Gerakkan tetikus ke atas untuk mengezum dekat

Pek Isian Semula NUTRILITE DOUBLE X Multivitamin/Multimineral/Pekatan (bekalan 31 hari)

Pek Isian Semula NUTRILITE DOUBLE X Multivitamin/Multimineral/Pekatan mengandungi yang terbaik dari alam dan sains. Adunan unik ini terdiri daripada 12 vitamin, 9 mineral, dan menampilkan 17 pekatan tumbuhan untuk perlindungan antioksidan dan manfaat kesihatan yang lebih luas. DOUBLE X memberikan anda vitamin-vitamin yang penting, vitamin yang anda mungkin kehilangan selama ini.

Harga runcit
RM 176.00
 

Item #: 102883

Jenis:

Paling laris

Nama asalnya ialah NUTRILITE XX. Angka Roman XX dipilih kerana ia berharga $20. Kemudian ia dinamakan semula sebagai DOUBLE X.

DOUBLE X adalah suplemen multivitamin, multimineral dan fitonutrien yang memberikan cara ayng mudah dan boleh diharapkan untuk membantu anda mendapatkan nutrien dan fitonutrien penting yang mungkin tiada di dalam diet anda. Ia juga mengandungi vitamin-vitamin B penjana ATP dan pekatan daripada epal, alfalfa dan ceri aserola untuk membuka simpanan tenaga sel anda. Berkenaan pengambilan produk seperti suplemen, tindak balas seseorang mungkin berbeza daripada yang lain. Ia tidak mengandungi kafeina, jadi anda tidak akan mengalami "kejutan" kafeina yang kual dalam sistem anda tetapi ia membebaskan tenaga dalaman supaya sel-sel dalam tubuh anda boleh menjalankan fungsi-fungsinya dengan lebih efisien. Vitamin-vitamin B dalam produk ini mengubah karbohidrat menjadi tenaga dalam sel-sel. Ini kemudiannya, mentenagakan anda. Walau bagaimanapun, manfaatnya boleh dialami beransur-ansur dalam tempoh yang berbeza oleh individu yang berbeza. Beri tubuh anda masa untuk menyelaras; teruskan mengambil produk ini dan pastikan anda minum banyak air.

DOUBLE X membekalkan 12 vitamin penting dan 9 mineral penting yang menyokong kesihatan optimum. Adalah sukar untuk mendapatkan nutrien-nutrien penting ini dalam jumlah yang mencukupi hanya daripada diet semata-mata, oleh itu suplementasi membantu melindungi daripada kekurangan nutrien ini. Selain itu, DOUBLE X mengandungi 17 pekatan tumbuhan dan fitonutrien khusus yang memberi perlindungan antioksidan daripada kejadian oksidatif yang berpotensi berbahaya di dalam tubuh. Oleh itu, suplemen ini menawarkan profil nutrien unik yang meningkatkan pengambilan nutrien yang diperoleh daripada diet yang seimbang lagi sihat untuk menggalakkan kesihatan optimum.

DOUBLE X adalah bahagian penting pemakanan yang baik tetapi masih juga penting untuk mengamalkan diet yang sihat lagi seimbang untuk memberikan tubuh anda kesemua nutrien yang anda perlukan untuk berfungsi pada kemuncaknya. Sememangnya penting untuk mengambil lemak dalam jumlah yang sederhana, makan pelbagai makanan termasuk sumber yang kaya asid lemak omega-3 (ikan) dan serat (bijirin penuh) dalam diet anda, dan makan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran. Saranan Persatuan Pemakanan Malaysia ialah mengambil sekurang-kurangnya tiga hingga lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Cuba fikirkan sebiji oren sebagai contoh. Oren bukan sekadar memberi vitamin C dan serat tetapi juga sebatian tumbuhan tambahan yang penting bagi kesihatan keseluruhan kita, contohnya bioflavonoid, iaitu urat-urat seperti serat putih yang terdapat di bawah kulit bila anda mengupas atau memotong oren. Bioflavonoid meningkatkan penyerapan vitamin C. Oleh itu bioflavonoid adalah contoh fitonutrien. Tumbuhan dan buah-buahan mengandungi banyak jenis fitonutrien. Fitonutrien adalah sebatian yang terkumpul di dalam kulit kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan dengan warna, rona, bau dan perisa yang tidak terkira banyaknya. Ia adalah sebahagian daripada sistem imun tumbuhan yang juga melindunginya daripada kerosakan radikal. Radikal bebas datang dari persekitaran yang boleh merosakkan jika tidak dikawal dari semasa ke semasa. Fungsi fitonutrien adalah sebagai antioksidan untuk meneutralkan kesan kerosakan radikal bebas. Fitonutrien seperti karotenoid dan flavonoid bertindak sebagai perisai pelindung untuk menjauhkan bahan cemar dan kuman penyerang daripada memasuki sel-sel.

Selain itu, fitonutrien melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan sel. Ia juga membantu sel-sel memulih dengan sendiri dengan merangsang pembebasan enzim pelindung atau enzim-enzim yang membina sel-sel rosak.

