FAQ

Garis Panduan e-Pembayaran

Apakah jenis pembayaran yang disokong oleh laman web ini?

Laman web ini menyokong pembayaran dalam talian FPX (Pertukaran Pemprosesan Kewangan) serta kad kredit dan debit dengan logo MasterCard atau Visa.

Apakah jenis kad yang boleh digunakan untuk pembayaran dalam talian?

Sebarang kad kredit atau debit dengan logo MasterCard atau Visa.

Apa itu kad kredit ditokenkan?

Proses token merujuk kepada proses yang selamat pendaftaran butiran kad dengan pembekal perkhidmatan bebas untuk pembayaran masa hadapan. Proses token dibuat sekali sahaja dan penyulitan akan berlaku iaitu nombor kad kredit ditukar kepada serangkai nombor rawak berganti.

Jika ABO memilih untuk menyimpan kad yang ditokenkan, sila pastikan maklumat kad ditokenkan dan disimpan dengan selamat. ABO boleh memberikan nama yang unik kepada setiap kad yang ditokenkan untuk mudah dikenali. Kad yang ditokenkan akan tersedia secara automatik untuk pembelian anda yang berikutnya. ABO tidak perlu memasukkan semula semua maklumat kad seperti nama pemegang kad, nombor kad 16 digit, tarikh luput, dsbnya. Cuma pilih kad anda untuk membuat pembayaran dan anda sudah bersedia!

Berapa banyak kad yang dibenarkan untuk proses token?

ABO boleh mentokenkan berbilang kad kredit/debit mengikut pilihan mereka. Satu-satunya prasyarat ialah kad debit atau kredit mesti mempunyai sama ada logo MasterCard atau Visa.

Bolehkah proses token digunakan untuk semua transaksi?

Ya, boleh. Proses token adalah cara yang selamat dan mudah untuk membuat pembayaran dalam talian.

Apa itu FPX?

FPX (Pertukaran Pemprosesan Kewangan) ialah kaedah pembayaran dalam talian yang menggunakan akaun perbankan internet peribadi anda. Ia ditadbir oleh MyClear, anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia. Waktu operasi bagi perkhidmatan FPX ialah 24 jam sehari, bergantung kepada ketersediaan perkhimatan perbankan internet di bank-bank yang mengambil bahagian.

Bank yang mengambil bahagian dalam FPX buat masa ini ialah Affin, Alliance, Ambank, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat, CIMB, Deutsche Bank, Hong Leong, HSBC, Kuwait Finance House, Maybank, OCBC, Public Bank, RHB, Standard Chartered dan UOB.

(Senarai bank yang mengambil bahagian dalam FPX adalah tertakluk kepada perubahan dan boleh didapati di www.myclear.org.my/fpx/banks-tpa.html)

Mengapa AMWAY menggunakan FPX dan bukannya JomPay?

FPX dipilih kerana ciri-ciri yang menyokong keperluan perniagaan AMWAY.

Sebagai ABO yang membuat pesanan, saya ingin menurunkan jumlah pesanan kepada ABO saya dan menggunakan kadnya untuk membuat pembayaran. Adakah ini boleh dilakukan?

Anda diingatkan supaya tidak mendedahkan sebarang butiran kad kredit bagi mengelak sebarang risiko pembelian tanpa kebenaran.

Saya ingin membuat pesanan ambil sendiri dalam talian dan menurunkannya kepada ABO bawahan saya. Walau bagaimanapun, pembayaran kad kredit perlu dibuat oleh ABO jumlah saya. ABO jumlah saya akan ke kedai dan membayar dengan kad kreditnya. Adakah ini boleh dilakukan?

Tidak boleh. Pesanan ambil sendiri dalam talian tidak lagi wujud.

Kini pembayaran dalam talian boleh mendebitkan Visa/Masterkad saya dengan serta-merta dan saya tidak lagi perlu mengemukakan Visa/MasterCard saya di kaunter, bolehkah saya menghantar wakil untuk mengambil produk bagi pihak saya?

Anda boleh menyimpan beberapa alamat penghantaran di profil dalam talian anda. Produk yang dipesan secara dalam talian akan dihantar ke alamat penghantaran yang dipilih. Sila ambil perhatian bahawa pesanan ambil sendiri dalam talian tidak lagi wujud.

Saya telah menyerahkan pesanan penghantaran saya dan membuat pembayaran dalam talian. Bolehkah saya memohon untuk menukar kepada kaedah pembayaran lain?

Sebaik sahaja pesanan diserahkan dan transaksi Visa/MasterCard berjaya, jumlah pesanan akan didebitkan dengan serta-merta daripada akaun kad anda. Tiada perubahan selanjutnya boleh dibuat.

