Tentang Amway

Lembaga Pengarah

LCL_AA_AL_CHAIRMAN_IMG_1.jpg

Dato’ Ab. Halim Bin Mohyiddin, warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Holdings Berhad (AMHB) pada 25 November 2002. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi AMHB pada 12 Januari 2006 dan juga merupakan Pengarah Kanan Bebas AMHB. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit dan ahli Jawatankuasa Saraan dan Jawatankuasa Pencalonan.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Perakaunan) dari Universiti Malaya pada 1971 dan selepas itu menyertai Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai ahli Fakulti Ekonomi. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Alberta, Kanada pada 1973. Beliau bersara daripada KPMG/KPMG Desa Megat & Co. pada 2001, sebuah firma yang beliau sertai pada 1977 dan mendapat latihan awal perakaunan di Malaysia dan Amerika Syarikat. Beliau menjadi rakan kongsi Firma tersebut pada 1985.

Ketika persaraannya, beliau merupakan Rakan Pengurusan Bahagian Khidmat Nasihat Kewangan dan Jaminan dan juga bertanggungjawab terhadap Amalan e-Dagang Terjamin Firma tersebut.

Beliau merupakan ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) dan Institut Akauntan Malaysia (MIA). Beliau kini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Latihan MICPA. Beliau pernah berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Pendidikan bagi Persekutuan Akauntan Antarabangsa (IFAC) dari 2001 hingga 2005. Beliau merupakan Presiden MICPA dari 2004 hingga 2007 dan ahli majlis MIA dari tahun 2001 hingga 2007.

Pada masa ini, beliau adalah ahli Lembaga Pengarah KNM Group Berhad, Petronas Gas Berhad dan MISC Berhad.

LCL_AA_AL_NINED6_IMG_1.jpg

Encik Martin Liou, warganegara Taiwan, telah dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Holdings Berhad (“AMHB”) pada 19 November 2015. Pada 1 Januari 2017, beliau mengambil alih pucuk pimpinan sebagai Pengarah Urusan AMHB dan Amway (Malaysia) Sdn Bhd. Beliau kini merupakan Pengarah Urusan, Asia Tenggara.

Beliau memulakan kerjayanya dengan Amway sebagai Pengurus Pengedaran Amway Taiwan Co., Ltd. ("Amway Taiwan") pada 1985 sebelum menjawat jawatan Pengarah Operasi pada 1995 dan dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Urusan Amway Taiwan pada 2005. Martin Liou kemudiannya meluaskan keupayaannya untuk memikul tanggungjawab tambahan sebagai Pengarah Urusan Amway Filipina, LLC, Pengarah Eksekutif Amway Greater China Training Institute di samping terus menjadi Naib Presiden Amway Greater China Region ("GCR").

Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Persatuan Jualan Langsung Taiwan selama dua penggal pada 2000 dan 2002 dan telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Rantau Asia Pasifik bagi Persekutuan Dunia bagi Persatuan Jualan Langsung selama dua penggal pada 2008 dan 2011. Pada 2015, Martin Liou telah dianugerahkan "Anugerah Keusahawanan Asia Pasifik 2015 Taiwan" yang berprestij.

Sebelum berkhidmat dengan Amway, Martin Liou bekerja dengan ICI China, Dulux Paint Co dari 1982 hingga 1984.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dari National Taiwan University, Taipei pada 1980 dan kemudian memperoleh Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan dari National Taiwan University pada 2003.

LCL_AA_AL_NINEMIKE_IMG_1.jpg

Michael Jonathan Duong (Encik Mike Duong), warganegara Amerika telah dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Holdings Berhad pada 1 Januari 2017. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Sdn. Bhd. ("AMSB") dan Amway (B) Sdn. Bhd. ("ABSB") pada 1 Januari 2017. Encik Mike Duong kini Pengurus Besar AMSB dan ABSB.

