Mulakan Pengalaman Perniagaan.

Berniaga Cara Anda

Sejak memulakan operasi pada 1976 di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, sasaran AMWAY Malaysia tetap sama: membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih baik. Ia masih lagi membantu mereka dalam setiap langkah menerusi komuniti, latihan dan pementoran yang kukuh. Buktinya ialah kejayaan lebih 350,000 ABO dalam AMWAY Malaysia, yang merupakan sebahagian daripada 3 juta populasi ABO di seluruh dunia. Asasnya begitu kukuh: sebuah syarikat milik keluarga, dengan produk yang unik, bahan dan formula berpaten, yang tidak pernah terlepas membayar bonus. Ini adalah lebih daripada sekadar peluang, ia adalah peluang untuk anda rebut.








Dedikasi Anda Diberi Ganjaran

Dari pemandangan Auckland yang indah hingga ke Paris yang romantis, dari Afrika yang mengujakan hingga ke Jepun yang penuh keanehan; AMWAY Malaysia telah membawa ABO ke seluruh dunia untuk menyelami budaya dan pengalaman baru di negara-negara yang eksotik dan indah ini sebagai sebahagian daripada program ganjarannya. Usaha keras sememangnya berbaloi. Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY dan insentif jualan yang lain memberikan anda ganjaran berupa pendapatan, lawatan, pengiktirafan dan banyak lagi, bukan sahaja kerana menjual produk tetapi juga kerana membantu meningkatkan tahap ABO yang anda taja.

• Bonus pencapaian bulanan antara 3% hingga 21% jumlah perniagaan anda bergantung kepada produktiviti anda;
• Bonus bulanan dan bonus kepimpinan tahunan, wang tunai dan insentif berdasarkan prestasi kumpulan;
• Tokok harga runcit ke atas barangan yang dijual kepada pelanggan.

Produk Cemerlang

Dari kosmetik ARTISTRY hingga ke suplemen pemakanan NUTRILITE, semua barangan telah diuji dengan teliti dan dipercayai di seluruh dunia. Ramai pengguna yang arif dengan kualiti dan kebolehpercayaan jenama AMWAY, dan model jualan langsung ini menawarkan penyelesaian yang diperibadikan bagi memenuhi keperluan pelanggan. Dengan lebih 25 kedai meliputi timur dan barat Malaysia, kehadiran AMWAY Malaysia yang teguh di negara ini meyakinkan ABO tentang hubungan yang teguh dan berjangka panjang ini.











Risiko Rendah, Kos Rendah

AMWAY Malaysia mencapai jualan melebihi RM1 bilion pada 2015, dan durian runtuh ini dikongsi bersama ABO. Terdapat banyak sebab untuk menjadi seorang ABO: risiko dan kosnya rendah; peluang memperoleh pendapatan tambahan terbentang; dan anda boleh mencapai kefleksibelan dan jaminan kewangan yang anda sentiasa idamkan. Nikmati manfaat bekerja dengan sebuah syarikat yang boleh diharapkan dan komunitinya yang kukuh yang boleh membantu anda mencapai matlamat. Mulakan perjalanan baru yang mengujakan, mulakan perusahaan anda sendiri.










Sokongan Perniagaan

Memulakan Tidak Pernah Semudah Ini!

Memulakan perniagaan AMWAY anda sendiri tidak perlu membebankan. AMWAY Malaysia menyediakan maklumat dan latihan untuk anda berjaya. Peluang latihan termasuk sumber dalam talian dan luar talian. Tidak perlu bimbang jika anda tidak mempunyai sebarang pengalaman berniaga, kami akan membantu anda membangunkan kemahiran yang anda perlukan untuk berjaya. Dari latihan yang mengkhusus pada produk hingga ke program pendidikan perniagaan dan latihan, anda mempunyai akses kepada sumber-sumber yang membantu anda membina perniagaan AMWAY yang berjaya.

Latihan

Adakah anda penuh dengan komitmen tetapi kurang pengetahuan? AMWAY Malaysia ada menyediakan sumber-sumbernya untuk mempercepatkan pertumbuhan anda. Pilih kursus dalam talian atau secara bersemuka, dan dapatkan program pembelajaran yang sesuai untuk anda. Dari Pusat Pengalaman Jenama yang canggih hingga ke Dewan Latihan yang moden dan lengkap dengan jurulatih berpengalaman, segala kemudahan ini terbuka kepada ABO demi menyokong keperluan mereka secara berkesan.

Sokongan

Kebebasan bukan bererti anda keseorangan. Di AMWAY Malaysia, anda boleh bergantung kepada khidmat pelanggan bertaraf dunia dan komuniti ABO yang kukuh lagi mesra untuk menjawab semua pertanyaan anda. Dengan kakitangan yang berdedikasi lebih 400 orang, komitmen AMWAY Malaysia kepada perkongsian ini termasuk menyokong ABO dalam setiap aspek bagi membantu mereka mencapai matlamat perniagaan dan impian mereka.

Berhubung

Sebagai seorang ABO, anda adalah sebahagian daripada jaringan kelompok rakan yang bercita-cita tinggi yang boleh menunjukkan anda jalan ke arah kejayaan. Dengan lebih 350,000 ABO dalam negara, anda berada dalam perniagaan ini untuk diri sendiri tetapi bukan secara sendirian.