan dan keberkesanan.

Koleksi ARTISTRY HYDRA-V terutamanya disasarkan untuk wanita yang berumur 18-30 tahun yang prihatin terhadap penghidratan. Walaupun usia bukan faktor penentu (semua wanita yang mengalami masalah penyahhidratan sekali-sekala akan mendapat manfaat), rangkaian ARTISTRY HYDRA-V adalah kemasukan dalam penjagaan kulit ARTISTRY.

Pembersih Berbusa Segar dan Losyen Pelembut Segar ARTISTRY HYDRA-V yang baru telah dibangunkan khusus agar sesuai untuk semua jenis kulit.

Tekstur yang berbeza telah dibangunkan untuk menangani keperluan pengguna yang berbeza bagi musim dan jenis kulit yang berbeza. Pengguna boleh gabung dan padan berdasarkan keperluan kulit.

Mana-mana pelembap (penghidrat) boleh digunakan siang atau malam.

Teknologi baru kami dalam Pekatan Serum Kulit Vital dinamakanl Kompleks Hydra. Kompleks Hydra adalah campuran bahan-bahan proprietari - termasuk Mineral Batuan Merah Jambu Himalaya - yang menguruskan sel-sel kulit permukaan untuk meningkatkan:
1. Pengangkutan, penyimpanan dan pengekalan lembapan.
2. Susunan sel kulit, memulihkan bentuk sel yang muda dan keupayaannya untuk terletak rapat - menjadikannya lebih berupaya membentuk perintang lembapan yang kuat.
Di samping itu, Mineral Batuan Merah Jambu Himalaya memberikan mineral yang kaya dengan nutrien untuk terus mengoptimumkan penghidratan.

Produk ARTISTRY HYDRA-V mengandungi bahan-bahan berasaskan semula jadi, ada yang mempunyai kecenderungan untuk menjadi gelap lama-kelamaan. Sebagai contoh, lama-kelamaan krim putih mungkin bertukar menjadi sedikit kelabu atau kekuningan; gel biru muda boleh menjadi lebih hijau kebiruan. Tidak kira perubahan atau peralihan warna, keberkesanannya tetap sama.

Sesetengah formula sedikit berwarna untuk mengingatkan pengguna tentang air dan penghidratan. Ia adalah perkara biasa apabila produk menjadi cerah atau berubah warna sedikit apabila terdedah kepada udara.

Manik-manik biru muda adalah untuk mengingatkan pengguna tentang penghidratan berair dan ia juga mengandungi tiga vitamin: Vitamin A, C dan E. Manik-manik itu menjadi lembut semasa di dalam produk dan kebanyakkannya akan pecah semasa dipam/didispens untuk memberikan campuran vitamin yang segar. Mana-mana manik yang tidak pecah akan pecah dengan mudah dan perlahan-lahan semasa disapu lalu membebaskan vitamin-vitamin.

Nama koleksi ARTISTRY HYDRA-V adalah kombinasi HYDRA (yahg terbit daripada kata dasar Latin untuk air) dan V (mewakili perkataan 'penting' - bermakna penuh dengan tenaga). Apabila digabungkan, ia merujuk kepada matlamati iaitu kulit yang segar semula, dipulihkan dan giat semula.

Kadar penggunaan yang dijangka untuk produk ARTISTRY HYDRA-V ialah kira-kira enam hingga lapan minggu.

Semua penjagaan kulit ARTISTRY mengikuti falsafah Membersih, Menyegar, Merawat, Penjagaan Mata, Melembap.

  • Membersih: Pembersih Berbusa Segar
  • Menyegar: Losyen Pelembut Segar
  • Merawat: Pekatan Serum Kulit Vital
  • Penjagaan Mata: Krim Mata Gel Menyegar
  • Melembut: Gel Menyegar, Krim Gel Menyubur

Semua penghidrat memberikan penghidratan; setiap tekstur direka untuk pilihan peribadi.

