INILAH AIR ESPRING
eSpring Prapenuras Berlisu
Kartrij eSpring mempunyai penuras luar boleh tanggal dipanggil Pra Penuras Berlisu, dibangunkan untuk melindunginya daripada tersumbat terlalu awal. Penyumbatan boleh berlaku disebabkan oleh jumlah mendapan yang tinggi atau kekeruhan di dalam air paip. Apabila anda membuka paip, air akan disalurkan ke sistem. Air melalui Pra Penuras Berlisu tanpa tenun polipropilena, menyingkirkan partikel yang lebih besar seperti mendapan dan kekeruhan turun sehingga bersaiz 1 mikron. Adalah disyorkan bahawa Pra Penuras Berlisu eSpring diganti sekali setahun atau sekali setiap 5,000 liter air.
CIRI ESPRING PRAPENURAS BERLISU
Reka bentuk Pra Penuras Berlisu eSpring yang unik membolehkan penyingkiran mendapan hingga bersaiz 1 mikron. Pra penuras berlisu ini diperbuat daripada bahan polipropilena.
MANFAAT ESPRING PRAPENURAS BERLISU
Pra Penuras Berlisu eSpring meliputi permukaan yang lebih besar. Oleh itu, lebih berkesan dalam mengurangkan mendapan di dalam air paip. Pra Penuras Berlisu eSpring juga membantu mencegah Kartrij tersumbat terlalu awal.
PRODUK YANG MEMENANGI ANUGERAH
Sistem Rawatan Air eSpring menerima berbagai anugerah seperti Syarikat Penurasan Air Pilihan Frost & Sullivan bagi Asia Pasifik sejak 2010, Anugerah Emas bagi Jenama yang Paling Dipercayai Reader's Digest di Malaysia dan Asia sejak 2005. Sistem Rawatan Air eSpring diperakui oleh NSF International (NSF / ANSI Standard 42、53、55、401、P473 dan P477) dan memperoleh Mohor Emas daripada Persatuan Kualiti Air. Sistem Rawatan Air eSpring adalah jenama sistem rawatan air di rumah No. 1 dunia dari segi jualan.* *Berdasarkan kajian Verify Markets ke atas jualan global 2018.
Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Penggunaan semula Prapenuras tidak digalakkan oleh sebab kesulitan mencuci biolendir yang terkumpul.
  • Proses pencucian juga boleh merosakkan Prapenuras, menyebabkan Kartrij tersumbat.
  • AIR DIMINERALKAN LAGI TULEN

    Dapatkan air yang lebih bersih, lebih selamat dan lebih enak rasanya terus dari paip.