Tentang Amway

One by One

Dilancarkan pada 2003, Kempen One By One untuk Kanak-kanak AMWAY menghimpunkan sumber seluruh keluarga AMWAY - Pemilik Perniagaan AMWAY, kakitangan dan pelanggan - untuk membuat perubahan dalam kehidupan kanak-kanak ini dengan melakukan kerja sukarela, menyumbang dan menangani cabaran dalam komuniti di mana orang AMWAY hidup dan bekerja. Semangat sukarelawan memberi inspirasi kepada pemilik perniagaan untuk menjaga dan menyokong komuniti mereka. Untuk maklumat terkini dan kisah dari seluruh dunia, layari laman web One by One.  

 

Program Harapan

Program Harapan ("Hope Programme") adalah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat selama 3 tahun yang dilancarkan pada 2014 untuk membantu memenuhi keperluan dan memperkayakan kehidupan kira-kira 100 kanak-kanak dari semua empat rumah kebajikan Rumah Tunas Harapan di Selangor. Program ini dikendalikan oleh AMWAY Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dan telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim pada November 2014. AMWAY (Global) telah sekian lama menjadi penyokong kuat program kemasyarakatan yang melibatkan kanak-kanak. Melalui Kempen One By One untuk Kanak-kanak AMWAY global, AMWAY telah membantu lebih daripada 12 juta kanak-kanak di seluruh dunia sepanjang tempoh 13 tahun yang lalu.

 

Bengkel dan Kem Minda Riang Sihat 

Melalui bengkel dan kem untuk kanak-kanak Minda Riang Sihat, pihak syarikat menyediakan platform untuk ahli psikologi yang ditaja oleh Amway untuk melengkapkan kanak-kanak dengan kemahiran mental dan tingkah laku yang perlu untuk mencapai harga diri dan keyakinan yang lebih tinggi.

Sejak program ini dimulakan pada Disember 2003, Amway telah mengendalikan 55 bengkel dan kem yang melibatkan lebih daripada 2,000 kanak-kanak, dengan waktu sukarela sejumlah 5,448 jam.

 

Projek Wad Riang Sihat 

 
Projek Wad Riang Sihat, lanjutan bagi kem-kem yang sedang berlangsung, merupakan usaha menghias semula Wad Pediatrik dan Pusat Jagaan Harian Kanak-kanak di hospital-hospital kerajaan untuk mewujudkan suasana yang lebih ceria dan mesra bagi kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan. 
 
Sejak 2006, Amway Malaysia telah menghias semula fasiliti Pediatrik di sebelas buah hospital kerajaan di  Malaysia.

 

 Fasa 1

16 June 2006
Pusat jagaan harian pediatrik dan bilik permainan kanak-kanak yang baru
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR)
 
4 Januari 2007
Pusat jagaan harian pediatrik dan bilik permainan kanak-kanak yang baru
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh (HoSHAS)
 
3 September 2007
Pusat jagaan harian pediatrik, bilik permainan kanak-kanak dan binaan tambahan yang baru kepada pusat jagaan harian
Hospital Batu Pahat, Johor
 
13 Mac 2008
Ruang menunggu klinik pediatrik, bilik rawatan dan lima bilik konsultasi doktor
Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
 
23 Oktober 2008
Klinik pakar paediatrik, ruang menunggu, bilik rawatan dan lima bilik konsultasi doktor
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
 
5 Mac 2009
Wad pediatrik, dua bilik rawatan dan empat bilik asingan
Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang
 
Fasa 2
31 Oktober 2009
Ruang menunggu klinik pediatrik dan binaan tambahan kepada bilik permainan kanak-kanak
Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
 
14 April 2010
Wad pediatrik 1 dan 4 (pemasangan wul batuan untuk menyejukkan wad)
Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu
 
29 September 2010
Ruang menunggu unit jagaan harian pediatrik, bilik perubatan dan bilik bedah
Hospital Kuala Lumpur
 
21 Januari 2011
Pusat jagaan harian pediatrik dan bilik permainan kanak-kanak
Hospital Umum Sarawak
31 Januari 2012
Binaan tambahan yang baru kepada pusat jagaan harian pediatrik berkeluasan 150 kaki persegi
Hospital Melaka
 
Muat turun Lembaran Fakta One By One Malaysia (format PDF)