Mengapa saya tidak dimaklumkan dengan serta-merta selepas membuat pembayaran dalam talian untuk pesanan ZIPP?

Oleh sebab sekatan yang dikenakan oleh bank-bank di Malaysia, pembayaran pesanan ZIPP akan diproses secara manual oleh AMWAY dan anda akan dimaklumkan mengenai transaksi yang berjaya pada keesokan harinya.

Begitu juga, dalam kes kebenaran mana-mana kad kredit gagal untuk membayar pesanan ZIPP anda, AMWAY akan menghubungi anda pada keesokan harinya.

Bolehkah saya menggunakan sistem pembayaran dalam talian untuk membuat pesanan EPP?

Ya, boleh. Untuk pembayaran EPP berikutnya, kad yang ditokenkan diperlukan untuk membuat pesanan EPP sama ada di kedai atau melalui pesanan dalam talian.

i. Pesanan Dalam Talian
 
Langkah 1: Log masuk ke www.amway.my dan cari pesanan anda dalam bahagian “Akaun Saya” di bawah “Sejarah Pesanan” .
Langkah 2: Di halaman Butiran Pesanan, klik pada “Edit Jenis Pembayaran” untuk menukar kaedah pembayaran.
Langkah 3: Klik pada “Buat Pembayaran Sekarang” untuk membuat pembayaran kepada pesanan ini. Kad anda akan ditokenkan.
   
ii. Pesanan Luar Talian
  Kad akan ditokenkan apabila pesanan EPP dibuat di kedai AMWAY.

Saya telah mentokenkan Visa/MasterCard saya dengan AMWAY beberapa bulan lalu. Saya tidak mahu lagi menggunakan kad yang ditokenkan ini untuk pesanan saya. Bolehkah saya memilih transaksi kad kredit biasa yang tersimpan untuk penghantaran pesanan saya?

Sistem pembayaran dalam talian AMWAY berupaya menyokong berbilang kad yang ditokenkan untuk pembayaran masa hadapan. Ia akan memudahkan proses pembayaran anda, menjimatkan masa dan transaksi yang selamat.

Saya telah membuat pesanan dalam talian dan berjaya mengecaj Visa/Mastercard saya. Disebabkan suatu kesilapan, saya ingin membatalkan pesanan itu. Adakah ini boleh dilakukan?

Ia tidak boleh dilakukan kerana Visa/MasterCard anda telah pun didebitkan dan jumlah pesanan telah dimuktamadkan. Tiada perubahan boleh dibuat untuk membalikkan pembayaran. Jika terdapat kesilapan pada produk yang anda telah pesan dan anda ingin membatalkannya, anda boleh terus memulangkan produk berkenaan di mana-mana kedai AMWAY atau Product Pavilion.

Saya telah membuat pesanan penghantaran dalam talian tetapi tidak dapat mencari cek waktu terima (COD) untuk pembayaran pesanan saya. Di manakah silapnya?

Pembayaran cek telah dihentikan untuk memastikan PV/BV setelah pesanan disempurnakan berserta pembayaran penuh diterima. Pemberhentian cek adalah sejajar dengan dasar Bank Negara dalam pertukaran kaedah pembayaran daripada tunai dan cek kepada pembayaran elektronik.

Sebelum ini saya telah mendaftarkan kad kredit saya dengan syarikat (kad kredit yang tersimpan), adakah saya mesti menggunakan kad yang sama untuk sistem pembayaran dalam talian?

Tidak semestinya. Anda boleh menggunakan mana-mana kad kredit MasterCard/Visa yang sah untuk pesanan anda.

EPP saya sebelum ini telah pun diluluskan sebelum Mei 2017 dan saya telah memilih cek waktu terima bagi pembayaran pesanan saya. Bolehkah saya membayar EPP saya menggunakan cek untuk ansuran sedia ada saya selepas Mei 2017?

Ya, kami akan menyokong pembayaran cek sedia ada semasa tempoh peralihan atau bagi cek tunda yang telah dikutip sebelum Mei 2017. Walau bagaimanapun, pembayaran cek tidak lagi diterima untuk pesanan EPP selepas Mei 2017. Pembayaran EPP boleh dilakukan melalui kad debit/kredit MasterCard/Visa dari Mei 2017 dan seterusnya.

Saya telah berjaya membuat pembayaran dengan kad dan menyempurnakan pesanan dalam talian saya. Bolehkah saya bertukar kepada e-perbankan atau kaedah pembayaran lain?

Tidak boleh. Anda tidak boleh bertukar kepada kaedah pembayaran lain jika anda telah berjaya melakukan transaksi pembayaran kad anda. Sebaik sahaja pembayaran dibuat, sistem akan serta-merta mendebitkan jumlah daripada akaun bank anda secara automatik.