Gel Menyegar mengandungi bahan-bahan khusus untuk mengawal sebum berlebihan dan kilatan, oleh itu ia boleh digunakan oleh wanita yang mempunyai kulit berminyak-kulit kombinasi termasuk mereka yang cenderung mengalami kilatan melampau pada siang hari. Ia mempunyai rasa yang menyegarkan dan nyaman apabila disapu. Ia ringan dan pasti menjadi pilihan dalam musim/iklim yang lebih panas.

Krim Gel Menyubur sesuai untuk semua jenis kulit. Ia adalah krim gel sederhana pekat yang mengandungi bahan-bahan yang mengawal sebum dalam paras yang lebih rendah dan mempunyai rasa emolien yang lebih sedikit.

Produk ARTISTRY HYDRA-V adalah serasi secara estetiknya dengan semua produk penjagaan kulit ARTISTRY termasuk rangkaian produk Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY.

Air Fjord Norway yang tulen, Mineral batuan Merah Jambu Himalaya kaya dengan nutrien dan Acai Hawaii yang mengunci lembapan.

Liposom ARTISTRY HYDRA-V yang menyediakan Air Fjord Norway, Kompleks Hydra untuk menguruskan pengekalan air dan aliran, dan Acai Hawaii dan Liposom Pelembap untuk mengunci penghidratan.

Liposom ARTISTRY HYDRA-V merupakan liposom eksklusif yang penuh dengan Air Fjord Norway dan bahan-bahan humektan lain yang direka terutamanya untuk rangkaian ARTISTRY HYDRA-V. Liposom idalah sfera lipid mikroskopik yang mampu menampung bahan-bahan aktif dan membebaskannya ke dalam kulit.

Kompleks Hydra adalah campuran bahan-bahan proprietari - termasuk Mineral Batuan Merah Jambu Himalaya - yang membantu kulit menambah baik pengangkutan, penyimpanan, pengekalan air dan perletakan rapat/susunan sel-sel kulit permukaan kulit.

Pelembap liposom adalah eksklusif untuk AMWAY dan mengandungi bahan-bahan yang kaya dengan omega dan seramida untuk membantu menyokong perintang lembapan yang sihat.

Ia adalah pelembap semula jadi pada kulit, tisu penghubung dan pelincir (contohnya dalam sendi). Oleh kerana natrium hialuronat boleh menyerap sehingga 1000x beratnya sendiri di dalam air, ia adalah pelembap semula jadi yang amat berkesan.

Untuk memberikan tekstur yang paling menyegarkan, produk ARTISTRY HYDRA-V adalah tanpa SPF. Penjagaan kulit ARTISTRY tidak mengesyorkan penggunaan produk UV seperti ARTISTRY IDEAL RADIANCE UV 50+ PA ++++.

Penambahan SPF boleh mengehadkan sifat-sifat tekstur. Untuk memberi tekstur yang paling menyegarkan, kami belum menambah SPF kepada produk ARTISTRY HYDRA-V.

Koleksi ARTISTRY HYDRA-V mengandungi haruman bunga-bungaan segar, berair yang dibangunkan secara eksklusif, mengandungi nuansa berair dengan sentuhan buah-buahan segar yang terapung seperti teratai di kolam ombak berkrim. Sentuhan semula jadi bauan hijau berembun berpadu dengan kelopak peony dan kesturi dalam komposisi yang feminin.

Ya, terdapat bahan-bahan yang diperoleh daripada haiwan yang terdapat di dalam formulanya. Sebagai contoh, Squalane, iaitu lipid yang diperoleh daripada minyak hati ikan yu, lipid sterol daripada gris bulu bebiri dan chitosan (daripada kulit krustasea). Bahan-bahan ini juga digunakan dalam produk ARTISTRY yang lain.

Produk ARTISTRY HYDRA-V tidak mengandungi sebarang bahan-bahan gandum. Namun, ia mengandungi terbitan oat berpaten, oleh itu kita tidak akan melabelkan rangakaian produknya sebagai bebas gluten.

