AMWAY HOME

Mengenai Jenama

Mengenai AMWAY HOME

Amway Home

Selama lebih daripada 50 tahun, AMWAY telah membantu insan menjalani kehidupan yang lebih baik. Kami percaya bahawa kesihatan anda dan kesihatan keluarga anda adalah penting – begitu juga dengan kesihatan alam sekitar. Seluruh dunia mengakui bahawa masa depan yang lebih baik untuk planet ini memerlukan kita semua mengamalkan kehidupan yang lestari. Hari ini, begitu ramai keluarga yang aktif mencari cara untuk menjalani kehidupan yang sihat tanpa perlu mengorbankan hak generasi akan datang untuk menikmati kehidupan yang sama.

AMWAY HOME menggabungkan semua produk pembersihan dan kain cucian kami yang mesra alam di bawah satu jenama. Ia juga memanfaatkan kepakaran saintifik sedekad kami dalam membangunkan produk pembersihan berprestasi tinggi yang menyumbang kepada kediaman yang lebih sihat untuk anda dan keluarga dan pada masa yang sama, lembut terhadap alam sekitar.

Barisan produk mesra alam kami yang lengkap mempersembahkan cara yang lebih baik untuk menguruskan tugas-tugas pembersihan di rumah. Formula kami benar-benar mesra alam dan pekat. Bungkusan kami boleh dikitar semula dan menggunakan bahan-bahan kitar semula seboleh yang mungkin. Syarikat kami, Pemilik Perniagaan AMWAY dan pelanggan kami disatukan oleh janji jenama AMWAY HOME – untuk meneruskan pendekatan saintifik lagi inovatif kami demi mencipta produk yang berkesan dan efisien yang membezakan kami daripada yang lain.

BIOQUEST FORMULA

BIOQUEST FORMULA

Produk AMWAY HOME, dikuasakan oleh Teknologi BIOQUEST FORMULA memberikan prestasi pembersihan yang berkuasa selain cukup lembut untuk digunakan seisi keluarga dan pada masa yang sama menjaga alam sekitar. Formula unik produk AMWAY HOME mengandungi bahan-bahan aktif yang diperoleh daripada sumber semula jadi seperti kelapa, buah-buahan sitrus dan mineral. Ia juga menjimatkan dalam jangka masa panjang kerana formulanya pekat. Di samping itu, produknya juga terbiodegradasi dan diuji oleh pakar dermatologi.

Safer Choice

Pilihan yang Lebih Selamat

Di AMWAY, kami sentiasa ghairah untuk menghasilkan produk yang lebih baik dan lebih selamat untuk rumah anda. Oleh itu, banyak produk AMWAY HOME juga membawa label “Safer Choice”. Program Pilihan yang Lebih Selamat Agensi Perlindungan Alam Sekitar A.S (EPA) mempromosikan produk dengan bahan-bahan kimia yang lebih selamat untuk manusia dan alam sekitar tanpa mengorbankan kualiti atau prestasinya.

Sustainable Packaging

Bungkusan yang Lestari

Bungkusannya juga mesra alam – ia menggunakan bahan-bahan dari hutan yang diuruskan oleh agensi alam sekitar global bukan membuat untung SFI (Inisiatif Perhutanan Lestari). 25% daripadanya dikitar semula dan 100% boleh dikitar semula. Untuk mencetak, dakwat soya digunakan untuk mengurangkan kerosakan ke atas serat kertas supaya ia boleh dikitar semula dengan mudah.

Penjagaan Permukaan

SETIAP KOTORAN. SETIAP PERMUKAAN. SETIAP BILIK. BETUL-BETUL BERSIH.

Kisah ini bermula lebih daripada 50 tahun yang lalu dengan produk pertama AMWAY ini, Pencuci Pelbagai Guna L.O.C. Keupayaannya untuk membersihkan setiap permukaan yang boleh dibasuh secara berkesan dan selamat menjadi legenda hingga kini. Semua produk permukaan AMWAY HOME meneruskan prestasi yang mengagumkan itu menggunakan Teknologi BIOQUEST FORMULA yang memberikan prestasi pembersihan yang berkuasa setiap masa dan mesra alam. Hasilnya? Rumah dan planet yang lebih bersih, lebih sihat!

BrandZone_AmwayHome_Tab_2_1.png

Penjagaan Kain Cucian

PENJAGAAN KAIN CUCIAN ANDA, KELUARGA ANDA DAN ALAM SEKITAR.

Barisan detergen cucian AMWAY HOME kami yang lengkap termasuk pelbagai rawatan yang disasarkan memberikan pembersihan yang berkuasa untuk pakaian sehari-hari, fabrik yang halus dan fabrik moden untuk hasil yang lebih bersih, lebih cerah dan lebih lembut. Dikuasakan oleh Teknologi BIOQUEST FORMULA, bahan-bahan aktif ini secara efisien menanggalkan kotoran dan daki yang degil. Ia memberikan anda ketenangan apabila mengetahui bahawa kain cucian anda dan alam sekitar dijaga dengan baik.

Penjagaan Pinggan Mangkuk

BERSIH SEBERSIH-BERSIHNYA.

Produk pencuci pinggan mangkuk dengan Teknologi BIOQUEST FORMULA kami menanggalkan gris dan kotoran yang telah kering, menjadikan pinggan mangkuk, gelas, sudu dan periuk belanga bersih berkilauan tanpa meninggalkan sebarang kesan. Ia juga mempunyai formula bebas fosfat yang memastikan tugas dilaksanakan dengan baik, selain menyumbang kepada rumah dan alam sekitar yang lebih sihat.

  • RM 37.50
  • RM 36.30
  • RM 28.00
Tiada produk dijumpai.