Sebaik sahaja melengkapkan pesanan saya, saya memilih kad kredit untuk pembayaran dan transaksi tersebut gagal. Adakah pesanan saya akan diterima?

Pesanan hanya akan disempurnakan sebaik sahaja pembayaran berjaya dibuat. Kemungkinan sebab-sebab transaksi gagal termasuk:

a. Butiran kad tidak sah
b. Melebihi had kredit (sila semak dengan bank anda) ​
c. Sila pastikan kad anda mempunyai logo MasterCard atau Visa.

Untuk pesanan dalam talian, bolehkah saya membayar sebahagian daripada jumlah dengan MasterCard/Visa dan bakinya pula dengan kaedah pembayaran lain?

Tidak boleh. Sama seperti dalam talian atau e-perbankan, jumlah keseluruhan pesanan akan dipaparkan. Ia adalah jumlah keseluruhan pesanan (selepas menolak baucar kredit, jika ada).

Apakah jenis kemudahan pembayaran yang disokong melalui pembayaran dalam talian?

- Pendaftaran
- ITCCAS (pembaharuan)​
-

Pesanan dalam talian

Bagaimana saya hendak membayar untuk acara dan bengkel saya yang telah daftar dalam talian?

Anda boleh meneruskan pembayaran untuk acara dan bengkel anda di kaunter RDC atau Product Pavilion.

Saya tidak menerima (OTP) PIN Guna Sekali Sahaja (kod yang diluluskan oleh bank) semasa melakukan transaksi kad dalam talian. Mengapa?

Sila semak dengan bank anda. Anda mungkin telah mendaftarkan pasangan anda atau nombor telefon bimbit alternatif untuk OTP (PIN guna sekali sahaja). Kod yang diluluskan oleh bank anda (OTP) mungkin tidak sampai kepada anda jika anda tidak menyelaraskan atau memberikan nombor telefon bimbit yang betul.

Selepas memilih membayar melalui get laluan pembayaran dalam talian, skrin komputer saya tidak berubah dan saya tidak dihalakan ke laman lain untuk pembayaran. Apa yang berlaku?

Sila periksa tetapan komputer/telefon pintar anda. Anda mungkin TIDAK mematikan penghalang TETINGKAP TIMBUL. Sila pastikan penghalang tetingkap timbul komputer/telefon pintar anda DIMATIKAN sebelum meneruskan pesanan atau pembayaran dalam talian anda. Sementara itu, anda mungkin akan menerima pemberitahuan SMS yang pembayaran anda gagal.

Penting: Selepas memilih untuk membayar melalui get laluan pembayaran dalam talian, tetingkap transaksi kad sepatutnya akan timbul dan meminta butiran kad anda. Jika ini tidak berlaku, bermakna pembayaran anda TIDAK berjaya.

Bolehkah kefungsian kad kredit tersimpan dikembalikan?

Kefungsian kad kredit tersimpan telah dihentikan untuk semua pesanan kecuali pesanan ZIPP.

i. ​Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA), AMWAY tidak akan menyimpan lagi butiran kad kredit ABO.
ii. Sistem pembayaran dalam talian sedia ada membenarkan transaksi kad dengan serta-merta. Dalam hal itu, anda boleh mengetahui sama ada transaksi kad anda berjaya dan oleh itu, boleh mengaturkan alternatif untuk pesanan penghantaran anda.
iii.

Sistem pembayaran dalam talian membenarkan kefleksibelan untuk menggunakan mana-mana kad MasterCard/Visa yang sah manakala kad kredit tersimpan adalah terhad hanya kepada kad yang didaftarkan.

Siapakah yang patut saya hubungi jika terdapat kegagalan sistem semasa transaksi pembayaran?

Anda sepatutnya menerima SMS yang memaklumkan sebarang kegagalan pembayaran. Jika sebarang bantuan diperlukan, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan AMWAY di 03-79462800.

Terlalu banyak butiran yang perlu dimasukkan ke dalam tetingkap timbul get laluan pembayaran dalam talian.

Adalah perlu memasukkan 16 digit dan butiran-butiran wajib lain kad untuk transaksi yang berjaya. Untuk tujuan keselamatan, anda dikehendaki untuk memasukkan nombor CVV (nombor 3-digit yang tercetak pada panel tandatangan di belakang kad kredit/debit anda) dan kod OTP (PIN guna sekali sahaja) untuk melengkapkan transaksi.

Anda boleh juga memiilih untuk menyimpan atau mentokenkan kad kredit anda untuk pembelian masa hadapan tanpa perlu mengisi semula semua maklumat wajib di atas.