Nutrilite Cal Mag D Plus
Nutrilite Cal Mag D Plus diformulasikan dengan kalsium berasaskan tumbuhan (daripada rumpai laut berkalsifikasi semula jadi), magnesium serta tambahan vitamin D untuk menyokong kesihatan tulang yang kuat dan mengekalkan keseimbangan nutrien keseluruhan tubuh anda.
DOS KALSIUM ANDA
Nutrilite Cal Mag D Plus mengandungi sumber kalsium, magnesium dan mineral surih, ditambah dengan vitamin D. Bahan-bahan Nutrilite Cal Mag D Plus adalah lestari dan semula jadi. Ia tidak mengandungi pewarna, perisa atau pengawet tiruan untuk memastikan diet seharian anda sentiasa semula jadi dan bernutrisi. Amalkan diet yang semula jadi dan berkhasiat setiap hari!
NUTRIEN & MINERAL DARI SUMBER SEMULA JADI
Nutrilite Cal Mag D Plus diformulasikan dengan kalsium semula jadi, sumber kaya magnesium serta mineral surih, ditambah dengan vitamin D. Bahan-bahan dalam Nutrilite Cal Mag D Plus diperoleh secara semula jadi dan mampan, serta tidak mengandungi pewarna, perisa atau bahan pengawet tiruan.
TULANG YANG KUAT & SIHAT
Dengan tambahan vitamin D, Nutrilite Cal Mag D Plus memberikan nutrien dan mineral yang optimum untuk tulang yang kuat dan sihat. Tambahan pula, ia mengandungi rumpai laut yang disumberkan secara semula jadi, suatu sumber botani kalsium yang pekat dari alam.
Cara Mengguna
Dewasa ambil satu tablet tiga kali sehari, dengan sajian.
Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Wanita hamil dan menyusui, atau sesiapa dengan penyakit, harus minta nasihat doktor sebelum mengguna.
  • Produk harus dijauhkan dari capaian kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup penutup dengan ketat dan simpan di tempat kering. Simpan di bawah suhu 30⁰C. Lindungi daripada cahaya dan lembapan.
    Tarikh Pengeluaran/Luput
    Tarikh luput dicetak pada bungkusan produk.
    Bilangan
    180 tablet
    Bahan-bahan
    Kalsium karbonat, mikrokristalin selulos, magnesium oksida, rumpai laut (terkapur, terbit dari litotamnium koraliode/litotamnium kalkareum), maltodekstrin, gam selulos, hidroksipropil metilselulos, magnesium stearate, silikon dioksida, gliserin, lilin karnauba, kolekalsiferol (vitamin D3).
    Catatan Kesihatan
    Tiada pewarna tiruan, perisa atau pengawet yang ditambah.