Mengenai Perkakas Memasak AMWAY QUEEN

Amway Home

Selama lebih daripada 50 tahun, AMWAY telah membantu insan menjalani kehidupan yang lebih baik. Kami percaya bahawa kesihatan anda dan kesihatan keluarga anda adalah penting – begitu juga dengan kesihatan alam sekitar. Seluruh dunia mengakui bahawa masa depan yang lebih baik untuk planet ini memerlukan kita semua mengamalkan kehidupan yang lestari. Hari ini, begitu ramai keluarga yang aktif mencari cara untuk menjalani kehidupan yang sihat tanpa perlu mengorbankan hak generasi akan datang untuk menikmati kehidupan yang sama.

AMWAY HOME menggabungkan semua produk pembersihan dan kain cucian kami yang mesra alam di bawah satu jenama. Ia juga memanfaatkan kepakaran saintifik sedekad kami dalam membangunkan produk pembersihan berprestasi tinggi yang menyumbang kepada kediaman yang lebih sihat untuk anda dan keluarga dan pada masa yang sama, lembut terhadap alam sekitar.

Barisan produk mesra alam kami yang lengkap mempersembahkan cara yang lebih baik untuk menguruskan tugas-tugas pembersihan di rumah. Formula kami benar-benar mesra alam dan pekat. Bungkusan kami boleh dikitar semula dan menggunakan bahan-bahan kitar semula seboleh yang mungkin. Syarikat kami, Pemilik Perniagaan AMWAY dan pelanggan kami disatukan oleh janji jenama AMWAY HOME – untuk meneruskan pendekatan saintifik lagi inovatif kami demi mencipta produk yang berkesan dan efisien yang membezakan kami daripada yang lain.

BIOQUEST FORMULA

BIOQUEST FORMULA

Produk AMWAY HOME, dikuasakan oleh Teknologi BIOQUEST FORMULA memberikan prestasi pembersihan yang berkuasa selain cukup lembut untuk digunakan seisi keluarga dan pada masa yang sama menjaga alam sekitar. Formula unik produk AMWAY HOME mengandungi bahan-bahan aktif yang diperoleh daripada sumber semula jadi seperti kelapa, buah-buahan sitrus dan mineral. Ia juga menjimatkan dalam jangka masa panjang kerana formulanya pekat. Di samping itu, produknya juga terbiodegradasi dan diuji oleh pakar dermatologi.

Safer Choice

Pilihan yang Lebih Selamat

Di AMWAY, kami sentiasa ghairah untuk menghasilkan produk yang lebih baik dan lebih selamat untuk rumah anda. Oleh itu, banyak produk AMWAY HOME juga membawa label “Safer Choice”. Program Pilihan yang Lebih Selamat Agensi Perlindungan Alam Sekitar A.S (EPA) mempromosikan produk dengan bahan-bahan kimia yang lebih selamat untuk manusia dan alam sekitar tanpa mengorbankan kualiti atau prestasinya.

Sustainable Packaging

Bungkusan yang Lestari

Bungkusannya juga mesra alam – ia menggunakan bahan-bahan dari hutan yang diuruskan oleh agensi alam sekitar global bukan membuat untung SFI (Inisiatif Perhutanan Lestari). 25% daripadanya dikitar semula dan 100% boleh dikitar semula. Untuk mencetak, dakwat soya digunakan untuk mengurangkan kerosakan ke atas serat kertas supaya ia boleh dikitar semula dengan mudah.

Teknologi

Produk AMWAY QUEEN menggunakan teknologi berpaten termaju dan direka dengan mementingkan kaedah memasak yang paling sihat.

 

Technologi
Perkakas memasak yang tahan lama dan berkualiti mengunci nutrien penting dan rasa yang hebat, yang menyumbang kepada gaya hidup yang lebih sihat.

VITALOK
Perkakas Memasak AMWAY QUEEN menggunakan kaedah memasak VITALOCK yang unik untuk mengunci lebih satu pertiga vitamin dan mineral penting berbanding kaedah memasak tradisional.

Keluli Tahan Karat Berbilang Lapisan
Binaan keluli tahan karat yang berbilang lapisan meningkatkan pengagihan dan pengekalan haba agar makanan dan kuah masak dengan sekata. Binaannya yang berkualiti direka untuk bertahan seumur hidup.

 


Bagaimana ia berfungsi:
Kaedah memasak VITALOK berfungsi dengan mewujudkan penguncian lembapan di antara periuk dan penutup. Apabila stim memeluwap di bahagian dalam penutup, air mula terkumpul di antara periuk dan penutup, apa yang dipanggil sebagai kawasan "set down". Apabila kawasan "set down" itu mempunyai air yang mencukupi dan suhu memasak yang stabil, penguncian lembapan terbentuk. Penguncian lembapan membantu mencegah lembapan daripada keluar dari periuk lantas membolehkan makanan dimasak dalam wap stim yang lembut.

Rekaan Produk

Ketukangan keluli tahan karat Perkakas Memasak AMWAY QUEEN memberikan tarikan yang elegan dan tak lapuk dek zaman kepada mana-mana persekitaran memasak atau dapur.


Tombol dan Pemegang Ergonomik
Pemegang dan tombol yang dipatenkan, selamat digunakan di dalam oven dan ergonomik direka untuk tangan orang Asia, yang menjadikannya selesa dan mudah diguna.


Memasak Cara Bertingkat dan Penyimpanan
Dengan rekaan bertingkat yang unik, semua bahagian perkakas memasak bekerja bersama-sama dalam satu sistem. Seluruh sajian boleh dimasak cara bertingkat di atas satu penunu, sekali gus menjimatkan ruang dan tenaga. Di samping itu, semua bahagian perkakas memasak boleh disusun bertingkat dan disimpan dengan mudah, yang menjimatkan ruang di dalam almari atau di atas kaunter anda.

 

Menyusun bertingkat:
Perkakas Memasak AMWAY QUEEN mempunyai lebih daripada 20 kombinasi memasak cara bertingkat, memberikan anda kefleksibelan untuk memasak hampir di mana-mana persekitaran dapur.

Nilai & Pensijilan NSF

NILAI
Demi kesihatan dan kesejahteraan anda, membeli Perkakas Memasak AMWAY QUEEN merupakan satu pelaburan yang berbaloi kerana ia direka untuk bertahan selama bergenerasi dan dijamin seumur hidup. Dengan pelbagai seleksi periuk, kuali dan aksesori premium, anda pasti gembira menyediakan makanan yang sihat untuk insan tersayang dengan begitu efisien.


NSF International
Produk AMWAY QUEEN disahkan oleh NSF International, syarikat kesihatan dan keselamatan awam bebas global yang terkemuka. Untuk mendapat pensijilan, produk Perkakas Memasak AMWAY QUEEN telah berjaya melepasi keperluan ujian yang ketat untuk mengesahkan kualiti produk, prestasinya dan penilaian bahan serta pematuhan peraturan. Anda boleh mengetahui mengenai kami di NSF Consumer Home Product Listings dengan melayari www.nsf.org.

Tiada produk dijumpai.