SERLAHKAN KUASA RAMBUT
SATINIQUE Syampu Antikelemumur
Nikmati kulit kepala dan rambut yang bersih dan sihat. Syampu Antikelemumur SATINIQUE™ berkesan mengurangkan kelemumur dan penggelupasan kulit kepala. Syampu ini juga melembapkan dan melegakan kulit kepala yang kering dan gatal.
DISEDUH DENGAN BOTANI DAN NUTRIEN
Syampu Antikelemumur SATINIQUE™ diperbuat daripada adunan semula jadi yang mengandungi avokado untuk mengawal minyak dan mencegah tompok keruping, vitamin E untuk melembapkan kulit kepala, serta Zinc Pyrithione yang melegakan kegatalan. Ia juga mengandungi ENERJUVE™ – sejenis kompleks dipatenkan yang dirumus dengan lipid, 18-MEA dan kreatina untuk memulihkan rambut anda kepada keadaan yang tampak sihat.
ALAMI KULIT KEPALA DAN RAMBUT YANG BERSIH DAN SIHAT
Syampu Antikelemumur SATINIQUE™ membantu anda mengawal kelemumur dan menghilangkan keruping. Dengan penggunaan syampu ini, anda boleh mengawal kulit kepala berminyak di samping menikmati kelegaan kulit kepala.
SATINIQUE™ DENGAN ENERJUVE™ DIPATENKAN
ENERJUVE™ menyihatkan rambut anda secara mendalam hingga ke kulit kepala dengan kandungan lipid, kreatina dan 18-MEA yang mempunyai fungsi melicinkan dan menyegarkan rambut. Dicipta untuk pemulihan rambut yang berkesan, ENERJUVE™ memberi rawatan yang rapi kepada rambut rosak. Rumusan unik ini bertindak dari dalam ke luar melalui tiga peringkat:

(i) Membina semula - ENERJUVE™ meliputi rambut untuk memberi rawatan kepada bahagian yang rosak, memulihkan bahagian lemah dan melembutkan rambut dengan serta-merta
(ii) Menggiat semula - kompleks ini menembusi teras rambut untuk membaiki dan menggiatkan kualiti rambut, serta memulihkan keanjalan rambut anda;
(iii) Memulih - kompleks ini mengikat lapisan luar rambut untuk melindungi, memulih dan melicinkan rambut anda, untuk penampilan yang bersinar dan sihat.
KOLEKSI SATINIQUE™
Koleksi produk rambut SATINIQUE™ dibuat daripada formula yang sesuai digunakan untuk semua jenis rambut. Rambut cantik mudah dicapai dengan pilihan premium ini.

MENJAGA: Syampu dan perapi berkuasa yang menpunyai pelbagai fungsi untuk masalah rambut. Sesuai digunakan semua jenis rambut tanpa mengira umur pengguna.
MERAWAT: Teknologi eksklusif rawatan ini memulihkan rambut dan menguatkan daya tahannya terhadap persekitaran luar dan teknik penggayaan.
MENGGAYA: Produk penggaya premium yang dicipta untuk membantu anda menyerlahkan gaya atau menukar penampilan anda
Cara MenggunaKAN
  • Letak syampu pada rambut basah, urut pada kulit kepala dan rambut. Bilas.
  • Selesai syampu, sapukan perapi dan ratakan pada keseluruhan rambut.
  • Cukup lembut untuk digunakan setiap hari.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan guna produk selain daripada maksud kegunaannya.
  • Elakkan sentuhan langsung dengan mata.
  • Berhenti guna dengan serta-merta dan berjumpa doktor jika berlaku kerengsaan kulit.
  • Jangan letak pada kulit yang luka.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    280ml
    Bahan-bahan
    Air, Sodium Laureth Sulfate, Decyl Glucoside, Glycol Distearate, Disodium Laureth Sulfosuccinate, Glycereth-26, Ceramide-2, Ceramide-3, C10-40 Isoalkylamidopropylethyldimonium Ethosulfate, Creatine, Zinc Pyrithione, Pewangi, Dimethicone, Sodium Chloride, C12-15 Alkyl Lactate, Hydroxypropyl Methylcellulose, Guar Hydroxypropyltrimonium Chloride, Zinc Chloride, Hectorite, Hydroxyethylcellulose, Tetrasodium EDTA, Asid Citric, Tocopheryl Acetate, Minyak Biji Limnanthes Alba (Meadowfoam), Dipropylene Glycol, Jus Daun Aloe Barbadensis, Butyl Avocadate, PPG-12-Buteth-16, Triethanolamine, Sodium PCA, Sodium Lactate, Arginine, Asid Aspartic, PCA, Glycine, Alanine, Methylchloroisothiazolinone, Serine, Valine, Asid Behenic, Cholesterol, Isoleucine, Proline, Threonine, Methylisothiazolinone, Histidine, Phenylalanine, Perilla Ocymoides Leaf Extract, Green 3 (CI 42053), Blue 1 (CI 42090).

    MENYERLAHKAN KUASA RAMBUT

    Koleksi penjagaan rambut yang lengkap dengan pendekatan tiga aspek yang berkesan sepenuhnya: Menjaga, Merawat, Menggaya