Hasil profesional di rumah
ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE Pengelupas Memperbaharui
Dengan enzim cendawan cemerlang, Renewing Peel ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE memberikan alternatif semula jadi yang selamat kepada pengelupas kimia. Dalam masa lapan minit sehari, dua kali seminggu, anda boleh mengelupaskan kekusaman, kekasaran dan kekeringan untuk menyerlahkan kulit yang bersih, sekata, selembut sutera, licin dan tampak lebih muda.
KULIT YANG LEBIH SIHAT, LEBIH SEGAR DAN LEBIH LEMBUT DALAM HANYA 3 LANGKAH
Proses memperbaharui kulit semula jadi ini menggalakkan kulit yang lebih sihat, lebih segar dan lebih lembut melalui formula 3 langkah: Menanggalkan Sel-sel Kulit Mati - enzim cendawan dipatenkan yang unik melarutkan perekat yang memegang sel-sel kulit mati bersama-sama untuk meniru proses pengelupasan semula jadi kulit sendiri. Menguatkan Lapisan Pelindung - menggunakan campuran minyak Biji Chia dari ladang Nutrilite dan liposom perintang terdiri daripada bahan-bahan yang menenangkan, lembapan semula jadi kulit dipertingkatkan, mengurangkan kekeringan dan kerengsaan kulit. Memperbaiki Tekstur Kulit - lLembapan ditarik ke dalam kulit dengan campuran humektan dan emolien. Renewing Peel ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE telah diuji dari segi alahan dan dermatologi. Sesuai untuk semua jenis kulit.
MEMBERIKAN MANFAAT YANG SAMA SEPERTI PENGELUPAS PROFESIONAL
Renewing Peel ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE ini memberikan manfaat yang sama dengan pengelupas profesional, di dalam keselesaan rumah anda sendiri, melalui formula tiga fasa yang merangkumi fasa cendawan, fasa pembaikan perintang lembapan dan fasa perapian. Mengandungi enzim cendawan semula jadi yang menembusi lapisan permukaan kulit anda, Renewing Peel ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE menyesuaikan dengan pH semula jadi anda. Tidak seperti pengelupas kimia, proses peneutralan sendiri ini tidak mengelupaskan sel-sel hidup. Renewing Peel ini didorong oleh enzim cendawan berpaten yang selamat, lembut dan semula jadi yang menyerlahkan lapisan kulit baru dalam hanya satu rawatan selama lapan minit.
MENGELUPAS DAN MELINDUNGI KULIT
Renewing Peel ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE mengelupaskan lapisan luar kulit anda, menyingkirkan hanya sel-sel mati. Ia membantu produk penjagaan kulit yang lain untuk bertindak dengan lebih berkesan. Antioksidan dalam formulanya menyumbang dalam melindungi kulit anda daripada penyerang persekitaran. Bersedia untuk melihat penambahbaikan selepas hanya satu penggunaan!
MENGHILANGKAN KOTORAN DAN MENGECILKAN SAIZ LIANG
Bagaimanakah anda menyembunyikan liang-liang anda? Jika apa yang biasanya anda lakukan adalah menutupinya dengan mekap, tibalah masanya untuk mempertimbangkan regimen penjagaan kulit yang berbeza. Terdapat lebih daripada satu kemungkinan untuk mengurangkan saiz liang anda tetapi perkara yang paling penting yang perlu diingat adalah untuk mengelupas. Lakukan pengelupasan kulit anda dengan pengelupas memperbaharui dari ARTISTRY dua hingga tiga kali seminggu akan membantu membuang segala kekotoran dan mengurangkan saiz liang.
Cara Mengguna
  • Bersihkan wajah dengan pembersih bukan sabun. Untuk hasil yang optimum, bersihkan muka dengan pembersih ARTISTRY.
  • Bilas dan keringkan betul-betul.
  • Sapu lapan pam penuh pengelupas memperbaharui pada muka yang membentuk satu lapisan lembap, elakkan bahagian mata.
  • Tidak perlu menggosok produk pada kulit. Anda mungkin mengalami sedikit kemerahan atau rasa mengelenyar semasa menggunakannya. Ini adalah tindak balas normal dan menunjukkan bahawa produk berkesan.
  • Biarkan selama enam hingga lapan minit. Produk ini mungkin tidak kering sepenuhnya.
  • Basahkan hujung jari dan urut kulit dengan lembut.
  • Bilas bersih dengan air suam kemudian tekap kulit hingga kering.
  • Ikuti dengan penyegar dan pelembap, jika mahu.
  • Guna produk tidak lebih daripada dua kali seminggu selama enam minggu.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    20ml
    Bahan-bahan
    Air/Aqua/Eau, Dimethicone, Cyclopentasiloxane, Glycerin, Butylene Glycol, Polysilicone-11, Bis-PEG-18 Methyl Ether Dimethyl Silane, Isohexadecane, Mucor Miehei Extract, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Hydroxyethyl Acrylate/Sodium Acryloyldimethyl Taurate Copolymer, Acetyl Glucosamine, Sodium Acrylate/Sodium Acryloyldimethyl Taurate Copolymer, Chlorphenesin, Methylparaben, Ammonium Polyacryloyldimethyl Taurate, Polysorbate 80, Citric Acid, Polysorbate 60, Tocopheryl Acetate, Xanthan Gum, Calcium Chloride, Fragrance/Parfum, Hydroxyethylcellulose, Panthenol, Lecithin, Polysorbate 20, Sodium Citrate, Glucose, Glyceryl Acrylate/Acrylic Acid Copolymer, Propylene Glycol, Chondrus Crispus (Carrageenan), PVM/MA Copolymer, Sodium Hyaluronate, Glycine Soja (Soybean) Oil, Ceramide 3, Limnanthes Alba (Meadowfoam) Seed Oil, Beta-Sitosterol, Perilla Ocymoides Seed Oil, Salvia Hispanica Seed Oil, Oenothera Biennis (Evening Primrose) Oil, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Tetrahexyldecyl Ascorbate, Zea Mays (Corn) Oil, Sesamum Indicum (Sesame) Seed Oil, Macadamia Integrifolia Seed Oil, Olea Europaea (Olive) Fruit Oil, Limonene.

    PENYELESAIAN PROFESIONAL. HASIL PROFESIONAL.

    Alami manfaat yang standing dengan prosedur dan rawatan profesional naum selamat dan selesa digunakan di rumah anda sendiri.