Mengenai NUTRILITE

Nutrilite Farm

 

TERBAK DARI ALAM. TERBAIK DARI SAINS.

NUTRILITE adalah jenama vitamin, mineral dan suplemen dietari yang menyediakan satu rangkaian suplemen yang lengkap untuk keperluan kesihatan. NUTRILITE bersumberkan pekatan tumbuhan semula jadi dan organik, kebanyakannya ditanam di ladang-ladang kami yang disahkan organik*, dan vitamin serta mineral yang sangat tulen dari serata dunia bagi memenuhi standard kualiti kami yang ketat.

Semua bahan yang digunakan dalam produk NUTRILITE diselidik secara meluas, diuji dan dirumus untuk memberikan produk yang memenuhi keperluan pemakanan untuk anda yang dalam perjalanan menuju kesihatan optimum.

*Sumber: http://www.euromonitor.com/amway-claims

Kisah NUTRILITE

BrandZone_Nutrilite_Tab_1_2.png

Carl F. Rehnborg, pengasas NUTRILITE, salah seorang individu istimewa yang menggabungkan sifat ingin tahu dengan imaginasi yang kemudiannya menghasilkan inovasi.

Berasaskan pengamatannya ke atas kesan diet yang kekurangan dalam kalangan orang di sekelilingnya ketika berada di China, Carl mula bereksperimen dengan mengekstrak dan memekatkan nutrien daripada sumber tumbuhan yang berlainan. Pada 1934, beliau memulakan konsep memasukkan seluruh pekatan tumbuhan atau fitonutrien ke dalam formulanya untuk produk multivitamin and multimineral yang pertama dijual di Amerika Utara.

Hari ini, beliau diikiraf sebagai perintis dalam bidang fitonutrien, bertahun-tahun jauh di hadapan mendahului zamannya.

BrandZone_Nutrilite_Tab_2_2.png

YANG PERTAMA
Pada 1934, Carl F. Rehnborg memulakan konsep memasukkan seluruh pekatan tumbuhan dalam formulanya untuk produk multivitamin dan multimineral yang pertama dijual di Amerika Utara.

SATU-SATUNYA
NUTRILITE adalah satu-satunya jenama vitamin dan suplemen dietari global yang menanam, memetik dan memproses tumbuhan di ladangnya sendiri yang disahkan organik*.

TERBAIK
NUTRILITE adalah jenama vitamin dan suplemen dietari No. 1 dari segi di dunia*.

* Sumber: http://www.euromonitor.com/amway-claims

Ladang Kami Disahkan Organik

Certified Organic Farm

NUTRILITE adalah satu-satunya jenama vitamin dan suplemen dietari global yang menanam, memetik, dan memproses tumbuhan di ladangnya sendiri yang disahkan organik*.

Beratus-ratus buah-buahan dan sayur-sayuran ditanam mengikut kehendak alam di tanah ladang 6,400 ekar kami yang terbentang luas merentasi dunia – lebih daripada mana-mana syarikat suplemen di dunia, menggunakan hanya kaedah yang mampan, bukan sintetik dan tanpa racun perosak.

Buah-buahan dan sayur-sayuran dipetik ketika di puncak kemujarabannya, kemudian dinyahhidrat dan diproses dengan segera untuk memerangkap nutrien berharga di dalamnya.

 

LADANG TROUT LAKE
Washington, AS
Ladang Trout Lake di Negeri Washington, AS adalah ladang herba disahkan organik yang terbesar di Amerika Utara. Lebih 70 botani dan 3 juta paun herba NUTRILITE ditanam di tanah seluas 700 ekar (283 hektar) ini setiap tahun.

  Trout Lake Farm
 
Rancho El Petacal  

RANCHO EL PETACAL
Jalisco, Mexico
Meliputi 1,400 ekar (566 hektar), Rancho El Petacal memetik tumbuhan sitrus yang kaya nutrien seperti lemon, limau gedang merah dan oren mandarin, juga selada air, parsli, alfalfa, bayam, kubis daun dan selasih.