Simpan tablet yang tidak diguna di dalam pek kerajang di petak-petak bekas DOUBLE X selepas mengeluarkan bilangan tablet yang dikehendaki untuk pengambilan harian anda. Simpan bekas di tempat sejuk dan kering di bawah 25°C kerana pekatan tumbuhan semula jadi di dalam tablet akan menjadi gelap jika terdedah kepada kelembapan tinggi. Ini, walau bagaimanapun, tidak menjejaskan perisa atau kemujarabannya.

Daily adalah suplemen multivitamin dan multimineral yang ringkas dan asas. Ia adalah satu langkahpertama yang hebat untuk memulakan program suplemen pelanggan baru. DOUBLE X pula adalah suplemen multivitamin dan multimineral eksklusif yang memberikan lebih pekatan tumbuhan dengan ketara.

Untuk Pemilik Perniagaan AMWAY, DOUBLE X ialah satu langkah ke hadapan untuk anda membina perniagaan selepas Daily. Diambil sekali sehari, Daily memberikan vitamin dan mineral asas manakala DOUBLE X memberikan vitamin, mineral dan fitonutrien dengan spektrum yang lebih luas pada tahap yang konsisten.

DOUBLE X adalah multivitamin dan multimineral yang hebat. Ia cara yang mudah dan boleh diharapkan untuk membantu anda mendapatkan nutrien penting yang mungkin tiada dalam diet anda.

Keperluan suplemen anda bergantung kepada gaya hidup anda, sejarah keluarga, diet, keperluan yang disasarkan dan faktor persekitaran serta lain-lain lagi. Untuk mendapatkan kesihatan optimum jangka panjang, anda mungkin mahu mengambil suplemen tambahan mengikut keperluan peribadi anda.

Sebagai contoh, vitamin C telah diketahui dapat meningkatkan sistem imun, oleh itu bila berpergian atau bila tubuh berada di bawah tekanan, vitamin tambahan seperti B dan C adalah penting.

Vitamin B diketahui dapat mengubah karbohidrat menjadi tenaga. Juga, asid folik yang terdapat dalam vitamin-vitamin B boleh menurunkan paras homosistin dalam darah. Paras homosistin yang tinggi dikaitkan dengan penyakit jantung. Asid folik ini juga diketahui dapat membantu mengurangkan berlakunya kecacatan kelahiran tertentu. Oleh itu, sekali lagi, bergantung kepada gaya hidup anda, sejarah keluarga, diet dan sebagainya, anda mungkin perlu mengambil suplemen lain bersama-sama dengan DOUBLE X.

Jika diambil mengikut arahan penggunaan yang kami syorkan, DOUBLE X memberikan kira-kira 290mg kalsium sehari. Wanita memerlukan sehingga 1,200mg kalsium sehari, manakala mereka yang mempunyai sejarah osteoporosis dalam keluarga memerlukan lebih kalsium untuk mengisi jurang pemakanan itu. Oleh yang demikian, suplemen kalsium tambahan mungkin diperlukan walaupun anda mengambil DOUBLE X.

All NUTRILITE products, which are classified as health supplements, are not subjected to premarket approvals and licensing for their importation, manufacture and sales in Singapore.

Please be assured that AMWAY is committed to meeting the regulatory requirements and respecting the religious issues of all the countries in which we market products, particularly the unique requirements of the Muslim community.

We give you our assurance that the products currently available through AMWAY (Singapore) Pte Ltd do not contain ingredients originating from non-Halal sources or its derivatives.

We are very pleased to advise that products with the NUTRILITE brand name in the Nutrition & Wellness range sold by AMWAY (Singapore) Pte Ltd are certified Halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). AMWAY's contract manufacturer for NUTRILITE softgel products, RP Scherer, also has Halal certifications from IFANCA.

Additionally, the beef gelatin used in our softgel products are also certified Halal.

Ya, boleh.

Produk NUTRILITE adalah satu-satunya jenama nama vitamin dan mineral yang menanam, memetik dan memproses tumbuhan di ladang-ladangnya yang disahkan organik. Dakwaan ini disahkan berdasarkan kaji selidik oleh Euromonitor International. Teknik perladangan organik disahkan oleh badan-badan bebas seperti yang ditunjukkan di bawah:

Ladang Brazil
Pensijilan oleh IBD (Instituto Biodinamico), Brazil
Disahkan organik dan mematuhi standard IBD yang bersamaan dengan standard ECC2092/91 dan IFOAM.

Ladang El-Petacal, Mexico
Pensijilan oleh Oregon Tilth Certified Organic (OTCO), Kelas O (Ditanam Secara Organik).

Trout Lake, Missouri
Pensijilan oleh Jabatan Pertanian Washington - menurut Program Organik Nasional dengan Tajuk 7CFR Bahagian 205.

Sembelit boleh berlaku disebabkan kurang serat atau kekurangan pengambilan air. Adalah penting untuk makan sekurang-kurangnya empat hingga lima hidangan buah-buahan dan sayuran setiap hari bagi memastikan pengambilan serat yang mencukupi. Anda boleh juga mengambil NUTRILITE Concentrated Fruits and Vegetables atau Nutri Fibre Blend, yang mengandungi kedua-dua serat larut dan tidak larut untuk menambah diet anda.

Produk-produk Lain