Nutrilite CH Balance
Menjalani kehidupan yang sihat dan membuat pilihan yang betul dari segi makanan tidak semudah yang disangka. Jangan risau, kerana CH Balance Nutrilite™ boleh membantu anda mengekalkan atau meningkatkan kesejahteraan umum anda!
KEKALKAN TAHAP KOLESTEROL YANG SIHAT
Setiap gel lembut CH Balance Nutrilite™ mengandungi 197.5mg ekstrak teh hijau yang distandardkan, yang diperoleh melalui proses pengekstrakan yang dipatenkan. Nutrilite CH Balance diperbuat daripada ekstrak teh yang disumberkan secara semula jadi yang akan membantu mengekalkan kesihatan yang baik. Hanya dua biji gel lembut sehari menyediakan sebatian teh bermanfaat yang membantu mengekalkan kesejahteraan umum. CH Balance Nutrilite™ tidak mengandungi sebarang pewarna tambahan, bahan pengawet atau perisa tiruan.
KOMPONEN BERMANFAAT UNTUK KESIHATAN JANTUNG
Terdapat polifenol teh hijau, katekin dan theaflavin dalam Nutrilite CH Balance.
Cara Mengguna
Orang dewasa: Ambil dua biji gel lembut, sekali sehari dengan makanan.
Nasihat/Langkah Keselamatan
Ini adalah ubat tradisional. Ikut arahan penggunaan yang disyorkan. Sila hubungi ahli farmasi/doktor anda sebelum mengambil produk ini. Kontraindikasi bagi wanita hamil. Data yang boleh dipercayai tentang wanita menyusui adalah tidak mencukupi. Jauhkan daripada kanak-kanak.
Penyimpanan
Tutup penutup dengan ketat dan simpan di tempat kering. Simpan di bawah suhu 30⁰C. Lindungi daripada cahaya dan lembapan.
Tarikh Pengeluaran/Luput
Tarikh luput dicetak pada bungkusan produk.
Bilangan
60 gel lembut
Bahan-bahan
Minyak kacang soya, ekstrak teh, gelatin (daripada daging lembu), sorbitol, gliserin, lesitin, lilin lebah kuning, pewarna annatto, pewarna karamel, tokoferol campuran.
Catatan Kesihatan
Tiada pewarna tiruan, perisa atau pengawet yang ditambah.

Klik untuk membaca mengapa kami adalah jenama terkemuka:
https://www.euromonitor.com/amway-claims