SANGAT MESRA ALAM UNTUK PEMBERSIHAN YANG LEBIH SELAMAT
SA8 Detergen Serbuk Cucian Pekat
Selain memberikan tindakan pembersihan yang berkualiti tinggi walau pun pada kesan kotoran berminyak dan bergris, Detergen Cucian Pekat Premium SA8 juga tidak meninggalkan kesan berbahaya yang boleh merengsakan kulit sensitif. Detergen ini juga mengandungi perencat kakisan untuk melindungi bahagian logam pada pakaian dan mesin basuh. Tambahan pula, tindakan pelarutnya yang unggul dan pekat memastikan nilai untuk wang anda.
DETERGEN CUCIAN YANG BERKUASA DAN BERKESAN
Detergen Cucian Pekat Premium SA8 dengan rumusannya yang sangat pekat membantu menanggalkan kesan kotoran bergris dan berminyak. Detergen ini mempunyai rumusan terbiodegradasikan serta diuji secara dermatologi untuk alahan yang tidak mengandungi sisa berbahaya yang merengsa kulit. Detergen Cucian Pekat Premium SA8 mengandungi perencat kakisan yang melindungi bahagian logam pada pakaian dan mesin basuh, menjadikannya detergen cucian yang lembut tetapi berkuasa dan berkesan.
BERKESAN TERHADAP KOTORAN DAN KESAN KOTORAN DEGIL
Detergen Cucian Pekat Premium SA8 berkesan terhadap kotoran dan kesan kotoran degil seperti darah, rumput, coklat dan telur, memberikan anda pakaian yang bersih dan cerah selepas setiap basuhan. Tidak meninggalkan kesan berbahaya yang boleh merengsakan kulit sensitif, detergen ini juga melanjutkan jangka hayat pakaian anda - detergen cucian dengan nilai untuk wang yang anda perlukan.
PILIHAN LEBIH SELAMAT
Di AMWAY, kami sentiasa bersungguh-sungguh untuk memberikan produk yang lebih baik dan lebih selamat untuk rumah anda. Label Safer Choice menunjukkan bahawa rumusan produk seperti yang AMWAY kemukakan kepada Agensi Perlindungan Alam Sekitar A.S. (EPA), mengandungi bahan dengan ciri yang lebih positif kepada kesihatan manusia dan alam sekitar berbanding dengan produk konvensional jenis yang sama.
RUMUSAN BIOQUEST
Rumusan BIOQUEST yang unik terdiri daripada bahan yang sangat aktif dan berasaskan bio dari sumber semula jadi seperti kelapa, buah sitrus dan mineral. Semua produk Rumusan BIOQUEST memberikan prestasi pembersihan yang berkuasa dan pekat, terbiodegradasikan dan diuji secara dermatologi.
Cara Mengguna
  • Asingkan pakaian mengikut warna, kain dan tahap kotoran.
  • Gunakan Penyembur Pracuci dan Penanggal Kotoran AMWAY HOME SA8 (jika perlu).
  • Untuk hasil yang terbaik, gunakan suhu yang paling panas disyorkan untuk kain dan warna.
  • Gunakan amaun yang ditunjukkan pada carta, seperti yang dilihat pada bungkusan; untuk pakaian yang sangat kotor, air liat atau air guna semula, guna 50% lebih.
  • Terus menggunakan Peluntur Fabrik SA8 AMWAY HOME untuk fabrik yang sesuai.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Boleh menyebabkan kecederaan pada mata.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Tarikh Pengeluaran/Luput
    Jangka hayat produk ini adalah tiga tahun dari tarikh pengeluaran. Tarikh pengeluaran dicetak pada bungkusan produk.
    Berat
    1kg
    Bahan-bahan
    Natrium Karbonat, Surfaktan Bukan Ion
    Penafian/Nasihat Undang-undang
  • Produk ini tidak bertujuan untuk pencegahan dan rawatan penyakit.
  • Produk ini telah diimport mengikut peraturan tempatan.
  • KEHIDUPAN YANG SIHAT BERMULA DENGAN KEDIAMAN YANG BERSIH

    Amway Home memberikan cara pembersihan yang lebih sihat dan lebih selamat dengan produk mesra alam dan mesra bio. Pastikan rumah anda bersih dan selamat dengan penyelesaian pembersihan pekat yang diperbuat daripada bahan semula jadi, selamat dan berkesan ini.