Pematuhan Center

Polisi Toleransi Sifar

POLISI TOLERANSI SIFAR BERHUBUNG AKTIVITI ABO TANPA KEBENARAN DALAM PASARAN BELUM DIBUKA

PENTING! Pemilik perniagaan AMWAY (ABO) yang menimbang untuk mengembangkan perniagaan mereka di peringkat antarabangsa tidak boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan di pasaran belum dibuka oleh Amway. Penalti untuk aktiviti yang tidak dibenarkan serius boleh menjejaskan perniagaan semasa dan masa depan anda.


Peraturan 3.16 Toleransi Sifar menyatakan bahawa:
Ia merupakan pelanggaran Peraturan Tatacara & Tingkah Laku AMWAY atau Polisi Perniagaan AMWAY apabila seseorang ABO mengendalikan aktiviti-aktiviti ABO di pasaran di mana beliau tidak dibenarkan untuk mengendalikan perniagaan. Ia merupakan pelanggaran Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Polisi Perniagaan AMWAY untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti ABO di pasaran di mana AMWAY tidak menjalankan perniagaan. Aktiviti yang tidak sah sedemikian boleh menyebabkan penggantungan serta-merta hak-hak ABO tanpa menjejaskan sebarang hak dan remedi yang sebaliknya tersedia.


Amway pada masa ini dibuka di negara dan wilayah berikut.
Anguilla, Antigua, Argentina, Aruba, Australia, Austria, Azores, Bahama Islands, Barbados, Barbuda, Belgium, Bermuda, Bonaire, Botswana, Brazil, British Virgin Islands (includes Virgin Gorda, Tortola, Anegada, Jost Van Dyke, Peter Island), Brunei, Bulgaria, Caicos Islands, Canada, Cayman Islands (Grand Cayman, Cayman Brac, Little Cayman), Ceuta, Channel Islands (Guensey & Jersey), Chatham Islands, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Croatia, Curacao, Czech Republic, Denmark, Dominica, Dominican Republic, El Salvador, England, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Grenada, Grenadines, Guadeloupe, Guatemala, Guernsey, Guyana, Haiti, Hebrides Islands, Honduras, Hong Kong, Hungary, India, Indonesia, Ireland, Islas Baleares (Balearic Islands), Islas Canarias (Canary Islands), Isle of Man, Isle of Wight, Italy, Jamaica, Japan, Kazakhstan, Latvia, Lithuania, Macau, Madeira Islands, Malaysia, Martinique, Melilla, Mexico, Montserrat, Namibia, Netherlands, Nevis, New Zealand, Norway, Panama, Philippines, Poland, Portugal, Puerto Rico, Reunion, Romania, Russia, Saba, Shetland Islands, Singapore, Slovak Republic, Slovenia, South Africa, South Korea, Spain, St. Eustatius, St. Kitts (f.k.a. St. Christopher), St. Lucia, St. Maarten, St. Vincent, Sweden, Switzerland, Taiwan, Thailand, Tobago, Tortola, Trinidad, Turkey, Turks Island, Ukraine, United Kingdom (Northern Ireland, Scotland, Wales), United States, Uruguay, U.S. Virgin Islands, Venezuela, Vietnam.

 

Di bawah Polisi Toleransi Sifar, mengenai Amway yang pada masa ini dibuka di negara dan wilayah berikut. Sila rujuk senarai dari pautan ini: http://globalnews.amway.com/amway-profile

*Jualan langsung kini tidak dibenarkan di China. Sejak tahun 1998, Amway China telah beroperasi di bawah lesen khas yang membenarkan jualan melalui kedai-kedai dengan jurujual.


ABO digalakkan untuk menghubungi Amway bagi memastikan bahawa mereka mempunyai maklumat terkini mengenai prosedur bagi penajaan antarabangsa. Selain itu, ABO perlu menyedari dan mendukung undang-undang dan peraturan setiap pasaran, serta memahami dan peka terhadap adat resam sosial dan budaya.

 

NOTIS

AMWAY TELAH MENERIMA PAKAI POLISI TOLERANSI SIFAR YANG MELARANG SEBARANG AKTIVITI ABO DI
PASARAN YANG BELUM DIBUKA SECARA RASMI OLEH AMWAY


Amway mentakrifkan "aktiviti ABO" sebagai sebarang aktiviti yang direka untuk mempromosikan atau membina perniagaan Amway. Semua ABO dilarang daripada melawat negara pasaran baru bagi tujuan menarik minat satu atau lebih bakal ABO ke dalam perniagaan Amway. Amway tidak membenarkan mesyuarat diadakan (walaupun mesyuarat satu dengan satu) di mana-mana negara sebelum pengumuman tarikh pelancaran dan pelan pelancaran.

