One By One - Projek Headstart 2018

 

AA-CSR-OneByOne-ProjectHeadstart2018.jpg

Program Perantisan Projek HeadSTART

Amway Malaysia telah berjaya menyempurnakan Projek HeadSTART 2018 bersama tiga orang perantis yang menjalani latihan perantisan selama enam bulan dari 15 Mei hingga 15 Oktober 2018. Sepanjang tempoh perantisan mereka, para perantis ini diberi pendedahan tentang pelbagai peranan dalam syarikat dengan menempatkan mereka di pelbagai jabatan secara bergilir-gilir dengan bimbingan mentor mereka. Ia bertujuan untuk mempersiapkan diri mereka sebelum memasuki alam pekerjaan sebenar.