Gerakkan tetikus ke atas untuk mengezum dekat

Pursue Hand Sanitizer (500ml)

Pensanitasi Tangan Pursue mempunyai ciri-ciri antibakteria dan mudah digunakan. Ujian saintifik telah membuktikan bahawa ia menghapuskan bakteria yang terdapat di permukaan kulit. Formula khususnya yang tidak mengeringkan membersihkan dengan bahan-bahan lembut yang diperoleh daripada pati aloe untuk melembapkan kulit anda. Menjadikan tangan anda selamat, lembut dan licin.

Untuk mengetahui maklumt lanjut: https://bit.ly/32IidbI

Harga runcit
RM 50.00
 

Item #: 101573

Paling laris

Komponen utama Pensanitasi Tangan Pursue adalah air dan etil alkohol. Etil alkohol tersejat sangat pantas ke udara. Apabila bayi dan kanak-kanak menjilat tangan mereka, sedikit etil alkohol yang tertinggal di tangan mereka tidak akan membawa sebarang kesan buruk terhadap kesihatan mereka. Walau bagaimanapun, pihak syarikat akan mengendalikan ujian yang berkaitan ke atas kejadian bayi dan kanak-kanak yang tertelan produk tersebut. Tambahan pula, tiada undang-undang persekutuan yang mengkehendaki produk dandanan diri tertentu untuk menjalani ujian ke atas kumpulan khas seperti bayi dan kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan untuk mengguna produk secara berhati-hati pada bayi dan kanak-kanak. Jika bayi dan kanak-kanak perlu mengguna produk tersebut, pastikan mereka tidak memasukkan tangan mereka ke dalam mulut mereka sebelum produk tersebut benar-benar tersejat

Mencuci tangan adalah cara yang berkesan untuk menguraikan rantaian jangkitan bakteria. Produk-produk sanitasi diguna untuk melarutkan kotoran dan membilasnya dengan air. Pensanitasi tangan diguna untuk membunuh atau menghapuskan mikrob patogenik yang tersebar melalui pelbagai mod penghantaran supaya ia tidak lagi membahayakan kesihatan manusia. Tujuan produk pensanitasi tangan tanpa membilas adalah untuk membunuh bakteria dan virus yang biasa ditemui di tangan anda apabila ketiadaan air. Pensanitasi tangan pihak syarikat mengandungi 64%~68% etil alkohol (w/w, pekatan diukur dengan berat atau jisim), sama dengan 70.57%~74.98% (v/v, pekatan diukur dengan jumlah), mematuhi standard yang disebut dalam "keperluan kebersihan etil alkohol pensanitasi tangan" bagi negara kita. (Julat kandungan etil alkohol ialah antara 70%~80% (v/v)). Eksperimen mendedahkan bahawa ia boleh membunuh Streptococcus pyogenes, bakteria enteropatogen, yis patogen & human mycobacterium tuberculosis pada permukaan kulit jika diguna seperti dalam arahan. Virus Covid-19 termasuk dalam keluarga virus sampul atau virus lipophilic yang lebih sensitif terhadap pensanitasi tangan berasaskan alkohol. Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan Republik Rakyat China menyarankan penggunaan pensanitasi tangan yang mematuhi garis panduan dan keperluan kebersihan etil alkohol pensanitasi tangan kerana ia boleh menyahaktif virus Covid-19 secara berkesan.

Pensanitasi Tangan PURSUE yang dihasilkan dan dipasarkan di China tidak memerlukan kelulusan FDA.

Ini adalah fenomena semula jadi semasa pengeluaran biasa. Di bawah tekanan purata, sesetengah gas telah terperangkap secara tidak sengaja dalam proses pencampuran bahan kandungan. Produk yang mempunyai sifat yang berbeza boleh mengandungi jumlah gelembung udara yang berbeza. Sesetengahnya lebih ketara daripada yang lain. Gelembung udara dalam Pensanitasi Tangan Pursue lebih ketara kerana perumusannya yang unik, tetapi ia tidak menjejaskan kualiti produk.