Beliau memulakan kerjaya dengan Amway sebagai Pengarah Audit Dalaman, Pengarah Pusat Khidmat Bersama dan Pengarah Strategi & Perancangan APAC dari 2008 hingga 2015. Sebelum menjadi kakitangan Amway, Encik Mike Duong bekerja dengan Boeing dari 1997 hingga 2008. Jawatan terakhir beliau di Boeing ialah Pengurus Kanan Perkhidmatan Kewangan Global.

Beliau adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Sains – Kejuruteraan Mekanikal dari Boston University College of Engineering, Boston, MA.

LCL_AA_AL_MD_IMG_1.jpg

Low Han Kee (Encik Low), warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Holdings Berhad ("AMHB") dan Amway (Malaysia) Sdn. Bhd. ("AMSB") masing-masing pada 6 Jun 1996 dan 16 Oktober 1995.

Beliau menyertai AMSB pada 1990 sebagai Pengurus Bahagian Jabatan Kewangan & Pentadbiran dan dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Besar pada 1993 sebelum dinaikkan pangkat pula sebagai Pengarah Urusan pada 1998, jawatan yang beliau lepaskan apabila beliau bersara pada 31 Januari 2016. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengarah Urusan AMHB dari 1998 hingga persaraan beliau pada 31 Januari 2016. Beliau juga merupakan Pengarah Amway (B) Sdn. Bhd.

Beliau layak sebagai Akauntan Awam Bertauliah pada 1984 ketika berkhidmat di Ernst & Whinney (kini dikenali sebagai Ernst & Young), sebuah firma perakaunan antarabangsa. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang kewangan lebih daripada 30 tahun, pernah memegang jawatan kanan dalam bidang kewangan di syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”), termasuk Mulpha International Trading Corporation Berhad, sebuah kumpulan yang terlibat dalam perdagangan, pembinaan dan kejuruteraan, di mana jawatan terakhir yang beliau sandang ialah Ketua Akauntan Kumpulan dari 1985 hingga 1990 sebelum melepaskannya untuk menyertai AMSB.

LCL_AA_AL_NINED1_IMG_1.jpg

Scott Russell Balfour (Encik Scott Balfour), warganegara Amerika, telah dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Holdings Berhad (“AMHB”) pada 15 Januari 2004. Beliau ialah Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan dan juga Jawatankuasa Saraan dan ahli Jawatankuasa Audit.

Beliau merupakan ahli American, Michigan dan Grand Rapids Bar Association. Beliau telah menulis beberapa artikel mengenai perundangan Korea dan Asia dan menjadi pengarang bersama buku yang bertajuk “Korean Labor and Employment Laws”.

Pada masa ini, beliau juga merupakan Naib Presiden dan Timbalan Ketua Penasihat Undang-undang Regional Counsel Asia dan Rantau Greater China dan Naib Presiden Global Business Conduct and Rules of Alticor Inc. Beliau menyelaraskan dan menyelia pelbagai isu undang-undang Alticor untuk semua syarikat gabungan Asia termasuk Australia, China, Korea, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Encik Scott Balfour juga mengetuai pasukan undang-undang yang bertanggungjawab atas pematuhan dan isu-isu global dalam undang-undang jualan langsung, amalan dan peraturan yang mengawal lebih daripada tiga juta Pemilik Perniagaan Amway.

Sebelum menyertai Alticor pada 1998, beliau berkhidmat selama 8 tahun sebagai Perunding Kanan Undang-Undang Asing untuk firma guaman Kim & Chang di Seoul, Korea Selatan. Klien beliau termasuk Amway, Citibank, PepsiCo, Morgan Stanley, Nike, McDonald, Gerber, Unilever, P&G dan Duracell sekadar menyebut beberapa nama.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Michigan State University pada 1983. Selepas berkhidmat dalam tentera AS, beliau melanjutkan pengajian di University of Detroit dan memperoleh Ijazah Kedoktoran Juris cum laude pada 1990. Beliau merupakan ahli Lembaga Pengarah West Michigan World Affairs Council.