 

FAZENDA NUTRIORGANICA
Ubajara, Brazil
Fazenda Nutriorganica ialah ladang NUTRILITE terbesar dengan tanah ladang seluas 4,100 ekar (1,660 hektar) di mana buah markisah, nanas, jambu batu dan herba tropika ditanam, juga 100% ceri aserola yang digunakan dalam produk NUTRILITE.

  Fazenda Nutriorganica
 
Nutrilite Agricultural Research Farm  

LADANG PENYELIDIKAN PERTANIAN NUTRILITE
California, USA
Terletak di dasar tasik prasejarah, Ladang Penyelidikan Pertanian NUTRILITE di Buena Park, California seluas 111 ekar (45 hektar) dan merupakan lokasi utama di mana penyelidik ladang kami mengenal pasti nutrien dan bahan aktif untuk produk-produk NUTRILITE di samping menambah baik yang sedia ada.

 

 
 

TAHUKAH ANDA?

Hampir kesemua pekatan tumbuhan yang digunakan dalam produk NUTRILITE ditanam di ladang-ladang NUTRILITE kami.

Tanaman yang tidak ditanam di ladang-ladang organik kami mesti memenuhi standard kualiti yang ketat seperti yang ditetapkan oleh saintis pertanian NUTRILITE di bawah program NutriCert seperti falsafah NUTRILITE mengenai amalan perladangan mampan dan amalan perniagaan yang bertanggungjawab dari segi sosial. Ini memastikan bahawa hanya bahan terbaik dimasukkan ke dalam setiap produk NUTRILITE.

 
 

 

* Sumber: http://www.euromonitor.com/amway-claims

Amalan Perladangan Mampan

Semua ladang NUTRILITE mematuhi garis panduan ketat yang menekankan pengurusan sumber semula jadi yang bertanggungjawab dan menghormati proses alam semula jadi. Di NUTRILITE, “ditanam mengikut kehendak alam” bukan sekadar ungkapan penarik – ia adalah cara perladangan dan cara kehidupan.

 

1. MENAMBAH BAIK TANAH DENGAN NITROGEN
Tanaman kekacang tutup bumi ditanam untuk mengikat nitrogen dalam tanah yang diperlukan untuk pertumbuhan tanaman.

 

2. MENGGEMBUR TANAH DENGAN CACING TANAH
Nutrien organik ditambah ke dalam tanah. Bila cacing tanah mengorek lubang menerusi tanah, akar-akar tanaman boleh menjalar dengan lebih meluas.

 

3. MENUTUP DENGAN HAMPARAN PLASTIK
Tanaman kekacang ditutup dengan hamparan plastik. Sebaik ia layu di bawah sinaran matahari, ia digunakan sebagai kompos.

 

4. MENANAM TUMBUHAN BAHAN MENTAH
Sebaik sahaja tanah kaya nutrien itu tersedia, tumbuhan bahan mentah ditanam. Air bawah tanah digunakan untuk pengairan.

 

5. MELINDUNGI TANAMAN SECARA SEMULA JADI
Larva kumbang kura-kura dan lalat mei, juga helang dan burung hantu membantu melindungi tanaman daripada serangga, burung dan musuh perosak lain.

 

6. MEMETIK PADA PERINGKAT PUNCAK
Tanaman dipetik ketika di puncak kemujaraban. Hanya bahagian dengan nilai nutrisi paling banyak dikumpul.

 

7. MEMBERSIH LADANG MENGGUNAKAN BIRI-BIRI
Kawanan biri-biri digembala untuk meragut tunggul jerami selepas tanaman dipetik.

 

8. MEMBIARKAN TANAH TIDAK DITANAMI
Selepas menanam dan memetik selama 3-4 tahun, ladang dibiarkan untuk satu tempoh masa bagi membolehkan tanah menambah kesuburannya secara semula jadi.

