SATINIQUE Tonik Kulit Kepala
SATINIQUE Scalp Tonic mencipta suasana ideal untuk rambut kelihatan lebih sihat dan lebih kuat. Mengandungi Rooibos Hijau, Saw Palmetto, Shiso dan Ekstrak Likuoris untuk melindungi kulit kepala daripada pencemaran luar, mengurangkan kerengsaan dan mengawal kehilangan rambut. SATINIQUE Scalp Tonic sesuai untuk semua jenis rambut terutama rambut lemah atau nipis.
CAMPURAN BOTANI UNTUK PENJAGAAN RAMBUT & KULIT KEPALA YANG UNGGUL
SATINIQUE Scalp Tonic menampilkan Kompleks Penggiat Kulit Kepala yang dipatenkan, campuran botani daripada ekstrak Shiso, Saw Palmetto, Akar Likuoris, dan Ekstrak Rooibos Hijau. Dicipta untuk menjaga rambut dan kulit kepala anda. Ia mengandungi formula eksklusif dengan campuran terpilih pelembap istimewa yang menjadikan kulit kepala segar dan selesa.
TONIK UNTUK RAMBUT YANG LEBIH LEBAT DAN PENUH
SATINIQUE Scalp Tonic menggalakkan pertumbuhan rambut lebih lebat dan kelihatan penuh. Ia membaiki kerosakan dahulu dan mengurangkan kehilangan rambut serta meningkatkan kelembapan kulit kepala.
SATINIQUE™ DENGAN ENERJUVE™ DIPATENKAN
ENERJUVE™ ialah kompleks berkuasa yang mengandungi lipid-lipid penguat, kreatinae yang menguatkan dan 18-MEA pelicin yang mengembalikan, membina dan menggiatkan setiap helaian rambut daripada terasnya. ENERJUVE™ dicipta agar tepat dan berkesan, membolehkannya mensasar dan membaiki cas negatif dalam rambut rosak. Rumusan unik ini bertindak dari dalam ke luar melalui tiga peringkat: (1) Membina - ENERJUVE™ meliputi rambut dan mengikat secara terpilih bahagian-bahagian rambut rosak untuk membina bahagian lemah. Rambut kelihatan dan terasa kuat serta-merta, (2) Menggiat - Menembusi teras rambut untuk membaiki dan menggiat dari dalam ke luar, menjadikan rambut bertambah kuat dan anjal, (3) Memulih - Mengikat dengan lapisan luar rambut untuk melindungi, memulih dan melicinkan permukaan, menjadikan rambut bersinar dan sihat.
Cara Mengguna
  • Letakkan sejumlah kecil terus pada kulit kepala (lembap atau kering).
  • Urut dan gayakan seperti selalu.
  • Jangan bilas.
  • Cukup lembut untuk digunakan setiap hari. Gunakan dua kali sehari untuk hasil terbaik. Manfaat Tonik Kulit Kepala akan lebih terserlah jika digabungkan dengan teknik urutan memberi tenaga yang spesifik ini. Untuk hasil terbaik, ikuti langkah-langkah mudah ini: LANGKAH 1 Letakkan tonik kulit kepala di lima bahagian bermula dari pelipis ke pangkal leher. Dua barisan setiap sisi dan satu di tengah. Untuk rambut sederhana panjang hingga rambut panjang, susunkan rambut anda dalam sanggul longgar dekat bahagian tengah kepala. LANGKAH 2 Gunakan jari anda dan urut dalam gerakan membulat. Mulakan di bahagian sisi kepala anda di garis rambut berdekatan pelipis. Kemudian gerakkan tangan anda kembali ke bahagian atas telinga dan urut setiap bahagian selama 5 - 10 saat. LANGKAH 3 Terus urut ke arah belakang kepala anda, dari belakang telinga ke pangkal leher. LANGKAH 4 Gerakkan jari ke arah hadapan kepala anda. Terus urut bermula dari garis rambut dang bergerak ke arah atas kepala anda. LANGKAH 5 Akhirnya, bergerak ke tengah kepala untuk melengkapkan teknik urutan.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    80ml
    Bahan-bahan
    Air/Aqua, Alcohol Denat., Butylene Glycol, Tocopheryl Acetate, Triethanolamine, Akar Ekstrak Glycyrrhiza Glabra (Licorice), Ekstrak Daun Perilla Ocymoides, Ekstrak Daun Aspalathus Linearis, Phenoxyethanol, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Asid Salicylic, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Glycerin, Ethoxydiglycol, Fragrance/Parfum, Niacinamide, Arginine, Methylparaben, Urea, Sodium PCA, Zinc Pyrithione, Maltodextrin, Propylparaben, Linoleic Acid, Ethylparaben, Asid Oleic, Trehalose, Polyquaternium-51, Caffeine, asid Linolenic, Sodium Hyaluronate, Limonene, Benzyl Salicylate, Hexyl Cinnamal, Linalool, Butylphenyl Methylproprional, Hydroxyisohexyl 3-Cyclohexene Carboxaldehyde, Geraniol, Hydroxycitronellal, Citronellol, Citral.

    MENYERLAHKAN KUASA RAMBUT

    Koleksi penjagaan rambut yang lengkap dengan pendekatan tiga aspek agar benar-benar mengkhusus: Menjaga, Merawat, Menggaya.