FAQ

Pemilikan ABO & Organisasi

Bolehkah saya serahkan pemberitahuan untuk meneruskan pemilikan ABO saya dalam talian?

Ya, anda boleh serahkan Niat untuk Meneruskan merangkap Langganan AMAGRAM (ITCCAS) dalam talian menerusi amway.my. Untuk berbuat demikian, sila ke:

i. "Perniagaan Saya" di Pusat Perniagaan.
ii. Pilih "Penyerahan Dalam Talian Niat untuk Meneruskan merangkap Langganan AMAGRAM" serta klik pada penyerahan individu.
iii. Pilih mod pembayaran:
 
a) Untuk Amway Malaysia
  - Kad Kredit (tertakluk kepada kad kredit telah dipradaftarkan di AMWAY)
  - e-perbankan FPX
  - e-perbankan Public Bank
  - e-perbankan Maybank2u
   
b) Untuk Amway Brunei
  Kad Bank Baiduri (tertakluk kepada kad kredit telah dipradaftarkan di AMWAY)


PENTING!
Penyerahan yang berjaya bukan bermakna penerimaan ITCCAS. Pengesahan bergantung kepada penerimaan bayaran dan penerimaan ITCCAS.

Anda dinasihatkan agar memperbaharui pemilikan ABO satu bulan sebelum tarikh luput untuk mengelakkan gangguan kepada perniagaan anda.

Bolehkah bukan warganegara atau bukan pemastautin mendaftarkan diri sebagai Pemilik Perniagaan AMWAY (ABO) di Malaysia?

Sebelum seorang bukan warganegara / bukan pemastautin mendaftarkan diri sebagai ABO, beliau mesti mematuhi prosedur berikut:

i. Memperoleh permit masuk yang diperlukan daripada pihak berkuasa imigresen untuk memasuki Malaysia.
ii. ​​Memperoleh kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan.
iii. Mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan supaya dibenarkan menjalankan perniagaan di Malaysia.


Perhatian: Satu salinan pendaftaran yang sah mesti dihantar kepada AMWAY.

Sila ambil perhatian bahawa AMWAY berhak menerima atau menolak permohonan tersebut.

Bagaimanakah saya boleh menjadi seorang Pemilik Perniagaan AMWAY (ABO)?

Untuk menjadi seorang ABO, anda perlu ditaja oleh seorang ABO yang sah dan membeli Kit Perniagaan. Jika anda tidak mengenali mana-mana ABO yang ada, anda boleh e-mel kami (mysales@amway.com) untuk saranan.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan butiran Barisan Penajaan (LOS) ABO bawahan saya?

Anda boleh melihat LOS di Pusat Perniagaan dan klik pada Lihat LOS/Hubungan Saya.

Bagaimanakah saya boleh melakukan penajaan Antarabangsa?

Sebagai Penaja Antarabangsa, anda hanya perlu menerangkan Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY yang asas kepada prospek dan menasihati beliau supaya menghubungi pejabat AMWAY tempatan di negara mereka untuk penugasan Penaja Angkat. Sesudah prospek anda menghubunginya, pejabat AMWAY tempatan akan menugaskan seorang Penaja Angkat yang tinggal berdekatan lokasi prospek anda untuk menerangkan dengan lebih lanjut pelan itu seperti yang diguna pakai di negara berkenaan. Secara alternatif, anda boleh rujuk kepada ABO atasan Zamrud atau Intan anda untuk saranan Penaja Angkat di negara masing-masing.

Sila pastikan butiran anda yang berikut diberikan kepada prospek anda untuk diisi dalam Borang Permohonan SA88 sebagai Penaja Antarabangsa ketika mendaftar:

i. Nama anda seperti dalam Borang Permohonan SA88
ii. ​​No. ADA anda
iii. Alamat anda

Bagaimanakah saya hendak membeli produk AMWAY sebagai seorang pelanggan?

Produk AMWAY dijual oleh ABO yang sah. Jika anda tidak mengenali mana-mana ABO yang ada, anda boleh e-mel kami (mysales@amway.com) untuk saranan.