Tentang Amway

Selamat datang ke Amway Malaysia

AMWAY Malaysia berdiri megah dalam kalangan kumpulan AMWAY di seluruh dunia kerana berada di antara 10 syarikat gabungan paling berprestasi, disokong oleh penunjuk mengagumkan seperti pusing ganti jualan, keberuntungan dan tenaga Pemilik Perniagaan AMWAY (ABO) yang kukuh. AMWAY Malaysia telah memperluaskan sokong perniagaan para ABO melalui jaringan Kedai Runcit AMWAY yang meluas di seluruh Malaysia dan Brunei serta tiga hab gudang daerah. 

Amway Malaysia adalah sebuah syarikat jualan langsung, yang dilesenkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Ditubuhkan pada 1976 dan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia sejak 1996, Amway Malaysia beroperasi dengan Tenaga ABO Teras seramai 260,900 orang (tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019).

Sepanjang 43 tahun di Malaysia, syarikat telah menawarkan rangkaian luas produk berkualiti yang dibezakan dengan penuh makna di bawah lima barisan produk terasnya: Pemakanan dan Kesejahteraan (vitamin, mineral dan suplemen dietari NUTRILITE), Penjagaan Kulit & Kosmetik (Penjagaan kulit dan kosmetik warna ARTISTRY), Dandanan Diri (penjagaan mulut GLISTER, penjagaan badan BODY SERIES dan penjagaan rambut SATINIQUE), Penjagaan Barangan Di Rumah (produk pembersihan di rumah L.O.C., penjagaan kain cucian SA8) dan Alatan Berteknolgi Di Rumah (sistem rawatan air eSpring, Sistem rawatan udara ATMOSPHERE). Selain itu, Personal Shoppers Catalogue pula menawarkan produk pengguna dari sumber tempatan. 

 

Sejarah AMWAY Malaysia

Perjalanannya dari 1976 hingga 2020, dan seterusnya.

Sejak penubuhannya pada 1976, AMWAY Malaysia sentiasa mempunyai satu tujuan: untuk membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih baik. Ketika syarikat berkembang dan terus berkembang, Pemilik Perniagaan AMWAY (ABO) juga turut berkembang. Bersama-sama, syarikat telah dapat bertahan lama, mengatasi segala cabaran dan mendaki jauh lebih tinggi untuk sampai ke kedudukannya pada hari ini – di puncak kejayaan. Ini adalah petikan perjalanan itu.

 

 

1976 - 1978

  • Memulakan operasi di Jalan Ipoh dengan lima kakitangan.
  • Sebatian Cucian SA8, Pencuci L.O.C. High Suds & Perkakas Memasak AMWAY QUEEN menjadi produk kami yang terlaris.
     
 

1979 - 1980

  • Pusat Pengedaran Daerah Pertama (RDC) di Butterworth.
  • Produk NUTRILITE pertama, Pek Keluarga, dilancarkan.
     
 

1981 - 1984

  • Sistem Penjagaan Kulit ARTISTRY dilancarkan
  • Produk NUTRILITE: Protein, Natural B Complex, Bio C, Lecithin E dan ACTIVE 8 dilancarkan.
     
 

1985 - 1986

  • Ulang tahun ke-10.
  • Sumbangan RM500,000 untuk pembinaan Rumah Tunas Harapan di Kuala Selangor.
  • Buku Masakan Perkakas Memasak AMWAY Queen diterbitkan.
     
 

1987 - 1988

  • Produk keluaran tempatan pertama, Bedak Talkum Sekeluarga ALLANO.
  • ARTISTRY Treasure Collection dan Koleksi Warna ‘Shades of Australia’ dilancarkan.
     
 

1989 - 1990

  • Pameran Kesihatan dan Kecergasan NUTRILITE.
  • Pengenalan Pelan Kemalangan Peribadi AMSURE dan Personal Shoppers Catalogue.
     
 

1991 - 1992

  • ‘Big on Quality’, peraduan terbesar AMWAY Malaysia untuk meraikan ulang tahun ke-15.
  • Sistem Rawatan Air dilancarkan.
     
 

1993 - 1995

  • Bungkusan baru untuk produk Dandanan Diri, NUTRILITE dan ARTISTRY.
     
 

1996 - 1997

  • AMWAY Malaysia mengambil alih AMWAY Brunei.
  • Disenaraikan di Papan Utama KLSE (Bursa Malaysia).
  • Dianugerahkan Lesen Jualan Langsung selama 3 tahun.
  • Produk herba NUTRILITE pertama (NUTRILITE Garlic and Licorice) dilancarkan.
     
 

1998 - 2001

  • amway2u.com mula beroperasi, membolehkan transaksi dalam talian 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
  • AMWAY ATS (Sistem Rawatan Air) dilancarkan.
     
 

2002 - 2005

  • Kempen One by One untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan dilancarkan.
  • AMWAY Malaysia tersenarai antara 10 Syarikat Malaysia Diurus Paling Baik.
  • NUTRILITE dan AMWAY WTS menerima Anugerah Reader’s Digest Superbrands.
     
 

2006 - 2008

  • Ulang tahun ke-30.
  • Konsep “Ambil dan Bayar” diperkenalkan di kedai-kedai AMWAY.
  • Menerima Anugerah BrandLaureate 2006-2007 untuk jenama jualan langsung terbaik.
  • NUTRILITE DOUBLE X, Penulen Udara ATMOSPHERE dan Sistem Rawatan Air eSpring dilancarkan.
     
 

2009-2012

  • Dianugerahkan Lesen Jualan Langsung selama 10 tahun.
  • AMWAY Home dan ARTISTRY Youth Xtend dilancarkan.
     
 

2013 - 2015

  • ARTISTRY Men, BodyKey by NUTRILITE dan ARTISTRY Supreme LX dilancarkan.
     
 

2016 - 2019

Ulang Tahun ke-40 Amway Malaysia (2016)

Pembukaan Besar-besaran:

  • Product Pavilion di Petaling Jaya
  • PhytoCafé dan ruang istirehat yang pertama di Kedai Klang
  • “Amway By-the-Sea” di Pulau Pinang
  • studioABO
  • Southern Flagship Centre di Taman Ponderosa in Johor Bahru

Pelancaran Utama:

  • Atmosphere DRIVE
  • Jenama XS Energy termasuk Minuman Tenaga XS, XS Mixed Whey Protein With Chocolate Flavor
  • Program Insentif Budi Bicara Amway Core Plus+
  • Minuman Protein Soya Nutrilite 900g
  • Nutrilite Mixed Probiotic with Chicory Root Extract
  • Koleksi ARTISTRY STUDIO
  • ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE 14 Night Reset Programme
  • Amway Digital Assistant (ADA) chatbot
  • Aplikasi Digital Switch, Share, Duplicate (SSD)
  • Amway Central Malaysia
     
 

2020

Amway Hall of Fame - mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada pemimpin teratas Amway dan penyandang baru (Platinum & Ke Atas) atas pencapaian cemerlang mereka; dan berfungsi sebagai inspirasi yang hebat untuk semua Pemilik Perniagaan Amway.

Pelancaran Utama:

  • ARTISTRY SIGNATURE SELECT Body Collection
  • Minuman Tenaga XS Pink Grapefruit Fiery Blaze
  • Pensanitasi Tangan PURSUE
  • Minuman Peptida Kolagen Campuran Nutrilite