SATINIQUE Semburan Kemasan Langkah Akhir
SATINIQUE Final Step Finishing Spray ialah semburan rambut kabut halus yang mengekalkan gaya sepanjang hari. Semburannya didatangkan dengan faktor penentang lembapan selama 24 jam, kawalan maksimum dan kilauan bebas keriting halus. Sesuai untuk semua jenis rambut.
RINGAN DENGAN SEMBURAN YANG LEMBUT DAN SEMULA JADI
Dirumus dengan campuran unik polimer penggayaan dan perapi ringan. SATINIQUE Final Step Finishing Spray sememangnya ringan dan bebas keruping!
CIPTA GAYA RAMBUT YANG BERSIH DAN TIDAK KUSUT YANG ANDA INGINI
SATINIQUE Final Step Finishing Spray menentang kelembapan selama 24 jam serta melawan rambut daripada keriting halus dan kusut. Ini menjadikan gaya anda tidak terkesan dengan pertukaran kelembapan. Dengan SATINIQUE Final Step Finishing Spray, rambut tidak berat atau melekit. Ia juga tidak kelihatan pada rambut dan tidak meninggalkan kesan pada pakaian. Dengan ketahanan yang kekal tetapi fleksibel, SATINIQUE Final Step Finishing Spray sesuai untuk mengekalkan dandanan rambut selepas penggayaan. Dapatkan kawalan maksimum untuk gaya bersih dan bebas keriting!
SATINIQUE™ DENGAN ENERJUVE™ DIPATENKAN
ENERJUVE™ ialah kompleks berkuasa yang mengandungi lipid-lipid penguat, kreatinae yang menguatkan dan 18-MEA pelicin yang mengembalikan, membina dan menggiatkan setiap helaian rambut daripada terasnya. ENERJUVE™ dicipta agar tepat dan berkesan, membolehkannya mensasar dan membaiki cas negatif dalam rambut rosak. Rumusan unik ini bertindak dari dalam ke luar melalui tiga peringkat: (1) Membina - ENERJUVE™ meliputi rambut dan mengikat secara terpilih bahagian-bahagian rambut rosak untuk membina bahagian lemah. Rambut kelihatan dan terasa kuat serta-merta, (2) Menggiat - Menembusi teras rambut untuk membaiki dan menggiat dari dalam ke luar, menjadikan rambut bertambah kuat dan anjal, (3) Memulih - Mengikat dengan lapisan luar rambut untuk melindungi, memulih dan melicinkan permukaan, menjadikan rambut bersinar dan sihat.
Cara Mengguna
  • Gunakan produk selepas menggaya.
  • Sembur pada jarak 8 hingga 12 inci dari rambut untuk menyempurnakan gaya anda.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Berat
    180g
    Bahan-bahan
    Alcohol Denat, Isobutane, Propane, VA/Crotonates/Vinyl Neodecanoate Co- polymer, Water, Octylacrylamide/Acrylates/ Butylaminoethyl Methacrylate Copolymer, Aminomethyl Propanol, Phenyl Trimethicone, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Triethyl Citrate, Pewangi, Dimethyl Stearamine, Phytantriol.

    MENYERLAHKAN KUASA RAMBUT

    Koleksi penjagaan rambut yang lengkap dengan pendekatan tiga aspek agar benar-benar mengkhusus: Menjaga, Merawat, Menggaya.