LCL_AA_AL_INED2_IMG_1.jpg

Tan Sri Dato’ Cecil Wilbert Mohanaraj Abraham, warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Holdings Berhad (“AMHB”) pada 9 Februari 2006. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Pencalonan.

Tan Sri Dato' Cecil mendapat pendidikan tinggi di Malaysia dan termasuk Maktab Tentera Diraja. Beliau mengambil jurusan undang-undang di Queen Mary College, University of London dan lulus dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) pada 1968. Beliau telah dianugerahkan Barrister at Law oleh Honourable Society of Middle Temple pada 1969. Beliau diterima sebagai Peguam Bela & Peguam Cara Mahkamah Tinggi Malaya pada 1970. Beliau merupakan Fellow Queen Mary College dan ‘Bencher’ (anggota kanan) Honourable Society of Middle Temple.

Beliau kini merupakan Rakan Kongsi Utama Cecil Abraham and Partners. Beliau mempunyai pengalaman praktik yang luas dalam litigasi dan timbang tara.

LCL_AA_AL_NINED3_IMG_4.jpg

Mohammad Bin Hussin (En Mohammad), warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Holdings Berhad pada 10 Jun 2009.

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari University of Portland, Oregon, Amerika Syarikat pada 1986 dan kemudian mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Cranfield University, United Kingdom pada 1990.

Kini beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Amanah Saham Nasional Berhad dan Pengarah Amanah Mutual Berhad. Sebelum memegang jawatan sekarang, beliau telah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan di PNB.

Dari 1990 hingga 2002, beliau telah memegang pelbagai jawatan pengurusan dalam perbadanan, antara lain, Edaran Otomobil Nasional Berhad dan UMW Toyota Sdn Bhd.

Pada masa ini, Mohammad Bin Hussin merupakan ahli Lembaga Persekutuan Pengurus-pengurus Pelaburan Malaysia, Sime Darby Industrial Holdings Sdn Bhd, Amanah Saham Nasional Berhad dan Amanah Mutual Berhad.

LCL_AA_AL_NINED5_IMG_TanSriFaizah.jpg

Tan Sri Faizah Binti Mohd Tahir (Tan Sri Faizah), warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Holdings Berhad pada 8 Mei 2014. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Audit. Beliau lulus dengan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (Ekonomi Pembangunan) dari Williams College, Amerika Syarikat.

Pada masa ini, Tan Sri Faizah Binti Mohd Tahir merupakan Pengerusi Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad dan ahli Lembaga Goodyear Malaysia Berhad. Beliau juga merupakan Pengerusi OrphanCare Foundation dan Yayasan Sejahtera serta menganggotai Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara Malaysia dan Temasek Foundation International (dahulunya dikenali sebagai Temasek Foundation), Singapura.

Beliau menyertai Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri pada 1973 dan berkhidmat di Bahagian Pertanian, Pengedaran dan Sumber Manusia dalam pelbagai jawatan. Jawatan terakhir beliau di EPU ialah sebagai Pengarah, Bahagian Perdagangan dan Industri sebelum beliau dinaikkan pangkat menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang beliau pegang dari 2001 sehingga persaraan beliau pada 2009.

LCL_AA_AL_INED4_IMG_8.jpg

Dato' Abdullah Thalith Bin Md Thani, warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Holdings Berhad pada 15 Mei 2015. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Saraan.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Tanah) dari Universiti Teknologi Malaysia pada 1978. Beliau juga memegang Ijazah Sarjana Sains (Pengajian Perniagaan) dari University of Salford pada 1993.

Dato' Abdullah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Penilaian di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan pada 1978. Seterusnya, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Penilai Daerah, Pengarah Negeri, Pengarah Institut Penilaian Negara, Pengarah Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), Timbalan Ketua Pengarah dan seterusnya sebagai Ketua Pengarah jabatan itu pada 2006. Beliau bersara daripada perkhidmatan awam pada 2012.