Formula Pensanitasi Tangan Pursue telah menjalani ujian-ujian kulit. Ia mengandungi ekstrak aloe vera dan bahan kandungan yang melembap yang unik tanpa merasa kering walaupun kerap diguna.

Penyakit tangan, kaki dan mulut adalah penyakit yang teruk disebabkan oleh virus usus (terutamanya CoxA16, EV71). Ia disebarkan terutamanya melalui pencemaran makanan dengan najis pesakit. Semasa wabak penyakit tangan, kaki dan mulut, seseorang haruslah mengamalkan kebersihan persekitaran yang baik, kebersihan makanan dan kebersihan diri. Basuh tangan anda sebelum makan dan selepas mengguna tandas untuk mencegah bakteria daripada masuk ke dalam tubuh anda. Mengikut data, pekatan alkohol pada tahap 75% tidak mempunyai sebarang kesan ke atas virus usus, tetapi rangkaian produk Pursue merupakan produk pembersihan dan pensanitasi tangan yang bagus. Pensanitasi Tangan Pursue adalah sesuai untuk pembersihan tangan. Penggunaan produk ini secara kerap membantu mengekalkan kebersihan alam sekitar dan kebersihan diri yang baik, maka berkesan untuk mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut.

Elakkan mengguna produk pada bahagian yang luka. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional daripada pengamal perubatan di hospital yang biasa dikunjungi.

Formula Pensanitasi Tangan Pursue telah menjalani ujian dalam makmal yang & ujian simulasi kehidupan sebenar yang ketat, mendedahkan keberkesanannya dalam membunuh bakteria yang menyebabkan penyakit berjangkit, seperti Staphylococcus aureus, E. coli & Salmonella. Dakwaan bahawa “etil alkohol mempunyai kesan pensanitasi tangan yang terbaik apabila pekatannya berada pada tahap 75%" adalah benar, tetapi pekatan 75% di sini merujuk pada peratusan jumlah. Sementara itu, pekatan etil alkohol pada tahap 64%-68% dalam Pensanitasi Tangan Pursue merujuk pada peratusan berat. Selain itu, sifat-sifat alkohol pensanitasi sesuai dengan julat pekatan alkohol yang tertentu, keberkesanannya tidak tetap pada peratusan tertentu.

Pensanitasi Tangan Pursue adalah barangan yang mudah terbakar dengan kandungan alkohol yang tinggi. Oleh itu, ia tidak dibenarkan dibawa dalam bagasi tangan semasa menaiki kapal terbang.

Formula wangian dan campuran yang harum adalah rahsia syarikat. Oleh itu, maklumat ini adalah sulit dan tidak boleh dikongsikan dengan anda. Walau bagaimanapun, dari sudut pandangan yang lebih luas, wangian biasanya mengandungi beberapa campuran bau yang berlainan. Sesetengah campuran bau ini adalah semula jadi manakala yang selebihnya adalah sintetik. Wangian yang sepenuhnya semula jadi atau sintetik sangat jarang ditemui. Oleh itu, kita tidak boleh melabelkan sesuatu wangian itu sebagai semula jadi atau sintetik. Begitu juga dengan formulasi wangian yang digunakan dalam Pensanitasi Tangan PURSUE. Wangian yang digunakan oleh syarikat kami mematuhi sepenuhnya garis panduan dan syarat-syarat IFRA* (Persatuan Wangian Antarabangsa). Tidak ada perbezaan dari segi keselamatan bagi kedua-dua wangian semula jadi dan wangian sintetik yang digunakan. Oleh itu, wangian yang digunakan adalah selamat untuk kesihatan manusia, jikalau produk tersebut digunakan mengikut arahan yang ditetapkan.

*According to IFRA, all ingredients, no matter natural or synthetic, must undergo safety assessment that specifies the quantity of product used, based on a generous amount of scientific data. A natural ingredient is not deemed safe automatically by just looking at its source.

Pensanitasi Tangan Pursue boleh membunuh bakteria merbahaya pada tangan anda. Selagi tangan anda tidak lagi tersentuh dengan objek yang mengandungi bakteria merbahaya, ia tidak akan tercemar dengan bakteria itu lagi. Selepas mengguna Pensanitasi Tangan Pursue, etil alkohol akan tersejat serta-merta dan tiada sisa kesan antibakteria.

