NUTRILITE BIO C PLUS ALL DAY FORMULA
Setiap tablet Nutrilite Bio C Plus All Day Formula mengandungi 500mg vitamin C dan fitonutrien, menjadikannya sesuai untuk individu yang ingin memenuhi keperluan harian vitamin C serta mengekalkan kesihatan menyeluruh.
NUTRILITE BIO C PLUS ALL DAY FORMULA – DOS HARIAN VITAMIN C ANDA
Tidak kira gaya hidup, vitamin C adalah salah satu nutrien paling penting dalam diet kita yang membantu mengekalkan kesihatan yang baik. Ia juga penting untuk menjaga kesihatan individu yang menjalani kehidupan seharian yang sibuk. Dengan Nutrilite Bio C Plus All Day Formula, anda boleh mendapatkan cara yang mudah untuk menyokong kesihatan sebagai sebahagian daripada pemakanan harian anda. Nutrilite Bio C Plus All Day Formula membantu anda mendapatkan dos harian vitamin C yang mencukupi daripada ceri acerola – sumber vitamin C yang baik untuk anda.
SUMBER VITAMIN C DARIPADA CERI ACEROLA
Vitamin C dalam Nutrilite Bio C Plus All Day Formula diperoleh daripada bioflavonoid sitrus dan ceri acerola.
Cara Mengguna
Dewasa ambil satu tablet sehari, selepas makan.
Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Ikuti dos yang disyorkan dan arahan penggunaan.
  • Produk harus dijauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup penutup dengan ketat dan simpan dalam peti sejuk selepas dibuka atau simpan di tempat sejuk dan kering di bawah 30°C.
    Tarikh Pengeluaran/Luput
    Tarikh luput dicetak pada bungkusan produk.
    Bilangan
    60 tablet atau 120 tablet
    Bahan-bahan
    Asid askorbik (C), pekatan ceri aserola semula jadi, sitrus bioflavonoid, mikrokristalin selulosa, maltodekstrin, magnesium stearat, hidroksipropil metilselulosa.
    Catatan Kesihatan
    Tiada pewarna tiruan, perisa atau pengawet yang ditambah.