Pencarian prosek melalui laman web yang ditujukan kepada pasaran belum dibuka juga dianggap sebagai aktiviti ABO yang tidak wajar.

Ia adalah sangat tidak wajar dan melanggar "maksud tersirat" peraturan ini untuk melatih bukan ABO tentang Peluang Amway dan kemudian menggalakkan bakal ABO itu untuk kembali ke negara asalnya bagi tujuan menjana minat lebih awal.

Sekiranya Amway secara rasminya melancarkan pasaran baru, Amway akan mengumumkan pembukaan pasaran melalui komunikasi korporat rasmi. Komunikasi tersebut akan mengumumkan tarikh pelancaran, menunjukkan bentuk aktiviti pra-pelancaran yang dibenarkan dan maklumat lain yang penting untuk penyertaan ABO yang berjaya. Jika Amway belum membuka pasaran secara rasmi, tiada sebarang aktiviti ABO dibenarkan berhubung pasaran itu.

Sebarang sebutan di media berkenaan usaha perhubungan awam Amway atau notis undang-undang yang Amway perlu failkan di pasaran baru tidak boleh ditafsirkan sebagai pengumuman rasmi mengenai niat Amway untuk membuka pasaran baru.


AKTIVITI TIDAK DIBENARKAN PADA BILA-BILA MASA

Amway telah menerima pakai Polisi Toleransi Sifar untuk aktiviti yang tidak dibenarkan di pasaran belum dibuka. Di bawah adalah senarai tingkah laku/aktiviti yang akan tertakluk kepada Polisi Toleransi Sifar tidak kira sama ada aktiviti itu berlaku di pasaran yang belum dibuka atau di pasaran yang telah dilancarkan secara rasmi oleh Amway. Pihak perbadanan berhak untuk mengambil tindakan segera dan atau menolak penerimaan Permohonan di pasaran baru atau mengenakan sekatan yang lain ke atas mana-mana ABO sebaik sahaja ia menerima aduan yang disahkan.

1. ABO tidak boleh memancing ABO lain dari luar Barisan Penajaan atau Kumpulan Perseorangan mereka untuk mendaftar di bawah atau menyediakan prospek di pasaran baru. Berbuat demikian merupakan pelanggaran kontrak secara langsung antara Amway dan ABO, dan Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Prinsip Dagangan yang diguna pakai di pasaran ABO. Amway menggalakkan ABO untuk mengikuti barisan penajaan asal mereka apabila memohon untuk mendapatkan kebenaran di pasaran baru.
   
2. Pengimportan, penggunaan, atau penjualan mana-mana bahan maklumat, pita atau Bahan Sokongan Perniagaan lain yang dihasilkan secara persendirian (termasuk penggunaan laman web, e-mel dan iklan atau komunikasi secara elektronik yang lain ) berhubung dengan perniagaan Amway yang tidak dikaji semula sebelum ini oleh Amway untuk digunakan dalam satu/setiap pasaran tertentu adalah tidak dibenarkan. Kebenaran dalam satu pasaran bukan secara automatik dianggap sebagai kebenaran untuk digunakan dalam SEMUA dan terutamanya pasaran baru atau belum dibuka.
   
3. Pengimportan sebarang produk Amway ke dalam pasaran bagi apa-apa sebab termasuk jualan, demonstrasi, atau paparan adalah dilarang. Pengimportan produk dan bahan-bahan promosi tanpa lesen import, pendaftaran, dan pelabelan yang betul boleh menyabitkan ABO yang melanggar dan Amway dengan denda yang berat, hukuman penjara, dan perampasan bahan dan produk, dan menjejaskan reputasi dan nama baik yang berkaitan dengan tanda dagangan dan jenama Amway. Ia juga boleh menjejaskan secara serius keupayaan Amway untuk membuka pasaran pada masa akan datang, atau untuk menawarkan rangkaian penuh produk.
   
4. Mengiklankan untuk mendapatkan bakal ABO di pasaran baru dalam mana-mana format adalah dilarang di kedua-dua pasaran baru dan pasaran tempatan ABO. Ini termasuk risalah, papan buletin, penyalahgunaan kad perniagaan, penerbitan jadual mesyuarat dan mencari liputan media. ABO tidak boleh mengambil bahagian dalam "pencarian prospek secara membuta tuli" dengan menggunakan buku telefon, senarai keahlian persatuan profesional, dan lain-lain. Dalam apa jua keadaan, ABO tidak boleh menggunakan kaedah komunikasi massa seperti spam (e-mel yang tidak diminta), saluran niaga dagang televisyen atau rangkaian komputer untuk mengiklankan peluang Amway.
   
