Sokongan Pengguna

Keselamatan Laman Web

Menetapkan Semula Kata Laluan Anda

Di AMWAY, privasi dan keselamatan pelanggan amatlah penting. Kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa polisi kami mendukung keselamatan maklumat akaun dalam talian anda.

Sebagai amalan terbaik, AMWAY menggesa anda mewujudkan kata laluan yang kukuh dan unik untuk akaun AMWAY anda dan menukar kata laluan anda setiap 30 hingga 90 hari. Anda boleh menukar kata laluan anda di bawah “Tetapan Akaun” di Akaun Saya.

Jika anda terlupa kata laluan anda, anda boleh menetapkannya semula dari bahagian Log masuk. Anda perlu menentusahkan identiti anda dengan Nama Pengguna atau nombor ABO AMWAY dan tarikh lahir anda. Pilih cara anda mahu menerima Kata Laluan Satu Kali (OTP) ini. Masukkan OTP yang anda telah terima. Selepas pengesahsahihan OTP, anda boleh menetapkan semula kata laluan anda.

Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami.

Menukar Nama Pengguna Anda

Di AMWAY, privasi dan keselamatan pelanggan amatlah penting. Kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa polisi kami mendukung keselamatan maklumat akaun atas talian anda.

Anda mencipta Nama Pengguna anda ketika log masuk kali pertama ke laman tersebut. Nama Pengguna anda mesti antara 6-20 aksara dan mengandungi sekurang-kurangnya satu abjad. Nama Pengguna anda digunakan untuk log masuk dan bukannya Nombor ADA anda.

Anda boleh menukar Nama Pengguna anda di bawah “Tetapan Akaun” di Akaun Saya.

Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami.