NUTRILITE Salmon Omega Complex
Nutrilite Salmon Omega Complex adalah cara yang mudah untuk mendapatkan asid lemak omega-3. Dirumus berasaskan bahan-bahan berkualiti, Nutrilite Salmon Omega Complex digunakan sebagai suplemen kesihatan untuk kesihatan optimum.
NUTRILITE SALMON OMEGA COMPLEX - SUPLEMEN SEMULA JADI ANDA YANG BERKUALITI TINGGI
Nutrilite Salmon Omega Complex diperbuat daripada salmon yang diperoleh dari kawasan menangkap ikan yang mampan, bersama campuran ikan bilis dan sardin. Bahan-bahan ini dipilih secara khusus dan mengandungi asid lemak EPA dan DHA yang tinggi serta memberi manfaat kepada kesihatan. Satu gel lembut Nutrilite Salmon Omega Complex megandungi 193.51mg EPA dan 137.42mg DHA, yang membekalkan 330.93mg asid lemak omega-3 untuk tubuh anda. Ia juga mengandungi 30 IU d-alfa tokoferol, antioksidan semula jadi untuk menghalang minyak ikan daripada berubah menjadi tengik. Anda boleh yakin dengan kualiti Nutrilite Salmon Omega Complex kerana penyulingan molekul digunakan berulang kali untuk memekatkan asid lemak omega-3 di dalam minyak ikan bagi memastikan ketulenannya.
NUTRILITE SALMON OMEGA COMPLEX
Salmon dikenali sebagai salah satu sumber terbaik asid lemak omega-3, yang penting dalam membantu mengekalkan kesihatan anda secara keseluruhan.
Cara Mengguna
Dewasa ambil satu gel lembut sehari selepas makan.
Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Gel lembut Salmon Omega Complex diperbuat daripada gelatin lembu yang boleh dimakan yang disahkan Halal.
  • Ikut dos yang disyorkan.
  • Mereka yang didapati mempunyai gangguan pendarahan mungkin mengalami masa pendarahan yang meningkat bila mengguna dos tinggi NUTRILITE Salmon Omega Complex.
  • Tidak disyorkan untuk kanak-kanak atau individu yang mengambil bahan antigumpal.
  • Wanita hamil dan menyusukan bayi harus mendapatkan nasihat doktor sebelum mengguna.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Pastikan penutupnya diketatkan. Simpan di dalam peti sejuk selepas dibuka atau simpan di tempat kering di bawah 30°C.
    Tarikh Pengeluaran/Luput
    Tarikh luput dicetak pada bungkusan produk.
    Bilangan
    60 gel lembut atau 120 gel lembut
    Bahan-bahan
    Minyak Salmon, minyak ikan, d-alfa tokoferol, gliserin, gelatin (daripada lembu), minyak soya.
    Catatan Kesihatan
    Tiada pewarna tiruan, perisa atau pengawet yang ditambah.

    Klik untuk membaca mengapa kami adalah jenama terkemuka:
    https://www.euromonitor.com/amway-claims