5. ABO tidak boleh menyatakan mahupun membayangkan bahawa mereka adalah kakitangan atau wakil Amway Corporation atau mana-mana syarikat gabungannya, dan mereka juga tidak boleh mengatakan bahawa mereka adalah wakil eksklusif Amway di mana-mana negara tertentu.
   
6. Tiada "pra-permohonan" yang dikeluarkan oleh ABO atau mana-mana dokumen yang serupa yang didapati meminta bakal ABO menyertai barisan penajaan tertentu dibenarkan. "Borang Pendahuluan Diri", yang digunakan hanya untuk kegunaan dalaman ABO untuk mengumpul maklumat mengenai bakal ABO, mestilah TIDAK digunakan sebagai "pra-permohonan" dan tidak mengikat secara sah. Borang pendahuluan diri itu tidak perlu ditandatangani oleh bakal ABO dan salinan tidak boleh ditinggalkan dengan prospek. Borang pendahuluan diri dan penggunaannya mestilah tidak sesekali meminta atau mewajibkan prospek dalam apa jua cara.
   
7. Bakal ABO yang menjadi pemastautin pasaran bukan Amway tidak harus dijemput ke sebarang majlis yang ditaja oleh ABO atau syarikat yang dianjurkan sama ada di pasaran Amway atau bukan Amway.
   
8. Menunjukkan Pelan Penjualan Amway, mengimport, menjual produk yang Amway hasilkan, atau edarkan di pasaran yang belum dibuka adalah tidak dibenarkan.


PENALTI UNTUK AKTIVITI TANPA KEBENARAN DI PASARAN BUKAN AMWAY

PENALTI BOLEH TERMASUK SEBARANG TINDAKAN YANG DIFIKIRKAN WAJAR OLEH AMWAY. TINDAKAN PEMBETULAN BOLEH TERDIRI DARIPADA MENDIDIK SEMULA KUMPULAN YANG BERSALAH DAN/ATAU, MENOLAK PENERIMAAN/ PEMPROSESAN PERMOHONAN DI PASARAN BARU, DAN/ATAU PENGGANTUNGAN HINGGA KE PENAMATAN PERNIAGAAN PELANGGAR. TINDAKAN PEMBETULAN MUNGKIN MEMBERI KESAN NEGATIF TERHADAP BONUS TAHUNAN PELANGGAR, ANUGERAH PENGIKTIRAFAN DAN GANJARAN LAIN SEPERTI GIP, ANUGERAH BUKAN WANG TUNAI DAN FAA.

1. Aduan mengenai aktiviti yang tidak wajar hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada kakitangan Jabatan Jualan yang berkenaan (Tatacara & Peraturan Perniagaan dan Hubungan Perniagaan ABO) untuk semakan dan pengendalian berdasarkan kes demi kes. Amway boleh, mengikut budi bicaranya, membuat susulan ke atas sebarang aktiviti yang dilaporkan untuk membuat penentuan akan ketepatan dan kelangsungannya.
   
2. Penalti boleh termasuk sebarang tindakan yang difikirkan sesuai oleh Amway sehingga dan termasuk menolak permohonan untuk pasaran baru, penggantungan atau penamatan. Amway boleh mengenakan sekatan ke atas ganjaran dan pengiktirafan yang diperoleh daripada aktiviti yang tidak dibenarkan di pasaran yang belum dibuka dan boleh melarang ABO yang bersalah daripada memasuki pasaran baru.
   
3. Sekiranya berlaku tindakan penamatan, hak rayuan seperti yang diberikan oleh Prosedur Penguatkuasaan dalam Peraturan Tatacara & Tingkah Laku, Prinsip Perdagangan atau polisi yang berkaitan dalam syarikat gabungan Amway boleh digunakan oleh ABO.
   
4. Platinum bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua ABO dalam organisasi mereka yang terlibat dalam pasaran antarabangsa memahami Peraturan ini. Adalah menjadi tanggungjawab setiap ABO untuk mematuhi Polisi ini.
   
5. Pesalah mungkin dikehendaki untuk memberikan Amway senarai mel, lengkap dengan nama dan alamat, semua orang yang dicari/dihubungi oleh beliau sebagai bakal ABO hasil daripada aktiviti yang tidak dibenarkan.