SERLAHKAN KUASA RAMBUT
SATINIQUE Syampu Pembaikan Kilauan
Syampu Pembaikan Kilauan SATINIQUE™ mempunyai fungsi pembersihan lembut dan rapi untuk melindungi, menguatkan dan membaiki rambut anda serta mengekalkan warna rambut untuk tampak berkilau. Syampu Pembaikan Kilauan SATINIQUE™ sesuai untuk rambut berwarna yang dirawat atau rosak.
DISEDUH DENGAN BOTANI DAN NUTRIEN
Syampu Pembaikan Kilauan SATINIQUE™ mengandungi ENERJUVE™, iaitu sejenis kompleks yang dipatenkan. Ia mengandungi lipid, 18-MEA dan kreatina untuk memulihkan rambut anda kepada keadaan semula jadi yang tampak sihat. Produk ini dihasilkan dengan rumusan pengukuhan rambut bebas sulfat dan campuran unik daripada botani terpilih khas - ekstrak Buah Delima dan Biji Anggur - yang bertindak menghidrat dan membaiki kutikel.
ALAMI KEKUATAN YANG MEMULIHKAN ANDA
Syampu Pembaikan Kilauan SATINIQUE™ memberi rambut anda 9 kali* berganda lebih perlindungan dan pembaikan di samping menyerlahkan kilauannya. Produk ini juga berfungsi mengekalkan warna rambut sehingga 45 cucian.

*Apabila digunakan secara serentak dengan Perapi Pembaikan Kilauan dan Masker Penggiat
SATINIQUE™ DENGAN ENERJUVE™ DIPATENKAN

ENERJUVE™ menyihatkan rambut anda sehingga mendalam ke kulit kepala dengan kandungan lipid, kreatina dan 18-MEA yang mempunyai fungsi mengukuhkan, melicinkan dan menyegarkan rambut. Dicipta untuk pemulihan rambut yang tepat dan berkesan, ENERJUVE™ memberi rawatan yang rapi kepada rambut rosak. Rumusan unik ini bertindak dari dalam ke luar melalui tiga peringkat:

(i) Membina semula - ENERJUVE™ meliputi rambut untuk memberi rawatan kepada bahagian yang rosak, memulihkan bahagian lemah dan melembutkan rambut dengan serta-merta

(ii) Menggiat Semula - kompleks ini menembusi teras rambut untuk membaiki dan menggiatkan kualiti rambut, serta memulihkan keanjalan rambut anda,

(iii) Memulih - kompleks ini mengikat lapisan luar rambut untuk melindungi, memulih dan melicinkan rambut anda, untuk penampilan yang bersinar dan sihat.

KOLEKSI SATINIQUE™

Koleksi produk rambut SATINIQUE™ dibuat daripada formula yang sesuai digunakan untuk semua jenis rambut. Rambut cantik mudah dicapai dengan pilihan premium ini.

● MENJAGA: Syampu dan perapi berkuasa yang mempunyai pelbaga fungsi untuk masalah rambut. Sesuai digunakan untuk semua jenis rambut tidak kira umur pengguna.
● MERAWAT: Teknologi eksklusif rawatan ini membaiki dan memulihkan rambut serta menguatkan daya tahannya terhadap persekitaran luar dan teknik penggayaan.
● MENGGAYA: Produk penggaya premium yang dicipta untuk membantu anda menyerlahkan gaya atau menukar penampilan anda dengan mudah.
Cara Mengguna
  • Gunakan syampu pada rambut basah, urut hingga berbuih dan bilas.
  • Selesai syampu, sapukan perapi dan ratakan pada keseluruhan rambut. Senang dibilas, rambut selembut sutera dan senang disikat.
  • Cukup lembut untuk kegunaan harian.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan guna produk selain daripada maksud kegunaannya.
  • Elakkan sentuhan langsung dengan mata.
  • Berhenti guna dengan serta-merta dan berjumpa doktor jika berlaku kerengsaan kulit.
  • Jangan letak pada kulit yang luka.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    280ml
    Bahan-bahan
    Air, Sodium Cocoyl Isethionate, Disodium Laureth Sulfosuccinate, Cocamidopropyl Betaine, Glycereth-26, PEG-120 Methyl Glucose Dioleate, Glycol Distearate, Divinyldimethicone/Dimethicone Copolymer, Fragrance, Guar Hydroxypropyltrimonium Chloride, Sodium Chloride, C12-15 Alkyl Lactate, Hectorite, Hydroxyethylcellulose, PPG-12-Buteth-16, Tocopheryl Acetate, Tetrasodium EDTA, Creatine, Asid Lanolin, Butylene Glycol, Jus daun Aloe Barbadensis, Asid Citric, Triethanolamine, Sodium PCA, Sodium Lactate, Arginine, Minyak Biji Limnanthes Alba (Meadowfoam), Asid Aspartic, Ekstrak Vitis Vinifera (Grape), PCA, Punica Granatum Sterols, Methylchloroisothiazolinone, Glycine, Alanine, Ceramide 2, Serine, Ceramide 3, Valine, Methylisothiazolinone, Asid Behenic, Cholesterol, Isoleucine, Proline, Threonine, Histidine, Phenylalanine, Ekstrak Daun Perilla Ocymoides.

    MENYERLAHKAN KUASA RAMBUT

    Koleksi penjagaan rambut yang lengkap dengan pendekatan tiga aspek yang berkesan sepenuhnya: Menjaga, Merawat, Menggaya