 

Dari Biji Benih ke Suplemen

Kunci untuk mengekalkan keajaiban buah-buahan dan sayur-sayuran mentah ialah dengan memastikan semua nutrien dalam bahan tumbuhan tidak terjejas. Kaedah seperti kering sembur dan pengadunan dalam bekas berbentuk V memastikan nutrien tidak hilang akibat haba melampau atau agitasi.

 

1. PENYAHHIDRATAN
Pengering besar digunakan untuk menyahhidrat bahan tumbuhan yang dikumpul, sehingga ia dalam bentuk daun teh.

 

2. PENGISARAN
Tumbuhan dikisar supaya nutrien lebih mudah diekstrak.

 

3. PENGEKSTRAKAN / PENGASINGAN
Vitamin, mineral, fitonurien dan komponen lain yang berguna diekstrak.

 

4. PEMEKATAN
Nutrien dan komponen berguna direbus pada titik didih rendah bagi mengelakkan terjejasnya kandungan nutrisi.

 

5. KERING SEMBUR
Larutan pekat disembur ke atas plat panas, di mana air tersejat dalam sesaat manakala nutrien kekal tidak terjejas.

 

6. PENGADUNAN PEKATAN
Pelbagai nutrien (ekstrak tumbuhan) diadun mengikut ciri-ciri khusus atau sifat semula jadi suplemen makanan yang berbeza.

 

7. PEKATAN UTAMA
Bekas pengadun berbentuk V digunakan untuk mengadun jumlah bahan tumbuhan yang besar pada satu-satu masa bagi menghasilkan ekstrak teradun yang tinggi ketulenannya.

 

8. PRODUK SIAP
Produk yang berbeza dibentuk dan dimodelkan mengikut saiz, tekstur dan kelikatan.

 

 
 

TAHUKAH ANDA?

Di Institut Kesihatan NUTRILITE, saintis dari serata dunia menggunakan kaedah dan teknologi terbaru untuk menambah baik cara mengekstrak kebaikan maksimum daripada tanaman kami dan menilai bahan-bahan baru untuk produk kami.

 
 

Sains dan Inovasi

Scientific Advisory Board  

LEMBAGA PENASIHAT SAINTIFIK (SAB)
Semua penyelidikan saintifik NUTRILITE dipimpin oleh Lembaga Penasihat Saintifik (SAB). Terdiri daripada saintis terkemuka dalam bidang pemakanan, kesihatan dan genetik dari seluruh dunia, SAB membantu membimbing masa depan jenama NUTRILITE, mengongsikan pengetahuan dan kepakaran mereka secara langsung kepada proses penyelidikan dan pembangunan di NUTRILITE.

 

PUSAT KESIHATAN OPTIMUM
Pusat Kesihatan Optimum di California, AS, memulakan operasi pada 3 Mei 2006 sebagai sebahagian daripada Institut Kesihatan NUTRILITE. Ia adalah ruang yang didedikasi untuk membantu insan mencapai kesihatan optimum menerusi pendidikan, pemakanan seimbang, senaman dan suplementasi.

Saintis dan penyelidik di Pusat Kesihatan Optimum kerap menjalinkan usahasama dengan universiti, makmal dan kemudahan penyelidikan terkemuka di serata dunia untuk membuat penemuan baru dalam kajian pemakanan, kesihatan, fitonutrien global dan pekatan tumbuhan. Usaha-usaha ini membantu kami mengekalkan peranan kami sebagai peneraju dunia dalam sains pemakanan berasaskan tumbuhan global.

  Trout Lake Farm
  • RM 19.00
  • RM 140.60 - RM 165.70
  • RM 188.20
  • RM 85.40 - RM 162.20
  • RM 172.30
  • RM 80.15
  • RM 163.00
Tiada produk dijumpai.