L.O.C. Pencuci Kaca
L.O.C. Glass Cleaner mengandungi formula yang kuat untuk menanggalkan kotoran, gris atau apa sahaja dari mana-mana permukaan kaca. Anda tidak lagi perlu bimbang tentang cermin kabur, skrin komputer berminyak dan perisai angin kotor. L.O.C. Glass Cleaner sememangnya mudah dan selamat untuk digunakan, ia tidak meninggalkan jalur-jalur atau sisa memudaratkan selepas pembersihan.
FORMULASI YANG KUAT & BERKESAN
Formula L.O.C. Glass Cleaner memberikan pembersihan yang kuat dan berkesan tanpa perlu menggunakan fosfat, asid/alkali yang keras atau klorin peluntur. Selamat untuk digunakan ke atas hampir mana-mana permukaan kaca.
PEMBERSIHAN PELBAGAI GUNA UNTUK SEMUA KOTORAN & PERMUKAAN
L.O.C. Glass Cleaner membersihkan kotoran, gris dan cap jari dari mana-mana permukaan kaca tanpa perlu membilas. Tidak meninggalkan sisa memudaratkan. Gunakan L.O.C. Glass Cleaner untuk membersihkan cermin, kaca depan, skrin komputer atau plasma TV dan banyak lagi.
FORMULASI YANG LEBIH BAIK & SELAMAT UNTUK KESIHATAN & ALAM SEKITAR
Di AMWAY, kami sentiasa menekankan tentang memberikan produk yang lebih baij dan lebih selamat untuk rumah anda. Label Safer Choice menunjukkan bahawa rumusan produk seperti yang AMWAY kemukakan kepada Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) A.S., mengandungi bahan-bahan dengan ciri-ciri yang lebih positif kepada kesihatan manusia dan alam sekitar berbanding dengan produk konvensional jenis yang sama.
Cara Mengguna
  • Menggunakan bekasl penyembur, masukkan 375ml air sehingga garis 3:1. Kemudian tambah Pencuci Kaca L.O.C. sehingga garis 500ml.
  • Sembur dan lap kering dengan kain bebas lin atau kertas tuala yang bersih.
  • Nasihat/Langkah Berjaga-jaga
  • Elakkan terkena mata.
  • Produk perlu disimpan jauh daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Ketatkan penutup selepas guna.
    Tarikh Pengeluaran/Luput
    Jangka hayat produk ini adalah tiga tahun dari tarikh pengeluaran. Tarikh pengeluaran tertera pada bungkusan produk.
    Kandungan
    500ml
    Bahan-bahan
    Methoxyisopropanol, Butoxypropanol, Sodium Laureth Sulfate, Cocamidopropylamine Oxide.
    Penafian/Nasihat Undang-undang
  • Produk ini tidak bertujuan untuk pencegahan dan rawatan penyakit.
  • Produk ini telah diimport mengikut peraturan tempatan.
  • KEHIDUPAN YANG SIHAT BERMULA DENGAN KEDIAMAN YANG BERSIH

    Amway Home memberikan cara pembersihan yang lebih sihat dan lebih selamat dengan produk mesra alam dan mesra bio. Pastikan rumah anda bersih dan selamat dengan penyelesaian pembersihan pekat yang diperbuat daripada bahan semula jadi, selamat dan berkesan ini.