SANGAT MESRA ALAM UNTUK PEMBERSIHAN YANG LEBIH SELAMAT
Detergen Serbuk Cucian Pekat Premium SA8
Selain mempunyai fungsi pembersihan yang berkualiti tinggi terhadap kesan kotoran dan minyak, Detergen Cucian Pekat Premium SA8 BARU juga tidak meninggalkan kesan berbahaya yang boleh menjejaskan kulit sensitif. Detergen ini juga mengandungi perencat kakisan untuk melindungi bahagian logam pada pakaian dan mesin basuh. Tambahan lagi, tindakan pelarutnya yang unggul dan pekat memastikan serbuk cucian satu pembelian yang berbaloi.

Detergen ini menawarkan prestasi luar biasa yang berkesan dengan:
  • Tindakan melarut yang hebat daripada kristal yang membuih yang memberikan pembersihan berkuasa; bertindak dengan serta-merta untuk menghapuskan kotoran dan kesan kotoran degil.
  • Pembersihan berkesan dalam semua suhu air termasuk air sejuk yang membantu menjimatkan tenaga.
  • Memastikan pakaian kelihatan cerah dan bersih serta mengekalkan keputihan
  • Menghalang kakisan logam dan melindungi fabrik daripada kesan kotor karat.
  • Rumusan diuji oleh pakar dermatologi dan tidak mendatangkan alahan pada kulit yang lembut.
DETERGEN CUCIAN YANG BERKUASA DAN BERKESAN
Detergen Cucian Pekat Premium SA8 dengan rumusannya yang sangat pekat membantu menanggalkan kesan kotoran bergris dan berminyak. Detergen ini mempunyai rumusan terbiodegradasikan serta diuji oleh pakar dermatologi dan dari segi alahan yang tidak mengandungi sisa berbahaya yang merengsa kulit. Detergen Cucian Pekat Premium SA8 mengandungi perencat kakisan yang melindungi bahagian logam pada pakaian dan perkakas, menjadikannya detergen cucian yang lembut tetapi berkuasa dan berkesan.
BERKESAN TERHADAP KOTORAN DAN KESAN KOTORAN DEGIL
Detergen Cucian Pekat Premium SA8 berkesan terhadap kotoran dan kesan kotoran degil seperti darah, rumput, coklat dan telur, memberikan anda pakaian yang bersih dan cerah selepas setiap basuhan. Ia bukan sahaja tidak meninggalkan sisa berbahaya yang boleh memudaratkan kulit sensitif, tetapi juga melanjutkan jangka hayat pakaian — detergen cucian yang berbaloi harganya.
PILIHAN LEBIH SELAMAT
Di Amway, kami sentiasa yakin sepenuhnya untuk memberikan produk yang lebih baik dan lebih selamat untuk kediaman anda. Label “Safer Choice” pembersih serba guna ini menunjukkan bahawa rumusan produk ini telah dikemukakan kepada Agensi Perlindungan Alam Sekitar A.S. (EPA) dan ia mengandungi bahan yang tidak menjejaskan kesihatan manusia dan alam sekitar berbanding dengan produk konvensional jenis yang sama.
RUMUSAN BIOQUEST
Rumusan BIOQUEST yang unik ini terdiri daripada bahan yang sangat aktif, berasaskan bio daripada sumber semula jadi seperti kelapa, buah sitrus dan mineral. Semua produk Rumusan BIOQUEST memberikan prestasi pembersihan yang berkuasa dan pekat, terbiodegradasikan dan diuji secara dermatologi.
Cara Mengguna
  • Asingkan pakaian mengikut warna, fabrik dan tahap kekotoran.
  • Gunakan Penyembur Pracuci & Penanggal Kesan Kotoran Amway Home SA8 (jika perlu).
  • Untuk hasil yang terbaik, gunakan suhu paling panas yang disyorkan untuk fabrik dan warna.
  • Gunakan jumlah yang ditunjukkan pada carta, sebagaimana yang dilihat pada pembungkusan; untuk cucian yang sangat kotor, air liat atau air guna semula, gunakan 50% lebih.
  • Terus gunakan Peluntur Semua Fabrik SA8 Amway Home untuk fabrik yang bersesuaian seperti yang disukai.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
    Baca semua arahan sebelum menggunakan Detergen Serbuk Cucian Pekat Premium SA8 - 1kg.
  • Boleh menyebabkan kecederaan pada mata.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Cara Menyimpan
    Simpan di tempat kering dan elakkan cahaya matahari langsung.
    Tarikh Pengeluaran/Luput
    Jangka hayat produk ini adalah tiga tahun dari tarikh pengeluaran. Tarikh pengeluaran dicetak pada bungkusan produk.
    Berat
    1kg
    Penafian/Nasihat Undang-undang
  • Produk ini tidak bertujuan untuk pencegahan dan rawatan penyakit.
  • Produk ini telah diimport mengikut peraturan tempatan.
  • KEHIDUPAN YANG SIHAT BERMULA DENGAN KEDIAMAN YANG BERSIH

    Amway Home memberikan cara pembersihan yang lebih sihat dan lebih selamat dengan produk mesra alam dan mesra bio. Pastikan rumah anda sentiasa bersih dengan detergen pekat yang diperbuat daripada bahan semula jadi untuk pembersihan yang selamat dan berkesan.