Bagi golongan dewasa, jumlah pensanitasi bersaiz duit syiling adalah mencukupi untuk membunuh bakteria secara menyeluruh. Bagi kanak-kanak, jumlah pensanitasi tersebut boleh dikurangkan.

Dari 27 Februari 2012 dan seterusnya, label semua jenis produk Pursue mula memaparkan tarikh pengeluaran dan bukan tarikh luput.

Pulmonary tuberculosis adalah penyakit paru-paru berjangkit yang kronik disebabkan oleh mycobacterium tuberculosis, manakala mycobacterium tuberculosis manusia adalah virus yang membawa kepada pulmonary tuberculosis. Pensanitasi Tangan Pursue mungkin dapat membunuh mycobacterium tuberculosis manusia secara berkesan tetapi penyakit tersebut boleh tersebar melalui pelbagai saluran. Selain daripada titisan air liur yang tersebar melalui bawaan udara, ia juga tersebar melalui sentuhan dengan bahan cemar daripada pesakit atau melalui luka yang dijangkiti pada kulit, yang mana sangat jarang berlaku.

Pensanitasi Tangan PURSUE sesuai dengan pelbagai jenis kulit, tetapi sesiapa yang mempunyai alahan atau kulit sensitif pada alkohol perlu menggunakannya dengan berhati-hati.

Setelah mengendalikan ujian ke atas sampel produk dalam stor selama lebih daripada satu tahun, pihak syarikat tidak menemui sebarang perubahan dalam kelikatan produk tersebut. Namun, pihak syarikat tidak berada dalam kedudukan untuk membuat sebarang penilaian kerana kami kekurangan maklumat tentang keadaan persekitaran stor pengguna dan keadaan bekas produk. Pelanggan dinasihatkan untuk membawa produk ke kedai jika ada sebarang pertanyaan untuk tindakan selanjutnya.

"W/W" bermaksud untuk berat mengikut berat. Pada label Pensanitasi Tangan Pursue, "Etil alkohol 64.0%-68.0% (W/W) bermakna jumlah etil alkohol dalam produk merupakan 64.0%-68.0% daripada jumlah berat produk.

Formula Pensanitasi Tangan Pursue telah mengalami ujian makmal & ujian simulasi kehidupan sebenar yang ketat, mendedahkan keberkesanannya dalam membunuh bakteria yang menyebabkan penyakit berjangkit, seperti Staphylococcus aureus, E. coli & Salmonella. Dakwaan bahawa “etil alkohol mempunyai kesan pensanitasi tangan yang terbaik apabila pekatannya berada pada tahap 75%" adalah benar, tetapi pekatan 75% di sini merujuk pada peratusan jumlah. Sementara itu, pekatan etil alkohol pada tahap 64%-68% dalam Pensanitasi Tangan Pursue merujuk pada peratusan berat. Selain itu, sifat-sifat alkohol pensanitasi sesuai dengan julat pekatan alkohol yang tertentu, keberkesanannya tidak tetap pada peratusan tertentu.

Pensanitasi Tangan Pursue adalah produk yang pertama seumpamanya dilancarkan di bawah nama jenama di China, diikuti dengan produk dandanan diri yang lain yang mempunyai faedah antibakteria atau antiseptik. Rangkaian produk Pursue dihasilkan untuk menawarkan perlindungan yang sangat berkesan & perlindungan kesihatan yang selamat kepada ramai pengguna. Dengan pembungkusan yang membariskan jenis produk yang lengkap dan penggunaan yang mudah pada setiap acara, jenama ini disetkan untuk membantu pengguna menjauhkan penyakit dan menikmati kehidupan yang sihat.

Ini adalah tidak disyorkan. Secara umumnya, anda haruslah membasuh tangan sebelum memakai kanta sentuh. Selain daripada etil alkohol yang sangat mudah meruap, Pensanitasi Tangan Pursue juga mengandungi agen pelembap yang melindungi tangan anda. Selepas mengguna gel tangan ini, etil alkohol akan tersejat dengan pantas, meninggalkan agen pelembapan pada tangan anda. Adalah disarankan supaya anda membasuh tangan dengan teliti sebelum memakai kanta sentuh.

