Pematuhan Center

Prinsip dan Etiket Menggunakan Media Sosial

Orang suka menjalankan perniagaan dengan orang yang mereka kenali, suka dan percaya. Itu sememangnya lumrah dan kami percaya bahawa media sosial sangat mengujakan untuk industri jualan langsung dan untuk anda kerana kuasanya untuk membantu orang lain mengenali, menyukai dan mempercayai AMWAY dan ABOnya.

Media sosial boleh memberi manfaat kepada anda dan perniagaan AMWAY anda dalam beberapa cara, termasuk:

  • berhubung semula dengan rakan-rakan, rakan sekerja dan pelanggan.
  • mengukuhkan lagi hubungan-hubungan yang sedia ada
  • memberikan maklumat produk dan sokongan pelanggan tepat pada masanya.
  • memberikan inspirasi kepada orang untuk lebih mengetahui tentang peluang perniagaan


AMWAY komited menggunakan media sosial untuk meningkatkan kesedaran jenama, kecenderungan, niat membeli dan kesetiaan serta memacu pelanggan dan bakal ABO ke arah perniagaan ini. Kami mengajak anda untuk turut membuat komitmen iaitu untuk menggunakan media sosial dalam cara yang relevan, bertanggungjawab dan jujur. Untuk membantu anda melakukannya, kami telah menyediakan satu senarai prinsip dan etiket sebagai pedoman:

- Pastikan Ia Ringkas dan Positif
  Orang suka menjalankan perniagaan dengan orang yang positif. Berkongsi berita baik dan berusaha untuk memberikan kegembiraan kepada orang setiap hari. Sentiasa pastikan untuk mengelakkan pertelingkahan dan perbualan negatif yang lain. Anda lebih berkemungkinan mencapai keputusan yang positif melalui usaha media sosial anda apabila anda memastikannya kekal positif.
   
- Cari Gabungan yang Baik
  Orang tidak suka dihujani dengan mesej ‘sertai perniagaan saya’ dan ‘beli daripada saya’, mereka juga tidak suka lambakan mesej yang menerangkan butiran sulit kehidupan peribadi anda. Kekalkan keseimbangan perniagaan dan peribadi apabila menghantar mesej anda.
   
- Media Sosial Tidak Menggantikan Diri Anda yang Sebenar
  Jangan lupa untuk bertemu dengan orang dalam kehidupan sebenar anda juga! Jangan biarkan media sosial menggantikan hubungan secara berhadapan. Kepentingan perjumpaan peribadi dan panggilan telefon iaitu interaksi satu dengan satu, secara langsung adalah tidak ternilai.
   
- Elakkan Spam
  Menyediakan pautan ke laman web runcit peribadi anda di sidang perbincangan awam, forum atau tempat-tempat awam yang lain di Internet bukan sahaja suatu tindakan yang kurang bijak, ia juga bertentangan dengan Peraturan Tatacara & Tingkah Laku AMWAY berkenaan mencari pelanggan dan pengiklanan. Ia juga melanggar terma dan syarat laman web.
   
- Bersikap Jujur
  Bersikap jujur dan tepat sepanjang masa. Apa yang diperkatakan dalam talian biasanya kekal di sana dan boleh tersebar dengan pantas dan meluas melalui pautan atau penyalinan. Memperdaya orang lain atau membuat dakwaan palsu membahayakan reputasi anda dan AMWAY. Jika anda merancang untuk bercakap tentang perniagaan anda, bersikap terbuka tentang hakikat bahawa ia adalah perniagaan AMWAY.
   
- Relevan dan Boleh Dipercayai
  Jika anda mahu menjadi sumber maklumat yang dipercayai tentang topik bagi membantu membina perniagaan anda, gabungkan komen peribadi anda dengan kisah yang disertakan dengan nasihat, petua atau artikel yang bermakna yang orang lain akan beri perhatian. Pastikan untuk memberikan nasihat yang ringkas, bernas dan tepat yang membantu anda mengukuhkan kredibiliti anda dan memperoleh kepercayaan pembaca anda.
   
- Bersikap Menghormati
  Sentiasa ingat bahawa orang lain dalam talian adalah bebas untuk bercakap perkara yang benar kerana mereka telah mengalaminya. Cara terbaik untuk menukar persepsi seseorang ialah melalui tindakan, bukannya kata-kata. Tunjukkan kepada mereka bahawa ABO AMWAY adalah rakan, jiran dan ahli komuniti mereka melalui tindakan anda.
   
- Patuhi Peraturan Tatacara & Tingkah Laku AMWAY
  Peraturan Tatacara & Tingkah Laku dicipta untuk membantu anda mewakili perniagaan anda dan AMWAY, dalam gambaran yang sebaik mungkin. Pastikan anda menyedari dan mematuhi Peraturan Tatacara & Tingkah Laku untuk mendapatkan manfaat yang terbaik daripada usaha pemasaran dalam talian anda.

Berpegang terguh pada yang berikut akan membantu memastikan anda mematuhi Peraturan:
   
 
Imej dan Logo Jenama
  Mengguna logo AMWAY atau imej produk dalam kehadiran media sosial anda adalah tidak dibenarkan tanpa kebenaran daripada syarikat.
   
