Alam semula jadi dan Sains dalam Keharmonian yang Sempurna
Minuman Protein Soya NUTRILITE
Minuman Protein Soya Nutrilite™ adalah sumber alam semula jadi dengan tiga adunan gandum, soya dan pis yang unik. Campurkan sahaja produk dengan apa-apa minuman pilihan anda. Satu hidangan Minuman Protein Soya Nutrilite™ memberikan anda 8g protein dan kesemua sembilan asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh anda. Rumusan khusus ini mempunyai satu Skor Asid Amino yang Diperbetulkan dalam Kebolehcernaan Protein (PDCAAS = 1), yang secara dasarnya bererti rumusan itu menyampaikan protein berkualiti paling tinggi dan asid amino yang diperlukan. Minuman Protein Soya adalah pilihan terbaik untuk sumber protein semula jadi tanpa kesan sampingan protein haiwan, sesuai untuk mereka yang ingin mengekalkan jisim otot mereka dan menentang kelesuan. Minuman ini juga sesuai untuk mereka yang tidak toleran laktosa.
CIRI NUTRILITE™ MINUMAN PROTEIN SOYA
Minuman Protein Soya Nutrilite™ yang diperbuat daripada sumber semula jadi dan bukan GMO ini mengandungi adunan tiga gandum, soya dan protein pis yang unik lagi berkualiti tinggi. Selain tanpa perisa tiruan, pengawet atau pewarna yang ditambah, Minuman Protein Soya Nutrilite™ ini juga tanpa laktosa, mesra vegetarian (bagi mereka yang mengambil produk tenusu), rendah lemak dan rendah kolesterol. Minuman ini mempunyai 1.0 Skor Asid Amino yang Diperbetulkan dalam Kebolehcernaan Protein (PDCAAS) yang mana asid amino dan proteinnya adalah berkualiti tinggi untuk membantu pencernaan anda. Berikan tubuh anda dengan 8g protein soya setiap hidangan dengan Minuman Protein Soya Nutrilite™!
MANFAAT NUTRILITE MINUMAN PROTEIN SOYA
Biarkan Minuman Protein Soya Nutrilite™ memberi sokongan kepada sistem imun, jisim otot dan mencegah kelesuan anda. Minuman protein ini juga mudah diadun dengan makanan dan minuman lain, sambil membantu mengurangkan rasa lapar selepas pengambilannya.
KEPENTINGAN PROTEIN
Protein penting untuk mewujudkan tisu pengganti baru, menyokong tumbesaran tulang dan otot dan perkembangan mental serta mempertingkatkan kesejahteraan umum di samping memberikan anda kulit yang tampak sihat. Protein juga penting untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Pengambilan protein yang tidak mencukupi mungkin menyebabkan kulit berkedut, rambut dan kuku rapuh. Anda mungkin rasa lebih letih dan mengalami tumpuan yang lebih rendah.
Cara Mengguna
  • Masukkan satu atau dua skup Minuman Protein Soya NUTRILITE ke dalam mana-mana minuman.
  • Kocak kuat-kuat dalam bekas bertutup atau kacau selama 45 saat.
  • Gunakan mesin pengadun untuk mencampurkan Minuman Protein Soya NUTRILITE dengan buah-buahan segar atau dinginbeku untuk hidangan yang lazat.
  • Tabur Minuman Protein Soya NUTRILITE ke atas sup, salad atau bijirin, atau mana-mana resipi kegemaran anda.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Hadkan pengambilan purina, yang termasuk Minuman Protein Soya NUTRILITE sekiranya anda mempunyai gout.
  • Minuman Protein Soya NUTRILITE tidak disyorkan untuk anak-anak kecil di bawah umur 1 tahun. Terlalu banyak protein boleh membebankan ginjal, oleh itu menyebabkan penyahhidratan.
  • Tarikh Pengeluaran/Luput
    Tarikh luput dicetak pada bungkusan produk.
    Berat
    450g & 900g
    Bahan-bahan
    Asingan protein soya, protein gandum, protein pis, lesitin, silikon dioksida.
    Catatan Kesihatan
    Tiada pewarna tiruan, perisa atau pengawet yang ditambah.

    Klik untuk membaca mengapa kami adalah jenama terkemuka:
    SUMBER: GlobalData, https://gdretail.net/amway-claims/