SERLAHKAN KUASA RAMBUT
SATINIQUE Perapi Pembaikan Kilauan
Perapi Pembaikan Kilauan SATINIQUE™ mempunyai sistem membersih dengan lembut dan merapi untuk melindungi, menguatkan dan membaiki rambut anda di samping membantunya mengekalkan warna dan menyerlahkan kilauan. Perapi Pembaikan Kilauan SATINIQUE™ sesuai untuk rambut berwarna yang dirawat atau rosak.
DISEDUH DENGAN BOTANI DAN NUTRIEN
Perapi Pembaikan Kilauan SATINIQUE™ menampilkan ENERJUVE™, kompleks yang terdiri daripada lipid yang dipatenkan, 18-MEA dan kreatina; yang membantu mengembalikan rambut anda kepada keadaan semula jadi yang tampak sihat. Didatangkan dengan rumusan pengukuhan rambut bebas sulfat dan campuran unik daripada botani terpilih khas - ekstrak Buah Delima dan Biji Anggur - Perapi Pembaikan Kilauan SATINIQUE™ bertindak menghidrat dan membaiki kutikel.
ALAMI KEKUATAN YANG MEMULIHKAN ANDA
Perapi Pembaikan Kilauan SATINIQUE™ melindungi, membaiki dan menguatkan rambut anda sehingga 9 kali* di samping mengekalkan warna dan menyerlahkan kilauannya. Dengan keupayaan untuk mengurangkan kepudaran warna, Perapi Pembaikan Kilauan SATINIQUE™ membantu mengekalkan warna sehingga 45 cucian. *Apabila menggunakan sebagai satu sistem dengan Syampu Pembaikan Kilauan dan Masker Menggiatkan Semula
SATINIQUE™ DENGAN ENERJUVE™ DIPATENKAN
ENERJUVE™ ialah kompleks lipid penguat yang berkuasa, mengukuhkan kreatina dan melicinkan 18-MEA yang menyegarkan, membina semula dan menggiatkan semula setiap helai rambut dari terasnya. Dicipta untuk tepat dan berkesan, ENERJUVE™ mensasar dan membaiki caj negatif dalam rambut rosak. Rumusan unik ini bertindak dari dalam ke luar melalui tiga peringkat: (i) Membina semula - ENERJUVE™ meliputi rambut anda dan mengikat pada bahagian yang rosak dengan memilih untuk membina semula bahagian lemah,menguatkan penampilan dan rasa rambut anda dengan serta-merta.; (ii) Menggiat Semula - kompleks ini menembusi teras rambut untuk membaiki dan menggiatkan semula daripada dalam ke luar, menambah baik kekuatan dan keanjalan rambut anda; (ii) Memulih - kompleks ini mengikat dengan lapisan luar rambut untuk melindungi, memulih dan melicinkan permukaan rambut anda, memberikan anda rambut yang bersinar dan sihat.
KOLEKSI SATINIQUE™
Koleksi SATINIQUE™ menawarkan formula berkesan yang sesuai untuk semua keperluan rambut. Rambut cantik senang dicapai daripada sebelumnya dengan pilihan premium ini, memberikan pendekatan peribadi. MENJAGA Syampu dan perapi berkuasa, berasaskan manfaat untuk masalah tertentu. Penyelesaian untuk semua jenis rambut, umur, masalah. MERAWAT Teknologi eksklusif meneraju rawatan ini untuk membaiki dan memulihkan rambut daripada kerosakan lampau dan menguatkan daya tahannya terhadap tekanan alam sekitar dan penggayaan. MENGGAYA Produk penggaya premium, direka dengan teliti untuk membantu menambah gaya tersendiri anda—atau menukar penampilan anda dengan mudah.
Cara Mengguna
  • Gunakan syampu pada rambut basah, urut hingga berbuih dan bilas.
  • Selesai syampu, sapukan perapi dan ratakan pada keseluruhan rambut. Senang dibilas, rambut selembut sutera dan senang disikat.
  • Cukup lembut untuk kegunaan harian.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan guna produk selain daripada maksud kegunaannya.
  • Elakkan sentuhan langsung dengan mata.
  • Berhenti guna dengan serta-merta dan berjumpa doktor jika berlaku kerengsaan kulit.
  • Jangan letak pada kulit yang luka.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    280ml
    Bahan-bahan
    Air, Cyclopentasiloxane, Alkohol Cetyl, Alkohol Stearyl, Behentrimonium Chloride, Stearamidopropyl Dimethylamine, Dimethicone, Pewangi, Asid Citric, Alkohol Isopropyl, Minyak Hydrogenated Castor/Asid Sebacic Copolymer, Hydroxyethylcellulose, Hectorite, Benzophenone-4, Tocopheryl Acetate, Tetrasodium EDTA, Creatine, Butylene Glycol, Asid Lanolin, Minyak Biji Limnanthes Alba (Meadowfoam), Sodium PCA, Sodium Lactate, Phytantriol, Punica Granatum Sterols, Arginine, Asid Aspartic, Ekstrak Biji Vitis Vinifera (Grape), PCA, Ceramide-2, Ceramide-3, Glycine, Alanine, Asid Behenic, Cholesterol, Serine, Valine, Threonine, Proline, Isoleucine, Methylchloroisothiazolinone, Phenylalanine, Histidine, Methylisothiazolinone.

    MENYERLAHKAN KUASA RAMBUT

    Koleksi penjagaan rambut yang lengkap dengan pendekatan tiga aspek agar benar-benar mengkhusus: Menjaga, Merawat, Menggaya