Koleksi ARTISTRY HYDRA-V memasukkan bahan yang diperoleh daripada soya paras rendah dalam semua produk. Semua bahan telah melalui penilaian keselamatan yang teliti.

Semua produk mengandungi Minyak Biji Chia Benih yang ditanam secara organik; ia terdapat di dalam liposom pelembab.

Tidak. Saintis Peter Agre dari John Hopkins University, memenangi Hadiah Nobel dalam bidang Kimia kerana menemui aquaporins dan penemuan ini telah menjadi inspirasi di sebalik koleksi ARTISTRY HYDRA-V.

Semua produk ARTISTRY telah diuji dengan teliti ke atas beberapa kumpulan individu yang mewakili semua jenis kulit. Tidak ada bukti tindak balas alahan atau kerengsaan kulit yang melampau. Walau bagaimanapun, kami mengakui bahawa tiada program ujian yang boleh memberi jaminan bahawa tiada siapa yang akan mendapat tindak balas kecil. Tiada produk penjagaan kulit yang dijamin 100% bebas kerengsaan untuk semua orang.

Secara umumnya, kami tidak mengesyorkan sebarang produk kosmetik digunakan selepas selaran matahari yang "teruk" atau sebarang rawatan yang menyebabkan keradangan melampau. Produk hanya boleh digunakan selepas keradangan telah reda. Untuk penggunaan selepas pengelupasan kimia atau rawatan laser, seseorang itu perlu mendapat nasihat doktor.

Tiada sebarang produk ARTISTRY yang perlu dielakkan apabila menggunakan produk ARTISTRY HYDRA-V. Produk ARTISTRY HYDRA-V telah dirumus agar serasi dengan semua produk penjagaan kulit ARTISTRY yang lain.

Tiada produk penjagaan kulit yang dijamin 100% bebas kerengsaan untuk semua orang. Semua produk ARTISTRY HYDRA-V diujidengan teliti untuk keserasian kulit dan keselamatan tetapi akan selalu ada sebilangan kecil orang yang sensitif kepada bahan-bahan tertentu. Selain itu, produknya dianggap benar-benar selamat apabila digunakan seperti yang diarahkan. Sama seperti sesetengah orang yang alah kepada haiwan peliharaan atau habuk, yang lain pula alah kepada bahan-bahan kosmetik biasa. Sudah tentu, kita berhati-hati untuk tidak menggunakan sebarang bahan yang diketahui boleh menyebabkan tindak balas alahan. Perlu juga diingat bahawa produk ARTISTRY HYDRA-V mengandungi bahan-bahan yang amat berkesan dan mujarab untuk menyediakan manfaat penghidratan pada tahap yang tinggi. Jika kemerahan terjadi atau sensasi kulit menjadi lebih teruk, pengguna harus menghentikan penggunaan.

Produk ARTISTRY HYDRA V telah tidak diuji ke atas haiwan. Saintis ARTISTRY menjalankan ujian klinikal dan pengguna ke atas sukarelawan manusia.

Hasilnya adalah bersifat individu dan bergantung kepada banyak faktor seperti usia dan keadaan kulit. Secara umumnya, kebanyakan orang akan melihat dan merasa hasil yang serta-merta atau selepas menggunakannya sekali dari segi penghidratan dan kelicinan kulit. Di bawah ujian klinikal, wanita melihat penambahbaikan dalam tekstur kulit dan mereka merasakan kulit mereka kelihatan lebih sihat dalam masa 3 hari. Manfaatnya meningkat dengan penggunaan yang berterusan.

Manfaat produk ARTISTRY HYDRA-V termasuk peningkatan penghidratan, kelicinan, kelembutan dan kulit yang kelihatan sihat.

Ujian klinikal telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam manfaat kulit apabila menggunakan Sistem Kuasa ARTISTRY HYDRA-V. Produk-produknya yang termasuk dalam Sistem Kuasa adalah Pekatan Serum Kulit Vital, Krim Gel Menyubur dan Krim Gel Mata Menyegarkan.

Produk-produk Lain