Mengenai Amway

Perutusan daripada Pengarah Urusan

Mike Duong - Message from GM

Selamat datang dan rasai pengalaman peranti mudah alih yang imersif

Saya berbesar hati untuk mengalu-alukan anda ke laman web kami.

AMWAY Malaysia bermula 43 tahun yang lalu dengan visi "Membantu Insan Menjalani Kehidupan yang Lebih Baik". Melalui Asas Pengasas kami iaitu Kebebasan, Keluarga, Harapan dan Ganjaran, kami berhasrat untuk membantu orang ramai dari semua lapisan masyarakat menyedari potensi diri mereka dan seterusnya mencapai matlamat mereka. Ini melibatkan usaha membina dan mewujudkan perkongsian serta menyediakan peluang perniagaan yang memberi ganjaran dipacu oleh produk kategori pemakanan, kecantikan dan kediaman yang inovatif lagi berkualiti.

Sebagai salah sebuah syarikat jualan langsung yang terkemuka di dunia, hubungan kami dengan Pemilik Perniagaan AMWAY (ABO) dan pasaran terus kukuh tahun demi tahun. Bersandarkan asas yang kukuh iaitu kerjasama, rasa hormat dan sikap saling mempercayai, bersama-sama kami telah mencipta satu legasi yang berkekalan dengan mendekati dan mengubah kehidupan ramai orang.

Komitmen kami adalah untuk menyokong dan mengembangkan perniagaan ABO kami secara berterusan. Oleh itu, adalah penting untuk kami menyediakan infrastruktur yang betul untuk mereka menjalankan perniagaan AMWAY mereka bila-bila masa dan di mana sahaja. Keperluan itu kini sedang dipenuhi dengan memulakan revolusi peranti mudah alih kami yang membolehkan ABO kami membawa dan mengembangkan perniagaan AMWAY mereka ketika mereka sedang sibuk melalui peranti pintar peribadi mereka.

Melaluinya dan bentuk usaha yang lain, AMWAY akan terus mewujudkan kesan positif dalam kehidupan rakyat Malaysia yang sedang berusaha untuk menggapai hari esok yang lebih cerah. Oleh itu, saya menjemput anda untuk menjadi rakan kongsi kami dan bersama-sama, kita akan menjadikan ini suatu realiti.

Mike Duong
Pengarah Urusan, AMWAY Malaysia