Pursue Hand Sanitizer contains 64-68% ethyl alcohol which acts instantly on the harmful bacteria on your skin surfaces by penetrating into the bacteria, denaturing the proteins and causing the death of the bacteria. Hence, it is a highly efficient disinfectant.

Pihak syarikat masih belum mendapat maklumat yang mencukupi berkenaan tahap toleransi produk tersebut. Tambahan pula, tiada undang-undang persekutuan yang memerlukan produk dandanan diri untuk menjalani ujian bagi kumpulan istimewa seperti bayi. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan untuk mengguna produk secara berhati-hati pada bayi.

Etil alkohol dalam Pensanitasi Tangan Pursue boleh menghapuskan sel-sel bakteria untuk kesan pensterilan, yang bermakna bakteria tidak wujud lagi. Adalah tidak mungkin anda menelannya bersama dengan makanan anda. Oleh itu, pengguna boleh mengguna produk ini dengan yakin.

Jangka hayat Pensanitasi Tangan Pursue adalah dua tahun.

Sebagai produk penyahjangkitan, kesan antiseptik dinyatakan pada label Pensanitasi Tangan Pursue yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan. Hanya produk yang telah menerima kebenaran kebersihan yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan dibenarkan dijual di pasaran. Nombor rujukan dokumen (no produk disinfeksi (2006) #0184) dinyatakan pada label produk. Pelanggan yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang keberkesanan Pensanitasi Tangan Pursue boleh log masuk ke laman web rasmi Pusat untuk Pemeriksaan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan http://www.jdzx.net.cn/index.do. Sila klik "public enquiry" dan masukkan nombor rujukan dokumen.

Pensanitasi Tangan Pursue mengandungi etil alkohol pada tahap 64%-68% (W/W). Pada tahap kepekatan tersebut, etil alkohol mempunyai kesan disinfeksi terhadap virus-virus Hepatitis B & Hepatitis C. Sila ambil perhatian bahawa Pensanitasi Tangan Pursue adalah produk kebersihan antibakteria, bukan produk antiseptik.

Pensanitasi Tangan Pursue mempunyai kesan penyahjangkitan dan pembersihan terhadap bakteria biasa seperti Staphylococcus aureus & E. coli. Walau bagaimanapun, produk tersebut belum diuji terhadap virus H7N9. Menurut saranan oleh WHO, walaupun sumber-sumber jangkitan & cara pemindahan virus H7N9 masih tidak pasti, orang awam dinasihatkan untuk mengamalkan sikap berhati-hati dan tabiat kebersihan asas, termasuk kebersihan tangan, kebersihan pernafasan dan langkah-langkah keselamatan makanan. Bagi kebersihan tangan khususnya, anda dinasihatkan untuk membasuh tangan dengan kerap mengguna sabun, air mengalir atau pensanitasi tangan berasaskan alkohol. Sesetengah risalah juga menunjukkan bahawa etil alkohol mempunyai kesan positif dalam membunuh virus selesema yang biasa. Perkara utama untuk mencegah selesema biasa ialah dengan mengamalkan tabiat kebersihan yang baik setiap hari. Kerap membasuh tangan. Guna Pensanitasi Tangan Pursue untuk membersihkan tangan anda dengan betul jika boleh. Bilas di bawah air mengalir. Jika dalam keadaan ketiadaan air, gunalah Pensanitasi Tangan Pursue yang mengandungi etil alkohol pada tahap 64%-68% dalam formula yang cepat kering dan tanpa perlu dibilas.

Pelanggan dinasihatkan untuk mengisi “Borang Permohonan Dokumen Fail Kebersihan" daripada kedai yang berhampiran. Setelah proses kelulusan selesai, syarikat akan memberi maklumat perlu yang diminta oleh pelanggan di kedai tersebut. Selepas itu,, kedai akan menyerahkan “helaian data keselamatan bahan” Pensanitasi Tangan Pursue kepada pelanggan.

Produk-produk Lain