Nutrilite CB Plus adalah produk semula jadi yang digunakan secara tradisional untuk menyokong kesejahteraan umum. Ia menyokong gaya hidup yang sihat dengan membekalkan khasiat yang diperlukan oleh tubuh. Orang dewasa boleh mengambil satu hingga tiga tablet CB Plus dengan sajian yang mengandungi kanji, yang merupakan cara yang mudah untuk memanfaatkan sepenuhnya produk ini untuk diet harian yang sihat.
PRODUK TRADISIONAL SEMULA JADI ANDA YANG BERKUALITI TINGGI
Satu tablet Nutrilite CB Plus membekalkan 167mg phaseolus vulgaris (ekstrak kacang ginjal) dan 100mg glisin maks daripada ekstrak kacang soya. Dirumus secara saintifik dengan pekatan pasli, Nutrilite CB Plus tidak mengandungi pewarna, perisa atau pengawet tiruan.
MENYOKONG KESEJAHTERAAN ANDA DENGAN NUTRILITE CB PLUS
Setiap tablet Nutrilite CB Plus menyediakan adunan nutrien yang sangat diperlukan untuk kesejahteraan umum. Ia mengandungi sebatian tumbuhan fitonutrien untuk manfaat pemakanan tambahan. Menambah CB Plus kepada rutin harian anda adalah cara yang mudah untuk mengekalkan diet yang sihat.
Cara Mengguna
Dewasa: ambil satu hingga tiga tablet bersama dengan sajian yang mengandungi karbohidrat. Jangan telan lebih daripada sembilan tablet sehari.
Nasihat/Langkah Keselamatan
Wanita hamil atau menyusukan bayi harus meminta nasihat doktor sebelum menggunakan produk ini.
Ini adalah persediaan tradisional. Jika simptom berterusan, sila jumpa doktor.
Jauhkan daripada kanak-kanak.
Penyimpanan
Tutup penutup dengan ketat dan simpan di tempat kering. Simpan di bawah suhu 30⁰C. Lindungi daripada cahaya dan lembapan.