SANGAT MESRA ALAM UNTUK PEMBERSIHAN YANG LEBIH SELAMAT
DISH DROPS Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat
Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat DISH DROPS diperbuat daripada surfaktan yang lembut dan ekstrak aloe vera untuk melindungi kulit anda dan alam sekitar. Ia cukup berkuasa untuk menanggalkan gris serta kotoran yang sudah kering dengan mudah. Pencuci pinggan ini menghasilkan buih sabun yang banyak dan tahan lama — kualiti produk yang berpatutan dengan harganya.
CECAIR PENCUCI PINGGAN MANGKUK YANG SANGAT PEKAT DAN BERKUASA
Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat DISH DROPS ialah cecair pencuci pinggan mangkuk yang sangat pekat dan berkuasa untuk pembersihan yang berkesan. Pencuci pinggan ini diperbuat daripada sumber semula jadi yang selamat untuk kegunaan harian. Ia bukan sahaja memberikan kebersihan yang berpanjangan, malah juga meninggalkan aroma sitrus segar untuk mengawal bau.
PEMBERSIHAN BERKESAN DAN LEMBUT PADA TANGAN ANDA
Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat DISH DROPS diperbuat daripada rumusan terbiodegradasikan yang baik terhadap alam sekitar, dan diuji oleh pakar dermatologi supaya lembut pada tangan. Cecair ini mengandungi aloe vera yang melembutkan dan melegakan, botani shiso yang antiradang dan asid alfa- hidroksi untuk melindungi tangan anda. Dapatkan pencuci pinggan yang berkesan dan mampu menghilangkan kotoran dengan hanya satu titik sahaja!
PILIHAN LEBIH SELAMAT
Di AMWAY, kami sentiasa bersungguh-sungguh untuk memberikan produk yang lebih baik dan lebih selamat untuk rumah anda.

Label “Safer Choice” pembersih serba guna ini menunjukkan bahawa rumusan produk ini telah dikemukakan kepada Agensi Perlindungan Alam Sekitar A.S. (EPA) dan ia mengandungi bahan yang tidak menjejaskan kesihatan manusia dan alam sekitar berbanding dengan produk jenis konvensional yang sama.
RUMUSAN BIOQUEST
Rumusan BIOQUEST yang unik terdiri daripada bahan yang sangat aktif dan berasaskan bio dari sumber semula jadi seperti kelapa, buah sitrus dan mineral. Semua produk Rumusan BIOQUEST memberikan prestasi pembersihan yang berkuasa dan pekat, terbiodegradasikan dan diuji secara dermatologi.
Cara Mengguna
Jika anda menggunakan Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat Dish Drops dengan span:
  • Cairkan satu bahagian dengan 1-5 bahagian air ke dalam Botol Picit AMWAY HOME.
  • Picit sedikit larutan yang diperoleh pada span.
  • Basuh pinggan mangkuk, kemudian bilas dengan air.

  • Jika anda mencuci dalam singki/besen:
  • Isikan singki dengan lima liter air suam.
  • Tambah 3ml (sama dengan satu pam pendispens penuh) Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat Dish Drops.
  • Basuh pinggan mangkuk, kemudian bilas dengan air.

  • Jika anda mencuci sayur-sayuran/buah-buahan:
  • Cairkan 1ml produk di dalam lima liter air, rendam sayur-sayuran atau buah-buahan selama beberapa minit (tidak lebih daripada 5 minit).
  • Bilas bersih-bersih.

  • Untuk mengekalkan span dan tuala dapur dalam keadaan yang bersih:
  • Bilas span/tuala dapur dengan air panas selepas digunakan.
  • Tambah ¼ penutup penuh, atau dua pam, dari Pam Pendispens AMWAY ke span/tuala dapur, perah untuk meratakan produk dan biarkan sehingga kegunaan yang seterusnya.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Elakkan dari terkena mata.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup penutup dengan ketat selepas digunakan.
    Tarikh Pengeluaran/Luput
    Jangka hayat produk ini adalah tiga tahun dari tarikh pengeluaran. Tarikh pengeluaran dicetak pada bungkusan produk.
    Kandungan
    1L
    Bahan-bahan
    Sodium Lauryl Ether Sulfate, Cocamidopropyl Betaine, Ethoxylated Alcohol, Ekstrak Aloe Vera dan Shiso.
    Penafian/Nasihat Undang-undang
  • Produk ini tidak bertujuan untuk pencegahan dan rawatan penyakit.
  • Produk ini telah diimport mengikut peraturan tempatan.
  • KEHIDUPAN YANG SIHAT BERMULA DENGAN KEDIAMAN YANG BERSIH

    Amway Home memberikan cara pembersihan yang lebih sihat dan lebih selamat dengan produk mesra alam dan mesra bio. Pastikan perkakas makanan anda sentiasa bersih dengan pencuci pinggan pekat yang diperbuat daripada bahan semula jadi untuk pembersihan yang selamat dan berkesan.