SATINIQUE Balm Pelurus
SATINIQUE Straightening Balm sangat sesuai untuk mengubah rambut kusam, kering atau tidak terurus menjadi cantik dan licin berkilat. Ia menampilkan pelindung haba yang membantu melindungi rambut daripada penggayaan haba.
CAMPURAN EKSKLUSIF YANG MENGEKALKAN KELEMBUTAN RAMBUT SEHINGGA 24 JAM
SATINIQUE Straightening Balm menampilkan ENERJUVE, kompleks lipid yang dipatenkan, 18-MEA dan kreatina; mengembalikan keadaan rambut yang kelihatan sihat secara semula jadi. Mengandungi Minyak Biji Kukui dan Phytantriol, campuran eksklusif emolien dan polimer yang melegakan yang membantu menjadikan rambut hingga enam kali lebih licin selama 24 jam di samping mengawal rambut daripada keriting dan kusut.* SATINIQUE Straightening Balm membantu mencegah kerosakan akibat penggayaan haba dan cukup lembut untuk digunakan setiap hari. *Apabila diguna sebagai satu sistem bersama Smooth Moisture Shampoo, Conditioner dan Straightening Balm.
UNTUK RAMBUT YANG LICIN, LEMBUT DAN LEMBAP SEPANJANG HARI
SATINIQUE Straightening Balm membaiki rambut, menjadikan rambut rasa licin, lembut dan lembap. Selain itu, ia juga memberikan perlindungan terhadap alat penggayaan haba.
SATINIQUE™ DENGAN ENERJUVE™ DIPATENKAN
ENERJUVE™ ialah kompleks berkuasa yang mengandungi lipid-lipid penguat, kreatinae yang menguatkan dan 18-MEA pelicin yang mengembalikan, membina dan menggiatkan setiap helaian rambut daripada terasnya. ENERJUVE™ dicipta agar tepat dan berkesan, membolehkannya mensasar dan membaiki cas negatif dalam rambut rosak. Rumusan unik ini bertindak dari dalam ke luar melalui tiga peringkat: (1) Membina - ENERJUVE™ meliputi rambut dan mengikat secara terpilih bahagian-bahagian rambut rosak untuk membina bahagian lemah. Rambut kelihatan dan terasa kuat serta-merta, (2) Menggiat - Menembusi teras rambut untuk membaiki dan menggiat dari dalam ke luar, menjadikan rambut bertambah kuat dan anjal, (3) Memulih - Mengikat dengan lapisan luar rambut untuk melindungi, memulih dan melicinkan permukaan, menjadikan rambut bersinar dan sihat.
Cara Mengguna
  • Pam dua atau tiga kali pada rambut yang telah dikeringkan.
  • Gayakan seperti biasa.
  • Cukup lembut untuk digunakan setiap hari.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Berat
    100g
    Bahan-bahan
    Air/Aqua/Eau, Phenyl Trimethicone, Dimethicone, Cyclopentasiloxane, VP/ VA Copolymer, PVP, Petrolatum, Propylene Glycol, Creatine, Ceramide 2, Ceramide 3, Asid Lanolin, Polyacrylamide, Phenoxyethanol, Dimethiconol, Fragrance/ Parfum, C13‐14 Isoparaffin, Dimethicone PEG‐8 Meadowfoamate, Methylparaben, Laureth‐7, Proplyparaben, minyak Biji Aleurites Moluccana, Ethylparaben, Benzophenone‐4, Phytantriol, Minyak Biji Limnanthes Alba (Meadowfoam), Asid Behenic, Cholesterol, Hexyl Cinnamal, Linalool, Butylphenyl Methylpropional, Limonene, Citronellol, Amyl Cinnamal.

    MENYERLAHKAN KUASA RAMBUT

    Koleksi penjagaan rambut yang lengkap dengan pendekatan tiga aspek agar benar-benar mengkhusus: Menjaga, Merawat, Menggaya.