SATINIQUE Lilin Pusam Bertekstur
SATINIQUE Texturing Matte Wax memberi pegangan sederhana dengan kejelasan semula jadi dan memudahkan dibentuk. Sesuai untuk semua jenis rambut; ideal untuk gaya rambut pendek dan untuk memberi tekstur dan kejelasan.
MEMBENTUK DENGAN MUDAH DAN TIDAK MELEKAT DENGAN PEGANGAN SEDERHANA
SATINIQUE Texturing Matte Wax memberi pegangan sederhana dengan campuran eksklusif lilin dan polimer. Formula tidak melekat, tidak berminyak dan tidak keruping, menjadikan lilin ini mudah digunakan.
DANDANAN TAHAN LAMA UNTUK RAMBUT ANDA
SATINIQUE Texturing Matte Wax membentuk rambut dengan mudah di samping mengekal gaya semula jadi. Ia memberi tekstur dan definisi dandanan rambut seharian serta mengurangkan kusut untuk nampak kemas. Tidak kelihatan pada rambut dan pakaian agar anda melalui hari anda dengan bergaya.
SATINIQUE™ DENGAN ENERJUVE™ DIPATENKAN
ENERJUVE™ ialah kompleks berkuasa yang mengandungi lipid-lipid penguat, kreatinae yang menguatkan dan 18-MEA pelicin yang mengembalikan, membina dan menggiatkan setiap helaian rambut daripada terasnya. ENERJUVE™ dicipta agar tepat dan berkesan, membolehkannya mensasar dan membaiki cas negatif dalam rambut rosak. Rumusan unik ini bertindak dari dalam ke luar melalui tiga peringkat: (1) Membina - ENERJUVE™ meliputi rambut dan mengikat secara terpilih bahagian-bahagian rambut rosak untuk membina bahagian lemah. Rambut kelihatan dan terasa kuat serta-merta, (2) Menggiat - Menembusi teras rambut untuk membaiki dan menggiat dari dalam ke luar, menjadikan rambut bertambah kuat dan anjal, (3) Memulih - Mengikat dengan lapisan luar rambut untuk melindungi, memulih dan melicinkan permukaan, menjadikan rambut bersinar dan sihat.
Cara Mengguna
  • Gosok sejumlah yang diinginkan di antara kedua tangan.
  • Sapu sekali lagi untuk kesan tekstur yang lebih baik.
  • Cukup lembut untuk kegunaan harian
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Berat
    50g
    Bahan-bahan
    Air /Aqua/Eau, VP/VA Copolymer, Synthetic Beeswax, Alkohol Stearyl, Alkohol Myristyl, Glyceryl Stearate, PEG-100 Stearate, Dimethicone, PEG-60 Almond Glycerides, Petrolatum, Polyquaternium-11, Phenoxyethanol, Fragrance/Parfum, Methylparaben, Propylparaben, Alkohol Lauryl, Alkohol Cetyl, Ethylparaben, Hexyl Cinnamal, Linalool, Butylphenyl Methylpropional, Limonene, Citronellol.

    MENYERLAHKAN KUASA RAMBUT

    Koleksi penjagaan rambut yang lengkap dengan pendekatan tiga aspek agar benar-benar mengkhusus: Menjaga, Merawat, Menggaya.