Menamakan Laman Anda: Pengunaan Cap Dagang dan Nama Dagang
  AMWAY tidak akan membenarkan penggunaan cap dagang dan nama dagangnya sebagai nama profil atau nama laman. Guna nama anda sendiri kerana orang lebih mengenali anda berbanding nama yang anda cipta.
   
Mencari Pelanggan atau ABO
 

Mencari pelanggan atau ABO dibenarkan hanya dalam persekitaran yang tertutup (iaitu hanya rakan atau pengikut anda boleh melihat mesej anda) dan tidak dibenarkan di tempat terbuka atau forum awam.

   
Tetapan Privasi
  Banyak tapak media sosial membenarkan anda menguruskan tetapan privasi anda untuk mengawal siapa yang boleh melihat foto, profil dan pengemaskinian anda serta siapa yang boleh mengikuti anda. AMWAY mengesyorkan anda menguruskan tetapan privasi anda agar hanya rakan, keluarga dan rakan sekerja anda sahaja boleh melihat pengemaskinian anda. Apabila menyertai forum terbuka di mana tetapan privasi tidak disediakan atau digunakan, mematuhi Peraturan Tatacara & Tingkah Laku akan membantu melindungi reputasi AMWAY dan anda.
   
Dakwaan Perniagaan dan Produk
  Dakwaan perniagaan dan produk mestilah tepat dan berasas. Adalah disyorkan bahawa hanya maklumat perniagaan dan produk yang diberikan oleh AMWAY digunakan. Kekal dengan fakta yang anda BOLEH katakan, bukan melampaui peraturan yang boleh menjejaskan perniagaan anda dan AMWAY sebagai syarikat.
   
Video
  Sebarang video yang dihasilkan oleh orang atau entiti selain AMWAY mesti disemak dan disahkan oleh AMWAY sebelum digunakan untuk perniagaan AMWAY anda dalam persekitaran media sosial.
   
- Mendapatkan Pelanggan
  Adalah penting untuk menawarkan produk AMWAY dalam cara yang betul. Anda seharusnya tidak menawarkan produk sebagai pengemaskinian status umum. Mendapatkan pelanggan mesti dilakukan dalam persekitaran yang tertutup untuk memastikan pematuhan peraturan pengiklanan AMWAY. Jika seseorang di media sosial bertanyakan bagaimana untuk membeli produk, hantarkan beliau mesej langsung agar anda boleh membuat susulan secara berkesan.
   
- Mendapatkan ABO
  Peluang Perniagaan AMWAY boleh membuat perbezaan dalam kehidupan insan. Tetapi apabila anda berkongsi dalam talian, adalah penting untuk berbuat demikian dengan cara yang betul agar tidak menyisih orang hubungan anda. Di sini ada beberapa petua untuk diingati sewaktu mencari prospek dalam talian:
   
 
1. Apabila anda bercakap tentang peluang perniagaan secara umum dalam talian, cari cara-cara untuk berkongsi tanpa menekankan hasrat menjual. Ingatlah, gambaran yang salah tentang pendapatan dan ganjaran adalah tidak dibenarkan. Elakkan mesej seperti “Perlukan wang tambahan? Anda boleh memperoleh RM5000 seminggu atau lebih dengan AMWAY. Izinkan saya menunjukkan anda satu sistem yang berkesan!”
   
2. Harus diingat bahawa ini adalah media ‘sosial’, dan orang tidak akan suka dihujani dengan mesej ‘sertai perniagaan ini’ sebagai pengemaskinian status anda.
   
3. Jika anda memilih untuk mendapatkan peluang perniagaan, ini mesti dilakukan dalam persekitaran yang tertutup, bermakna mereka yang boleh melihat mesej anda adalah rakan atau pengikut anda sahaja.
   
4. Jika seseorang bertanya tentang perniagaan anda di jaringan sosial, dan sesiapa sahaja boleh melihat konteks di mana anda membuat komen anda, anda boleh memberikan respons terhadap soalan tentang perniagaan anda jika anda berada dalam persekitaran yang tertutup.
   
5. Sesetengah tapak tidak selalu membenarkan orang untuk melihat konteks perbualan sepenuhnya. Dalam hal ini, adalah lebih baik anda menghantar mesej langsung atau e-mel kepada orang yang telah bertanyakan tentang perniagaan anda yang hanya orang itu sahaja boleh lihat. (Ini membantu melindungi anda daripada dianggap sebagai ‘spammer’ oleh mereka yang tidak memahami konteks mesej anda.)


Klik di sini untuk memuat turun PDF

 

Kami di Facebook!

AMWAY Malaysia secara rasmi berada di Facebook mulai23 September 2011

Anda kini boleh mengetahui berita terkini tentang AMWAY juga perkembangan, fakta menyeronokkan dan banyak petua produk. Jadilah peminat kami hari ini! ‘Like’ kami di Facebook.

Facebook hari ini adalah alat yang penting agar anda sentiasa berhubung dengan rakan dan prospek anda. Kami harap dengan penyertaan AMWAY Malaysia di Facebook, ia boleh menjadi satu saluran baru yang bergaya untuk anda mengembangkan perniagaan anda.

Kami mengalu-alukan semua komen dan maklum balas tetapi harap maklum bahawa halaman Facebook kami dibuka kepada semua dan dapat dilihat oleh dunia. Jadi berkongsilah komen dan maklum balas yang positif kerana anda adalah wakil AMWAY dan semua jenamanya.

Jumpa anda di FB!