Power of 5 - Sorotan Penting Aktiviti

1. Tahun 2018 - Larian Power of 5 (16 Oktober 2018)

 

Larian maya Power of 5K Nutrilite telah menyatukan pelari dan pejalan kaki pada Hari Makanan Sedunia untuk menangani kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak. Hari Makanan Sedunia yang diadakan setiap tahun pada 16 Oktober menekankan perlunya usaha untuk menamatkan masalah kelaparan dan kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak.

Berlari, berjalan kaki atau menggunakan alat ‘treadmill’ dengan berpakaian paling unik & kreatif di mana jua!

 

 

2. Tahun 2017 - Larian Maya Power of 5K (16 Oktober 2017)

 

Terima kasih kepada ANDA semua yang telah menyertai larian maya Power of 5K pada 16 Oktober 2017 sempena Hari Makanan Sedunia!

Penyertaan ANDA akan menyediakan nutrisi yang diperlukan untuk kanak-kanak yang kekurangan zat makanan. Terima kasih sekali lagi kerana menjadi sebahagian daripada Larian Maya Power of 5K kami!

 

3. Tahun 2018 - Lawatan ke Brazil

 

Pada April 2018, para pemimpin Amway telah menyertai Program Power of 5 di Ubajara, Brazil. Mereka melihat di mana Nutrilite Little Bits diedarkan dan menyaksikan kesannya ke atas kanak-kanak dalam komuniti tersebut. Kami menjadi tuan rumah kepada Duta Mahkota Pengasas Charlie Lee Kim Soon & Linda Ng Kwee Choo, Duta Mahkota Pengasas Khoo Chong Kok & Chai Choo, Duta Mahkota Pengasas Eva Wong, Duta Mahkota Alice Teh dan Duta Mahkota Celia Wong yang memberikan sokongan dan perangsang mereka kepada kanak-kanak itu.

 

4. Tahun 2017 - Lawatan Jemputan Intan

 

Lawatan Jemputan Intan 2016 ke Tanzania, Afrika, dalam bulan Mac 2017 telah menyediakan platform kepada 7 orang Ahli Majlis Pengasas dan Duta Mahkota termasuk Duta Mahkota Pengasas Foo Howe Kean, Duta Mahkota Pengasas Khoo Chong Kok & Chai Choo, Duta Mahkota Pengasas Eva Wong, Duta Mahkota Alice Teh dan Duta Mahkota Celia Wong untuk merasai sendiri Kempen Power of 5 di Zambia. Pengalaman yang membuka mata ini telah menggalakkan para pemimpin untuk mempromosikan dan menyebarkan kesedaran mengenai kempen ini di Malaysia.