Tentang AMWAY

Power of 5 - Nutrilite Little Bits

Sertai Usaha Menangani Kekurangan Zat Makanan Dalam Kalangan Kanak-kanak

Amway sentiasa berpegang teguh pada misinya iaitu membantu insan lain menjalani kehidupan yang lebih baik. Ini termasuklah mendekati masyarakat di luar sana untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang amat memerlukan, terutamanya kanak-kanak.


Kempen Power of 5 Nutrilite
Dilancarkan pada 2014, Kempen Power of 5 Nutrilite merupakan satu gerakan global yang memfokus pada kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak dan pentingnya peranan yang dimainkan oleh pemakanan yang betul dalam membantu kanak-kanak di seluruh dunia agar mereka dapat terus hidup untuk menyambut hari jadi mereka yang ke-5 dan mencapai potensi mereka dalam kehidupan.

 

MEMBANTU KANAK-KANAK UNTUK HIDUP, BERKEMBANG DAN MEMBESAR

AA-CSR-PowerOf5-NutLittleBits-IMG-02.jpg AA-CSR-PowerOf5-NutLittleBits-IMG-03.jpg AA-CSR-PowerOf5-NutLittleBits-IMG-04.jpg

ISU
(KEKURANGAN ZAT MAKANAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK DI PERINGKAT GLOBAL)

Seramai tujuh juta kanak-kanak di bawah umur 5 tahun meninggal dunia setiap tahun akibat sebab-sebab yang boleh dicegah. Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kekurangan zat makanan merupakan punca utama kepada 45% daripada kematian ini. Kanak-kanak adalah yang paling terdedah kepada kekurangan zat makanan. Jika mereka tidak mendapat nutrien penting dalam 5 tahun pertama kehidupan mereka perkembangan tidak akan berlaku dengan baik dan peluang untuk berkembang akan hilang. Power of 5 bermatlamat mencegah kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak.

PENYELESAIAN
(NUTRILITE™ LITTLE BITS™)

Para saintis di Amway telah membangunkan Nutrilite Little Bits untuk memberikan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan nutrien penting yang diperlukan untuk membesar dan berkembang sepanjang 5 tahun pertama kehidupan. Nutrilite Little Bits adalah suplemen mikronutrien pertama untuk kekurangan zat makanan yang dipertingkatkan dengan nutrien tumbuhan. Ia juga dapat membantu mengurangkan dan mencegah kekurangan mikronutrien, termasuk anemia kekurangan zat besi. Apabila dicampurkan dengan makanan sekali sehari, Nutrilite Little Bits memberikan nutrien yang diperlukan untuk hidup, berkembang dan membesar kepada kanak-kanak yang kekurangan zat makanan berumur 5 tahun ke bawah. Setiap paket 1 gram Nutrilite Little Bits mengandungi 15 vitamin dan mineral, termasuk pekatan ceri, salah satu sumber vitamin C semula jadi yang paling pekat daripada alam.

HASIL
(KEMPEN POWER OF 5 NUTRILITE)

Dengan mempertingkatkan kesihatan pemakanan kanak-kanak, membantu mereka membesar dan merealisasikan potensi fizikal dan mental mereka, Kempen Power of 5 Nutrilite dijangka dapat memberikan manfaat yang besar kepada kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan di seluruh dunia.